HARI sudah menjelang malam, namun Jeon Jiyeon masih belum pulang ke rumahnya. Sebaliknya, gadis itu melencong pergi ke bar berhampiran hospital itu.
Sudah berpinar kepala gadis itu akibat minum minuman keras dengan kuantiti yang banyak tetapi ia tidak menghalangnya untuk minum lagi. Kadang-kadang, dia gelak seorang diri.
Tetapi tidakkah gadis itu tahu bahawa abangnya, Jeon Jungkook asyik memerhatinya sejak tadi dari luar bar itu. Tidak terfikir mahu masuk kecuali ada sesuatu terjadi kepada adiknya itu.
Mana dia tahu Jiyeon ada di sini? Well, Naeun yang bagitahu memandangkan dia memang mengawasi Jiyeon sepanjang masa.
"Yeon, banyak dah kau minum ni. Tak elok lah. Kau tu sudah lah masih sekolah." Ujar Choi Seungcheol, pelayan di bar itu. Umurnya sebaya sahaja dengan Jiyeon tetapi dia tidak pergi ke sekolah malah memilih untuk bekerja memandangkan nasib keluarnya hanya bergantung padanya tika ini.
"Apa? Kau cakap dengan aku ke, Cheol?" Tanya Jiyeon kembali bersama senyuman mabuk yang tidak lekang dari bibirnya. Terhuyung-hayang gadis itu berjalan menghampiri Seungcheol.
Gadis itu masuk ke dalam kawasan pelayan minuman iaitu dimana Seungcheol berada. Leher lelaki itu dipeluknya erat tidak mahu lepas.
"Cheol..." Mendayu sahaja suara gadis itu menyeru nama lelaki itu. Seungcheol hanya membiarkan. Tahu bahawa gadis itu masih stress akan masalahnya.
Tanpa disedari, Jungkook yang memerhati dari jauh sudah panas hati melihat adiknya yang berkelakuan liar bersama Seungcheol. Nombor Taehyung didailnya pantas.
Calling Kim Taehyung...
"Kim Taehyung, datang Woo Bar sekarang. Adik aku mabuk." Jelas Jungkook apabila panggilan itu bersambung. Sesekali, matanya menjeling sekilas adiknya yang masih memeluk Seungcheol itu.
"Erm, Taehyung mandi. Nak aku pass kan dekat dia ke?" Tersentak Jungkook dibuatnya apabila yang menjawab panggilan itu ialah Sofia dan bukannya Taehyung. Itu lah kau, main terjah je orang.
"Eherm, nanti bagitahu dia. Call aku balik. Urgent." Sempat Jungkook membetulkan kotak suaranya.
"Alright. Ada apa-apa lagi?" Tanya Sofia untuk kepastian.
"Kau...dah sihat?" Teragak-agak Jungkook mahu bertanya. Sekejap, sejak bila dia caring pasal Sofia? Pft-
"Dah lama sihat. Kau dengan Taehyung yang tak bagi aku keluar dari wad ni kan?" Mendatar sahaja suara Sofia membalas. Nampak sangat dia menyampah dengan kau, Jungkook.
Jungkook mengukir senyuman hambar. Tiba-tiba teringat pula kelakuan dia bersama Sofia sewaktu awal-awal chapter ni. Jahatnya aku. Sempat Jungkook mengimbas kembali.
"Jeon Jungkook!" Sergah Sofia dari dalam talian. Ha itu lah kau. Termenung je tahu.
"A-apa?" Hah dah kenapa tiba-tiba gagap? Dasar anak Jeon.
"Taehyung kata send location dekat dia, dia datang sekarang."
"Alright." Dan panggilan ditamatkan. Tidak tahu mengapa, jantung Jungkook berdegup sakan akibat berdebar.
●══════⋆☆⋆══════●
KERETA dipandu laju menuju ke lokasi yang baru sahaja Jungkook share sebentar tadi. Terkejut juga Taehyung dibuatnya apabila Sofia menjelaskan bahawa Jiyeon sedang mabuk di bar.
Haish! Macam-macam lah Jiyeon ni! Ini pun dia pergi sebab teringatkan status nya pada Jiyeon sekarang dan juga rakan baiknya itu, Jeon Jungkook.
Lebih kurang 10 minit kemudian, audi r8 itu masuk ke dalam perkarangan kawasan barisan bar di situ. Seketika, dia ternampak Jungkook yang elok bersandar pada pokok berhampiran Woo Bar itu.
Tak, lelaki ni memang tak nak tolong adik dia ke? Memang nak tunggu Taehyung datang baru nak bertindak? What the hell?
Kim Taehyung berlari mendapatkan rakan baiknya itu namun Jungkook masih tidak menyedari kehadiran seketul Taehyung.
"Woi, Kook." Bahu lelaki itu ditepuknya tidak terlalu kuat.
"Finally, you're here." Taehyung tidak membalas malah menunggu kata-kata seterusnya dari lelaki dihadapannya ini.
"Tu kau tengok lah tu." Ujar Jungkook sambil bibirnya memuncung menunjuk ke arah dimana Jiyeon yang sedang memeluk Seungcheol.
Dalam tidak sedar, Taehyung menggenggam penumbuk erat. Timbul segala jenis urat dilengannya.
"Aku kena bawa dia balik lah ni? Habistu kau?" Taehyung mengerutkan dahinya pelik. Apesal tak Jungkook je yang bawa Jiyeon balik? Serumah pula tu.
"Aku? Erm aku...nak melawat future wife aku dekat hospital." Sejurus itu, Jungkook terus berlari masuk ke dalam kereta miliknya untuk pergi ke hospital melawat Sofia. Manakala Taehyung hanya memandang pemergian Jungkook dengan perasaan sebal.
Perlahan-lahan, lelaki itu mengatur langkah untuk masuk ke dalam bar itu dan mengheret teman wanitanya itu pulang.
Ting!
Loceng di pintu tersebut berbunyi menandakan ada pelanggan masuk, tak lain tak bukan, Kim Taehyung.
Melihat Jiyeon yang mula bertindak liar itu membuatkan Taehyung semakin sebal.
Lelaki itu melangkah pula ke arah kaunter bar yang diduduki Jiyeon. Pelayan bernama Choi Seungcheol itu dipanggilnya.
"Aku nak kau heret perempuan ni masuk kereta aku. Now." Mendatar sahaja suaranya mengarah sambil menjeling ke arah muka Seungcheol sekilas.
"Jap, kau ni siapa? Apesal tiba-tiba aku kena heret Jiyeon pula?" Tanya pelayan itu pelik.
"Aku boyfriend Jeon Jiyeon." Ringkas tetapi cukup membuatkan Seungcheol faham.
"Herm, kau pergilah masuk kereta dulu nanti aku tolong heret dia. Berbulu aku daripada tadi kena peluk. Nak buat kerja pun tak senang. Grr." Ucap Seungcheol sambil menahan suaranya.
"Alright. See you then." Sejurus itu, Taehyung terus meloloskan dirinya masuk ke dalam kereta.
●══════⋆☆⋆══════●
┌─────────────────┐
⸙: ✰ 𝐓𝐨 𝐁𝐞 𝐂𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐮𝐞𝐝 ❀ ⋆
└─────────────────┘
806 wordsKeep reading, vote and comments 🤍 Liya agak ff ni sampai chapter 55 je kut paling banyak heu ಠ_ಠ
YOU ARE READING
✓ Second Chance | JJK
Fanfiction❝Yah! Jeon Jungkook! Tunggulah saya!❞- Sofia Evans Kim ❝Aku kata berhenti ikut aku kan?! Kau degil sangat kenapa?❞ - Jeon Jungkook ⋆┄┄┄✦┄┄┄┄⋆ Kisah seorang gadis yang cuba ambil hati jejaka idamannya or should it be called 'cru...