050🍁

607 90 5
                                    

LANGKAHNYA dibawa laju menuju ke bilik si adik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

LANGKAHNYA dibawa laju menuju ke bilik si adik. Amboi, sedap kau mabuk lepastu Taehyung hantar balik rumah. Kau fikir kau siapa? Sempat Jungkook mengutuk adiknya dalam hati. Mulutnya terkumat-kamit menyumpah seranah Jeon Jiyeon.

Sampai sahaja dihadapan pintu yang bertanda 'JJY', Jungkook mengetuk pintu itu sekuat hati.

Tok tok tok!

Tiada yang menyahut. Sekali lagi lelaki itu mengetuk dan kali ini mendapat respons dari gadis itu.

Saat pintu bilik itu dibuka dari dalam, terpacul wajah Jiyeon yang nampak sangat baru bangun tidur. Dengan rambut serabainya. Herm, jodoh siapa lah ni.

"Kau nak apa pagi-pagi buta ni?" Sempat gadis itu menguap besar. Jungkook mengurut pelipisnya perlahan. Tanpa amaran, lelaki itu menyerbu masuk ke dalam bilik adiknya itu.

Membulat mata Jiyeon melihat perlakuan Jungkook itu. Segar terus matanya, tak mengantuk.

Jungkook menyelongkar semua barangan yang ada di dalam bilik adiknya itu. Wajah gerunnya tak terlepas dari pandangan Jiyeon.

"Jungkook! Apa kau buat ni setan!" Jerkah Jiyeon ssmbil cuba menghentikan Jungkook dari menyelongkar barang miliknya. Entah apa yang dicari lelaki itu.

"Aku tahu kau simpan barang kau dekat dalam bilik ni! Mana barang tu?!" Jungkook sepertinya tidak keruan. Habis rambutnya serabai akibat diramasnya kuat.

Setelah kira-kira beberapa minit menyelongkar, Jungkook menjumpai satu pistol yang berbau hanyir. Macam darah.

"Kau bodoh ke Yeon?!" Naik seoktaf suara Jungkook memarahi adiknya itu. Kesal.

"A-apa kau nak buat dengan pistol tu?" Tergagap-gagap Jiyeon bertanya. Matanya sudah berair. Takut dengan kemungkinan yang bakal terjadi.

"Kenapa? Kenapa kau buat macam ni Yeon? Kau tak kesian ke dekat omma dengan appa." Jungkook jatuh terduduk. Ya, dia menyalahkan diri sendiri kerana tidak mampu menghalang Jiyeon dari melakukan kerja kotor itu. Dia tahu segalanya. Dari Naeun.

"Aku buat semua ni sebab kau, bodoh!" Jiyeon lantang bersuara.

"Aku buat semua ni sebab aku suka kau. Nae, neomu joahaeyo! (Yes, I really like you). Aku tak nampak lagi cara nak dapatkan kau selain bunuh perempuan tu! Ya, memang aku bunuh Daniel sebab dia menyemak dalam rancangan aku! Tapi aku buat semua ni untuk kau!" Sambung gadis itu lagi. Rambutnya dicengkam kuat. Lalu, gadis itu terduduk sambil menangis.

"K-kau suka aku?" Jungkook speechless. Manakan tidak, kembar kandungnya suka dia? Nonsense!

"Kau memang takkan perasan perasaan aku kan? Aku tahu, kau cuma anggap aku sebagai kembar kau dan tak lebih dari itu. Tak apa, aku dah terima hakikat. Aku akan serah diri dekat polis harini juga. Kau tak payahlah risau lagi tentang keselamatan Sofia." Jiyeon tersenyum hambar. Tak lama lagi, meringkuk lah dia dalam penjara.

"Be-betul ke apa yang omma dengar ni?" Tanpa mereka sedar, Puan Jeon dari tadi memasang telinga mendengar segala perbualan mereka. Kecewa dia dibuatnya apabila anak gadisnya melakukan jenayah itu. Sudahlah masih sekolah.

"Omma..." Baik Jungkook mahupun Jiyeon, dua-dua terkedu nampak Puan Jeon dimuka pintu bilik Jiyeon itu.

"Omma maafkan Yeon omma." Merangkak Jiyeon memeluk kaki Puan Jeon. Namun, wanita itu hanya kaku. Masih tidak dapat menerima kenyataan.

●══════⋆☆⋆══════●

SENYUMAN bahagia terukir pada bibir gadis itu. Bahagia sebab akhirnya dia dapat keluar juga dari hospital itu.

"Oi Sofia Evans." Gadis itu memandang ke arah gerangan yang memanggilnya. Tak lain tak bukan, Kim Taehyung.

Bila difikirkan semula, Taehyung dan Jiyeon mempunyai persamaan iaitu rasa suka mereka kepada darah daging sendiri. Cuba yang bezanya, Taehyung dan Sofia hanya sekadar adik-beradik tiri.

Berbalik semula kepada cerita, Taehyung yang sedang menjinjit barangan milik Sofia itu merenung gadis itu lama.

"Wae? Aku cantik sangat ke sampai kau tak lepas pandang." Ujar gadis itu selamba bersama sengihannya. Kukunya ditilik ala-ala diva. Diva haktui dia. Taehyung menjeling, menyampah.

"Sofia, aku cadang nak pergi rumah Jungkook. Kau nak ikut ke?" Tanya Taehyung.

"Malaslah." Jawabnya sepatah. Menyampah tahu dengan kawan talam dua muka ni.

"Ala jom la Fiaaa. Aku tak ada kawan. Hm? Jomla jomla jomlaaaa." Tidak putus-putus Taehyung memujuk adiknya itu.

"Ish! Ye lah!" Sofia mengalah. Tengok muka comel yang dibuat-dibuat Taehyung buat dia rasa err. Manakala Taehyung pula tersenyum kemenangan.

Tanpa berlengah, mereka berdua meloloskan diri masuk ke dalam kereta dan kereta itu dipandu laju membelah jalan raya.

Sepanjang perjalanan, hanya lagu di radio sahaja yang menemani mereka. Taehyung dan Sofia? Sepatah haram pun mereka tidak bersuara.

Tahu-tahu sahaja, kini kereta milik Taehyung sudah terpakir elok di hadapan rumah agam milik keluarga Jeon.

Kelihatan, banyak kereta polis di rumah mereka. Apa jadi? Keadaan itu membuatkan Taehyung terkedu seketika. Takkanlah-

●══════⋆☆⋆══════●
┌─────────────────┐
⸙: ✰ 𝐓𝐨 𝐁𝐞 𝐂𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐮𝐞𝐝 ❀ ⋆
└─────────────────┘
721 words

Yeayyyy road to ending reallyyy soon !! 😌😍 Keep reading, vote and comments okies ❤️

✓ Second Chance | JJKWhere stories live. Discover now