029🍁

863 153 28
                                    

ORANG ramai berkerumun di sekeliling gadis itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ORANG ramai berkerumun di sekeliling gadis itu.

"Call ambulance!" teriak seorang lelaki. Cemas melihat gadis itu.

Apabila ambulance tiba, gadis itu disorong untuk masuk ke dalam van itu. Dia dikejarkan di unit kecemasan (ER). Ibu bapanya telah dihubungi oleh doktor yang bertugas merawatnya.

●══════⋆☆⋆══════●

"HELLO mama. Kenapa?"

"A-apa?" Telefon yang berada di pegangan lelaki itu jatuh, berkecai. Tapi dia tidak kisah. Hatinya seperti ditoreh pisau sekarang. Lantas dia mencari kembar berdua itu untuk mengikutinya.

"Jungkook! Jiyeon! Cepat! Jom kita balik!" Hampir menangis lelaki itu dibuatnya. Mana tidaknya, baru sahaja ommanya menelefon dia memberitahu bahawa adiknya kemalangan dan kecederaannya amat serius.

Jeon Jungkook dan Jeon Jiyeon terkejut apabila namanya dipanggil kuat. Terus sahaja mereka melangkah kearah si pemanggil, Kim Taehyung.

"Jom balik!" Tanpa berkata apa, mereka bertiga meloloskan diri kedalam Audi R8 milik Taehyung itu. Kereta itu dipandu sehingga sampai di rumah keluarga Kim, lebih tepat lagi rumah Kim Taehyung. Mereka bertiga masuk ke dalam rumah yang sunyi itu.

"Kenapa Tae?" tanya gadis itu. Risau juga melihat ke arah lelaki itu yang asyik mengeluarkan air matanya dari tadi.

"Sofia..." Taehyung jatuh terduduk. Tangisannya mula lebat. Teresak-esak dia menangis. Jungkook disebelahnya mula bertindak untuk memujuk walaupun dia tertanya-tanya apa berlaku dengan gadis itu.

"Kenapa dengan Sofia?! Dia baik-baik je kan?! Tae, jawab?!" Desak Jiyeon. Apabila melihat lelaki itu hanya menangis, dia sudah tahu bahawa ada perkara buruk yang berlaku.

"Kenapa dengan dia, Taehyung?" tanya Jungkook. Suaranya cuba untuk dilembutkan sehabis mungkin.

"Di-dia accident." Jiyeon terkedu. Takkanlah... Baru beberapa jam tadi mereka bergurau. Baru sebentar tadi mereka berlawak kasar.

"Fia..." kali ini Jiyeon pula terduduk. Tidak dapat menerima nasib rakannya itu.

"Okay, okay sekarang ni kita pergi hospital tengok dia hm?" Jungkook cuba untuk menenangkan keadaan namun sama sekali tidak berhasil.

"M-mama aku tak bagi. D-dia kata tak ada sesiapa boleh jenguk dia sekarang. Dia masih dalam ER." Jawab Taehyung. Wajahnya masih lagi mempunyai sisa tangisannya.

Ye lah, siapa tak sedih bila satu-satunya adik kau kemalangan kan?

"Kalau macam tu, korang naik bilik dulu. Nanti kalau mama papa dah balik aku panggil korang okay?" Jiyeon dan Taehyung berlalu naik ke bilik mereka tanpa membalas sepatah pun soalan Jungkook.

●══════⋆☆⋆══════●

SELEPAS beberapa jam di dalam emergency room itu, akhirnya doktor yang bertugas mengendalikan kes Sofia pun keluar. Wajahnya jelas menunjukkan riak kesedihan.

✓ Second Chance | JJKWhere stories live. Discover now