#24 - Taeyang

115 20 12
                                    

27/1/2036
12.35 PM


Taehyung's pov

"Sheshh...sibuk kalah menteri. Haa tak apalah as long as kau okay. Haa take care. Nanti apa-apa call. Okay bye.."

Aku tergelak sendiri lalu mematikan panggilan. Mamat ni risau sungguh dengan aku. Aku tenung lama gambar yang menjadi latar belakang homescreen. Gambar kami semua sedang berada di pantai. Mata aku redup memandang gambar itu sebelum tersentak setelah kerusi di hadapan aku ditarik menghasilkan bunyi. Aku mendongak. 

"Ah, hyung.." Kata aku lalu memasukkan telefon ke dalam saku jaket. Seorang lelaki berparut di mata kiri, berjaket kulit hitam melabuhkan punggung bertentangan aku. Ya, inilah lelaki yang aku jumpa di taman dulu. Yang mengaku bahawa dia adalah abang aku yang dah mati. 

Pada mulanya, aku tak nak percaya. Yelah, abang aku kena racun depan mata aku kot. Tapi, lepas dia terangkan perkara yang terjadi berserta bukti...aku mengaku. 

Dia memang abang aku. 

"Terima kasih la sebab sudi nak jumpa aku." Katanya lalu menghulurkan sepinggan kek vanilla, berserta aising putih dan sebiji strawberi besar dan merah di atasnya. Aku pandang kek itu dengan pandangan pelik. 

"Apa ni, hyung?" 

Taeyang yang baru sahaja mahu menghirup kopi latte panasnya terhenti. Wajah aku dipandang. "Lorh, ni kek la. Takkan pucuk paku?" Dia mencebik menyentakkan aku.

"T-Tak. Aku tau la ni kek. Tapi untuk apa?" 

Taeyang meletakkan kembali cawan yang berisi kopi panas itu. Lalu dia tersenyum segaris. "Kau ingat tak? Dulu masa kita kecik, kita tengok kek macam ni dalam majalah? Kau teringin sangat nak makan tapi..." Kata-katanya terhenti. Wajahnya kelihatan agak sedih berbanding tadi. Aku yakin, memori hitamnya kembali. 

Aku terdiam lalu tersenyum kelat. 

"Terima kasih, hyung." Kata aku menyentakkan dia. "Dah, kau takyah fikirlah. Benda dah lepas. Lagipun, aku dah okay sekarang. Kita dah bebas, hyung." Aku memujuknya lagi dan dia mengangguk. 

Aku mula menjamah kek itu, sementara dia hanya sekadar menghirup latte panas. Bau aroma kopi yang baru dibru menambahkan selera. Bunyi lagaan pinggan dan sudu, permukaan cawan dan meja kayu..semuanya cukup menenangkan. Seperti cafe-cafe biasa, orang lalu lalang, bersembang..semua ni memeriahkan suasana kafe. 

"So, hyung. Macam mana rumah tu?" Tanya aku memecahkan tembok sepi di antara kami.

Taeyang mengangkat kepala dan sekali lagi cawannya yang sudah tinggal separuh diletak semula di atas permukaan meja lutsinar. Rumah yang aku pernah anggap sebagai neraka dulu.

"Kau tahu kan, eomma pun dah..." Aku mematikan ayat. Taeyang terangguk-angguk. Bukan nak kata apa..tapi, mak aku tu dah menghilangkan diri. Aku pun tak tahu dia ke mana. Entah hidup atau tidak. Tapi..biarlah. Aku pun dah tak nak ada apa-apa hubungan dengan dia. 

Bruh, imagine someone ruined your whole life, crushed your dream, destroyed your childhood, would you still love them? Aku tak faham dengan ayat "she's still your mom" atau "He's still your dad". Damn, they doesn't even treat me like a child. How come I can treat them like a parent?! 

Some things cannot be forgiven. 

"Alah, jangan risau. Aku dah suruh kawan aku settlekan. Kau datang sini, kau tidur mana?" Tanya Taeyang. 

Aku diam kejap. "Dekat hotel bajet." 

Taeyang mencebik. "Dahlah, kau check out jela. Tidur rumah aku. Kau nak duduk sini lama lagikan?" 

Aku mengangguk. "Tapi, tak apa ke? Mana tahu, kot kot la gf hyung marah ke ha." Aku tersengih. 

"Takdenye. Lagipun, aku single. Hahaha. Aku ajak kau tinggal lama ni tak apa ke? Orang rumah kau tak marah?" Dia mengembalikan buah gurauan aku. 

"Siapa? Oh, diorang ke? Tak...cuma adalah sorang tu, dia risau sikit. Biasalah, lepas macam-macam jadi. Kami macam, aware la dekat satu sama lain. Tapi, alah benda dah lepas. Semua dah okay." Jelas aku selamba lalu menyedut milo ais tabur dinasour.

"Macam-macam jadi? Maksud kau?" 

Aku baru teringat. Aku tak cerita apa-apa lansung pada dia apa yang terjadi lepas dia 'dibunuh'. Aku berdehem kejap dan mula bercerita. Bermacam-macam reaksi aku terima darinya. 

"J-Jadi..s-semua ni jadi..lepas..aku.." 

Aku dengar suaranya retak. Aku pandang wajahnya, mulutnya ternganga sedikit dan aku nampak matanya berkaca. Aku panik. 

"Hyung! Hyung! Okay, rilek. Macam aku kata, benda dah lepas. Okay?" 

Taeyang meraup wajah lalu menggeleng. "Taehyung ah, maafkan hyung." 

Aku tersentak. "Tak tak, hyung. It's okay. Rilek okay? Dengar kata aku, benda dah lepas." Aku memegang bahunya. Dia menarik nafas panjang lalu menghembus dengan berat. 

"Dah, jomlah balik." Taeyang menghabiskan minumannya lalu bangun dari kerusi. Aku akur dan mengikutnya. Selesai membayar, kami melangkah keluar dari kafe. 

Siapa sangka, aku boleh jumpa abang aku semula. Katanya, lepas appa buang dia ke dalam sungai, dia tersedar dan selamatkan diri. Racun tu tak mampan pada dia. Syukurlah, jenis antibodi kuat agaknya. Lepas dia selamatkan diri, adalah seorang lelaki ni yang jaga dia sampailah dia besar... 

Dia kata nak kembali untuk dapatkan aku semula, tapi...lepas kes bunuh hari tu, dia jadi buntu. Dia pergi ke Seoul untuk jejak aku lepas dapat berita yang aku dah keluar dari penjara. Dan masa tu lah dia nampak aku dekat taman. Aku mengeluarkan patung keychain, kepala berbentuk love dan badan panjang biru bertompok kuning. Aku membelek-belek patung yang agak lama itu memandangkan ada kesan kotoran pada wajah dan tubuh patung itu. Aku tersenyum segaris, 

"Tak habis lagi belek Tata?" Soalan Taeyang mengejutkan aku. Lalu tergelak. "Terima kasih sebab kembali, hyung." Kata aku. 

Tata, gabungan nama aku dan Taeyang. Keychain ni, dibuat oleh Taeyang waktu aku kecil dulu. Disebabkan kami tak ada permainan, jadi Taeyang gunting baju dia dan buatkan keychain ni untuk aku. Keychain ni la jadi bukti yang dia adalah abang aku...aku boleh cam tulisan tangan aku pada belakang kepala patung kecil ni. 

"Tae.." 

"Hmm?" Aku alihkan pandangan ke arahnya yang masih fokus pada jalan. 

"Kau tinggal dengan aku nak? Tinggalkan Seoul dan duduk dengan aku? Ikut aku? Kita lari dari sini?" 

Aku tersentak.  

blood sweat and tears II : escape from nightmare (OG) Where stories live. Discover now