#4 : Welcome Home

512 72 17
                                    

Suasana di rumah Seokjin kini tenang memandangkan kesemua orang sudah berambus pergi kerja,  kecuali Hoseok.

Seokjin sibuk dengan hospitalnya, Jimin sibuk dengan syarikatnya, Jungkook sibuk dengan kesnya, Yoongi sibuk dengan penerbangannya, Namjoon sibuk dengan latihannya manakala Taehyung...sibuk dengan urusan pribadinya di kedai. Erm, bukannya Jimin tak tawar Taehyung bekerja dengannya, tapi...Taehyung kata dia lebih suka bekerja di kedai 24 jam tu.  

Apa-apa pun ketenangan itu tidak bertahan lama. Sebuah kereta hitam tiba-tiba berhenti di hadapan rumah tersebut. Seorang lelaki berbadan tegap keluar sambil menggalas beg yang agak besar. Dia menarik nafas panjang dan tersenyum sinis. Pistolnya yang disangkut di tali pinggang ditepuk perlahan. 

Perlahan-lahan dia melangkah masuk ke dalam perkarangan rumah tersebut. Pintu rumah ditolak perlahan dan dia menjengukkan kepala ke dalam rumah untuk memerhati keadaan sekeliling. Tiada siapa. Dia lantas menghayunkan langkah dengan senyuman sinis yang tidak lekang dari bibirnya. 

Kroihhh.....Kroihh....

Langkahnya terhenti. Dia memandang ke arah sofa yang berada di ruang tamu, di hadapan televisyen. Perlahan-lahan dia menapak mendekati ruang itu sebelum terlihat satu makhluk lain sedang terbongkang di atas sofa tersebut. Dengan seluar pendek dan air liur yang meleleh di hujung mulut.  Nampak sangat tidur mati. 

"Jung Hoseok...lama tak jumpa kau.." Lelaki itu bermonolog sendiri sambil tersenyum sinis lalu dia menurunkan beg galasnya. 

PANG!!

Tubuh Hoseok terhinjut ke atas kerana terkejut. Gelabah taik dia bangun dan memandang sekeliling sambil mengangkat kedua-dua tangannya. 

"Whoop! Whoop! Aku tak curi spender Namjoon pun! Jangan bunuh aku!!" Gelabah dia membuka mata dan terpandang satu figura yang tersengih di tepinya. 

Mata Hoseok membulat dan mulutnya ternganga.  Jantungnya berdegup laju.  Dia pantas bangun dengan wajah yang serupa hantu kubur. 

"NAMJOONNNN!!!!  HO MAI GAWD I MISS YOUUU!!!" Hoseok terus melompat dan memeluk Namjoon macam beruang koala selepas menumbuk lengan Namjoon.

Namjoon hampir terjatuh namun sempat menstabilkan dirinya. Pelukan Hoseok dibalas. 

"Miss you too,  bro! 2 tahun tak jumpa la gila!!!"  Kata Namjoon teruja.

"Doh,  bila kau sampai?!" Kata Hoseok setelah pelukan mereka terlerai.

"Tadi. Baru je hah.  Balik balik nampak kau terbongkang atas sofa ni.  Aku nak kejut tak sampai hati.  Tu yang aku baling beg aku ni kat kau. Erm,  yang lain mana? Kau sihat tak?  Apa khabar?"

"Diorang cam biasa ler.  Seokjin tu dah 3 hari tak balik busy bagi kasih sayang kat pesakit dia. Yoongi baru fly pegi Malaysia tadi.  Esok balik la kot.  Jungkook pun baru blah pergi kerja.  Tae cam biasa kat kedai.  Awal dia rini,  pagi-pagi Subuh dah blah.  Jimin lak dia kata hari ni ada mesyuarat penting. Maybe balik lewat." Balas Hoseok tercungap-cungap setelah selesai rap. Dia melangkah masuk ke dalam dapur untuk mengambil minuman. 

Namjoon pula melabuhkan punggung di kaunter makan.  Dia terangguk-angguk sambil menjuihkan mulut lalu memandang Hoseok yang melangkah ke arahnya,  atas bawah.  Hoseok berkerut dahi dan menutup tubuhnya. 

"Eiy,  kau ni balik ARMY jadi gay terus ke? Kau jangan macam macam,  dah la ada kita dua je dalam rumah ni." Kutuknya. 

"Otak kau. Jijiks aku dengar. Haih..  Aku nak tanya,  kau ni tak kerja ke?"

Hoseok mengeluh lalu memberikan gelas berisi air sejuk kepada Namjoon. 

"Air kosong je kau kasi kat aku?  Bagi la susu shake ke,  nyok shake ke,  boba milktea ke,  teh hidup (tealive)  je,  blog sejuk ke-"

"Ehh tinggi demand kau.  Ingat aku bini kau?!  Huh,  minum air kosong,  jaga kesihatan!"

"Iyih,  yelah yelah." Namjoon mencebik.  Hoseok berdehem sekejap sebelum kembali bersuara. 

"Couch suruh rehat. Besok baru turun litar.  Cause minggu depan aku ada race. Kau ni,  asal balik tak bagitahu?  Kalau tak boleh aku gi amik kau." Hoseok melabuhkan punggung di hadapan Namjoon yang sudah meneguk air itu.

Sebaik sahaja gelas itu diletakkan di atas meja kaunter makan,  Namjoon membalas,  "Bukan tak nak gitau.  Tapi saja nak buat surprise.  Lagipun,  aku mana tau kau tak race. Aku ingat semua orang busy so aku malas nak ganggu."

"Herm... Tak pelah.  Kau lapar tak?  Aku lapar ni.  Jom keluar makan. Memandangkan kau baru balik,  aku lanje kau nak?"

Namjoon tengok Hoseok sambil tersengih macam kambing busuk.  "Kau lanje,  aku okay.  Jap aku nak gi lempar barang-barang aku ni dalam bilik. Tukar baju then kita blah." Namjoon terus melompat dari kerusinya dan berlari anak naik ke tingkat dua. 

Hoseok menggeleng dan mencapai gelas Namjoon lalu masuk semula ke dalam dapur.

• • • •

"Kau tak balik rumah parents kau?"

Pertanyaan Hoseok menyentakkan Namjoon yang sibuk mengunyah makanan. 

"Dah. Sebelum aku datang sini, aku dah lawat diorang. Diorang sihat je,  happy gila jumpa aku." Balasnya lalu ketawa kecil. 

Hoseok turut tersenyum walaupun dalam hatinya,  ada sedikit rasa sebak.  Ya,  Hoseok tak faham perasaan sebenar Namjoon bila berjumpa dengan kedua ibubapanya. Dan Hoseok sedar,  perasaan itulah yang paling dia nak tahu dan rasa sendiri.  Tapi, perasaan yang Namjoon rasa tu ialah satu tahap bahagia yang tak mungkin dia akan nikmati. 

"Hope,  kau okay tak?  Tenung jauh nampak."   Teguran Namjoon menyedarkannya.  Eh? 

"Erk,  takde. Tadi aku tengok ada perempuan lawa.  Ahaks..." Tipunya. 

Namjoon berkerut dahi dan memandang ke belakang,  di mana tempat Hoseok tenung.  "Ehem... Tapi tak silap aku tu tempat....pondan,  Hope.  Amende taste kau ni? Eiy.."

Hoseok tersedak. Alamak. "Eh eh,  mana ada.  Tadi tu perempuan real kot." Katanya cemas. 

Namjoon menggeleng.  "Apa-apalah."





-------

Sorry gais sebab lambat update,  buku ni bukan senang nak buat 😿😓 a bit complicated la 🤕🙃 18 kali dah buat chap 4, smua aku reject balik 😖 tapi yg ke 19 ni aku tak mampu tolak sebab aura dia fuh....

blood sweat and tears II : escape from nightmare (OG) Where stories live. Discover now