Kreakk!
"Eo, Daniel-ssi!"
Jungkook pula sudah mengerutkan dahinya. Bukan perempuan ni amnesia ke?
"How are you, my Sofia?" tanya Daniel. Perkataan 'my Sofia' itu ditekankan. Sengaja membakar satu hati yang sudah sedia terbakar.
"Semakin pulih. Macam yang awak nampak." Tidak lekang senyuman lebar dari bibir gadis itu.
"Aku keluar kejap." Tidak betah melihat pasangan 'bekas' kekasih itu, Jungkook meminta diri untuk keluar.
Ttup!
Pintu itu ditutup.
"Huh." Keluhan dilepaskan. Seketika, lelaki itu melangkah ke cafe hospital dan dia ternampak kelibat Jiyeon dan Taehyung.
'Amboi, bukan main dating tinggalkan aku dalam wad jahanam tu.' Desis hati lelaki itu.
Jiyeon dan Taehyung yang masih tidak sedar akan kehadiran Jungkook itu ligat bertepuk-tampar disertakan sekali gelak ketawa.
"Woi minah." Sergah Jungkook.
"Iya? Aku?" Jari telunjuk gadis itu dihalakan kearah dirinya sendiri.
"Iya, kau lah. Takkan dia pula. Dia ni bapuk." Selamba sahaja lelaki itu membalas.
"Eh baik-baik sikit. Aku tak restu kau dengan adik aku kang." Ugut Kim Taehyung pula.
"Dah kenapa? Dan sejak bila aku suka adik kau?"
"Eleh, macam aku tak tau. Kau simpan gambar Sofia dalam gallery kau kan?! Ha kantoi!"
"Ma-mana ada gila!" Sedaya-upaya lelaki itu cuba untuk mempertahankan dirinya. Bak kata orang, menegakkan benang yang basah?
"Oh ya, lupakan. Kenapa kau keluar ni? Kau tinggal adik aku sorang-sorang?" soal Taehyung sekaligus menghentikan pergaduhan kembar itu.
"Entah. Biarlah dia. Daniel kan ada." Jawab Jungkook, mendatar.
"What?! Kau tinggalkan adik aku dengan ayam tu?"
Jungkook pula hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu.
Bingkas Taehyung bangun dan berlari menuju ke arah wad adiknya.
Pintu wad itu dikuak dan dihempas.
"Eo, Taehyung-ah." Taehyung pula hanya memandang kosong kearah pasangan itu.
YOU ARE READING
✓ Second Chance | JJK
Hayran Kurgu❝Yah! Jeon Jungkook! Tunggulah saya!❞- Sofia Evans Kim ❝Aku kata berhenti ikut aku kan?! Kau degil sangat kenapa?❞ - Jeon Jungkook ⋆┄┄┄✦┄┄┄┄⋆ Kisah seorang gadis yang cuba ambil hati jejaka idamannya or should it be called 'cru...