051🍁

745 90 2
                                    

PALANG besi yang menjadi penghalang antara Jiyeon dan Taehyung membuatkan gadis itu tersenyum nipis

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PALANG besi yang menjadi penghalang antara Jiyeon dan Taehyung membuatkan gadis itu tersenyum nipis. Gari ditangannya dijeling sekilas.

"Kau okay?" Taehyung tersenyum hambar sambil cuba menahan tangisannya dari jatuh. Ganggang telefon yang bersambung suara dengan Jiyeon dipegang erat. Ya, lelaki itu cuba menahan perasaan.

"As you can see, aku okay. Kau tak payahlah datang sini hari-hari Tae. Kesian pulak aku tengok kau. Omma dengan appa pun tak nak tengok aku lagi." Setitik air mata gadis itu jatuh apabila menyentuh perihal ibu bapanya.

Semasa polis datang menyerbu rumahnya, polis menjumpai pistol di dalam biliknya. Alang-alang itu, Jiyeon mengakui kesemua kesalahannya. Termasuklah membunuh Daniel.

Daniel yang pada awalnya kritikal kini disahkan meninggal dunia. Jungkook? Jangan dikata, lelaki itu tidak habis-habis menyalahkan dirinya sendiri.

Perasaan terlarang yang disimpan Jiyeon hampir membuatkan gadis itu hilang nyawa. Jiyeon boleh dikenakan hukuman bunuh akibat jenayah berat yang dilakukannya. Tetapi kerana dia masih pelajar sekolah, hukumannya diringankan iaitu penjara selama tiga tahun.

"Baru berapa hari kita official, Yeon. Kau tak sayang aku ke? Kau tau, sejak kita official aku dah mula sayangkan kau. Tapi malang, kau tak nampak semua tu." Sayu Taehyung menuturkan ayat itu.

Jiyeon hanya mengetap bibirnya kuat. Rasa bersalahnya terhadap Taehyung kini mencengkam jiwanya.

"Tak kira apapun yang jadi, aku akan tunggu kau keluar dari sini, Jeon Jiyeon." Ujar lelaki itu, tekad.

"Tak, jangan Kim Taehyung. Kau mampu dapat perempuan yang lebih baik dan sempurna lagi daripada aku. Jangan bazirkan masa kau tunggu perempuan tak guna macam aku, Taehyung." Pada waktu itu, Jiyeon meraung sekuat hatinya.

Sejurus itu, Taehyung memalingkan wajahnya kebelakang. Dia masih tak kuat untuk melihat tangisan kekasih hatinya itu. Tolonglah.

"Taehyung..." Satu tangan mendarat diatas bahu Taehyung. Lantas lelaki itu menghapuskan air matanya. Tidak mahu nampak lemah depan Sofia.

"Tae, janganlah paksa diri kau. It's okay. Kau masuklah kereta dulu. Aku ada benda nak cakap dengan Jiyeon." Pujuk Sofia. Dia paling tak suka tengok Taehyung menangis sebab abangnya itu jarang menangis.

"Nae. Apa-apa call aku." Sofia hanya membalas dengan anggukan. Kemudian, duduknya dilabuhkan pada kerusi kayu yang disediakan.

Anak matanya yang redup tadi berubah tajam apabila berdepan dengan Jeon Jiyeon. Nampaknya gadis itu masih lagi sedih. Herm.

Ganggang telefon yang menyambungkan panggilannya ke Jiyeon itu dicapai dan dibawa ke telinga.

"It's been a while, Jeon Jiyeon." Perlahan-lahan, Sofia mengukir senyuman manis. Setelah hampir setahun gadis ini di dalam sel penjara, Sofia tidak lagi berdendam dengannya malah dipilih untuk memaafkan.

✓ Second Chance | JJKWhere stories live. Discover now