"KAU ni jadi manusia tolonglah jangan menyusahkan orang." Ujar Taehyung. Sesekali, wajah Jiyeon yang terlena di tempat duduk penumpang dikerlingnya sekilas. Ye lah, tengah memandu takkanlah nak tenung pula. Nanti keluar pula berita 'dua mayat terbabas akibat lelaki yang sibuk merenung wajah si gadis.'
Ha, kan naya tu.
"Jungkook-ah." Taehyung mengagak bahawa wanita itu hanya mengigau. Tiada niat mahu mengejut, lelaki itu hanya mendengar.
"Jungkook-ah, Yeon suka Kook." Luahan itu sedikit sebanyak memeranjatkan Taehyung. Membulat matanya melihat wajah gadis itu. Orang mabuk tak boleh menipu kan?
"Kook, kenapa tak pernah perasan yang Yeon suka Kook? Kenapa Kook selalu lebihkan Sofia?" Nampaknya, gadis itu masih belum sedar. Manakala Taehyung pula masih menahan debaran di hati.
Tak mungkinlah... Malah, Jiyeon dengan Jungkook adik-beradik kandung.
"Jiyeon benci Sofia! Sebab dia selalu rampas Kook dari Yeon! Hahaha." Sempat gadis itu tergelak semasa mengigau.
'Jadi, Jiyeon nak balas dendam dekat Sofia sebab Sofia selalu dapat perhatian Jungkook? It makes sense now.' Akal Taehyung mula mencerna.
Tapi dia masih tak boleh brain, serious lah Jiyeon suka Jungkook?! Abang kandung dia sendiri like what the hell?!
"Aku kena cari tahu juga." Tekadnya. Wajah polos Jiyeon menjamah permandangannya.
Gadis ini seperti menyimpan 1001 rahsia nya sendirian tanpa diketahui orang lain termasuklah keluarganya sendiri.
Akhirnya, setelah beberapa minit memandu, kereta itu berhenti di hadapan sebuah rumah agam milik gadis itu. Hm, nampaknya kereta Jungkook tak ada bermakna lelaki itu tiada di rumah.
"Terpaksa lah aku angkat kau, Yeon." Gumam Taehyung sendirian. Bebola matanya digulingkan menyampah.
Bukannya apa, Jiyeon ni cuba untuk membahayakan adik dia kut. Takkan dia nak berdiam diri pula kan?
Enjin kereta dimatikan seraya itu, langkahnya dibawa ke tempat duduk penumpang. Pintu kereta sebelah penumpang dibukanya. Perlahan-lahan, lelaki itu menggendong gadis itu bridal style dan dibawa masuk ke dalam kawasan rumah itu.
Pintu rumah itu disepak menggunakan kakinya. Dah tangan dua-dua menggendong gadis itu, terpaksa guna kakilah jawabnya.
Tidak lama kemudian, seorang wanita berusia membuka pintu tersebut.
"Eoh, Taehyung. Lah, kesiannya kamu kena angkat anak omma ni. Pergilah letak dia dekat bilik dia. Tahu kan bilik dia dekat mana? Depan bilik Jungkook." Tidak berkata banyak, Taehyung terus naik ke atas dan meletakkan gadis itu diatas katil miliknya.
Tubuhnya diregangkan sekuat mungkin termasuk pinggangnya. Lenguh woi memandu tadi lepastu kena angkat budak ni pulak. Memang la ringan, tapi kau faham tak penat?
Seketika, wajah gadis itu ditilik satu-persatu bermula dari alis keningnya yang terbentuk elok sehinggalah bibirnya yang asli berwarna merah delima itu.
"Yeon, Yeon. Poor you. I hope you'll be good." Seraya itu, Taehyung mengucup sisi dahi gadis itu sebagai ucapan selamat tinggal sebelum dia pulang ke rumahnya.
●══════⋆☆⋆══════●
"KAU tenung-tenung apa dari tadi?" Tanya Sofia sekaligus menjegilkan matanya apabila sedari tadi mata Jungkook tidak lepas memandangnya. Cucuk kang baru tahu.
"Aku baru jumpa...bidadari." Ujar Jungkook sambil bola matanya tidak lepas memandang gadis yang berada di atas katil wad itu.
"Ya tuhan! Sumpah lah ini Jeon Jungkook yang reject aku dari tahun pertama tu?" Tanpa sengaja, rahsia yang disimpan gadis itu bocor. Mulutnya ditekup pantas apabila menyedari bicaranya tersasul.
Jungkook pula tersentak mendengar kata-kata gadis itu. Dipandang anak mata hazel itu sedalam-dalamnya. Tch, jiwang nyah.
Manakala Sofia pula mengalihkan pandangannya ke arah lain. Tidak mahu bertentangan mata dengan lelaki itu. Seram, grr.
"Jujur dengan aku, kau dah ingat semua benda?" Anak mata Jungkook yang setajam helang itu menikam ke dalam anak mata Sofia. Gadis itu hanya menunduk. Takut.
Lama-kelamaan, Jungkook menghela nafas berat. Berkasar tak guna juga.
"Sofia Evans Kim, pandang aku. No, aku tak marah kau. Aku tanya je sayang." Terangkat kepala Sofia apabila mendengar panggilan yang keluar dari mulut Jungkook.
S-sayang?
"Panggil sayang baru nak pandang aku?" Usik Jungkook bersama sengihan nakalnya.
"A-aku memang dah pulih. Sejak kepala aku kena pukul dengan siapa entah time kau jumpa aku dekat bangunan belakang sekolah itu." Jelas gadis itu. Jarinya dimainkan dibawah selimut akibat gementar. Takut jika lelaki dihadapnnya ini melenting. Bukan dia tak pernah kena marah dengan Jungkook.
Tak ingat insiden dimana dia hampir dilanggar kereta dan Jungkook menyelamatnya? Hah tak ingat pergi scroll chapter awal balik. Kekeke.
"Taehyung tahu?" Sofia menggeleng.
"Ada sesiapa lagi tahu selain aku?" Gadis itu mengangguk pula sebagai balasan.
"Siapa?"
"Daniel dengan Jiyeon." Dua nama itu cukup membuatkan Jungkook terkedu.
●══════⋆☆⋆══════●
┌─────────────────┐
⸙: ✰ 𝐓𝐨 𝐁𝐞 𝐂𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐮𝐞𝐝 ❀ ⋆
└─────────────────┘
713 wordsHonestly, aku tak sampai hati nak buat Jiyeon jadi jahat pft- Hah, siapa yang tuduh Jiyeon suka Taehyung minta maaf dekat dia cepat. Apapun, keep reading, vote and comments 🍁🧡
YOU ARE READING
✓ Second Chance | JJK
Fanfic❝Yah! Jeon Jungkook! Tunggulah saya!❞- Sofia Evans Kim ❝Aku kata berhenti ikut aku kan?! Kau degil sangat kenapa?❞ - Jeon Jungkook ⋆┄┄┄✦┄┄┄┄⋆ Kisah seorang gadis yang cuba ambil hati jejaka idamannya or should it be called 'cru...