036🍁

798 130 53
                                    

SEORANG gadis melangkah penuh megah dan bergaya menuju ke sebuah apartment milik kekasih hatinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEORANG gadis melangkah penuh megah dan bergaya menuju ke sebuah apartment milik kekasih hatinya. Walaupun hari sudah menginjak malam, dia tidak kisah.

Setibanya di hadapan pintu masuk apartment itu, kasut tumit 5 inci itu ditanggalkan. Jarinya ligat menekan password rumah itu.

Sreett!

Pintu grill itu diseret membuka ruang untuknya masuk ke dalam.

Lampu rumah itu dibukanya dan terpaparlah ruang tamu yang bersepah dengan pelbagai minuman keras dan paket-paket serbuk halus seperti tepung itu.

"Hish!" Buat kesekian kalinya, gadis itu mengeluh. Tak lain tak bukan, mesti si kekasih hati punya angkara.

Sudah banyak kali dia melarang lelaki itu untuk berhenti menagih dadah. Tetapi lelaki itu degil. Katanya, dadah itu menenangkan.

Tanpa berlengah, kakinya dibawa untuk naik ke bilik boyfriend nya.

Pintu bilik berwarna coklat itu dikuak. Dengan selamba, dia melangkah masuk dan punggungnya dilabuhkan pada kerusi di balkoni bilik itu.

Angin sepoi-sepoi bahasa menyambar wajahnya.

"Baby, buat apa dekat sini? Tak sejuk, hm?" Tanpa amaran, pinggang gadis itu dirangkul dari belakang.

"Tch." Gadis itu berdecit perlahan.

"Kenapa ni, hm?" tanya lelaki itu. Pelik melihat sikap buah hatinya yang dingin semacam itu.

"Nothing." Gadis itu cuba untuk mengukirkan senyuman. Namun hanya senyuman tipis yang dia mampu.

Lelaki itu mula menyembamkan mukanya pada leher gadis itu.

'Tch. Bodoh punya jantan. Rimas aku.' Desis hati gadis itu.

Dia tergeliat kecil. Cuba melepaskan rangkulan pinggangnya dari lengan kekar milik lelaki itu.

"Sayang." Panggil lelaki itu tiba-tiba.

"Hm?" Jawab gadis itu tanpa memandang ke arah lelaki itu. Meluat, menyampah, semuanya bercampur. Namun direlakan sahaja demi rancangannya.

"Bila you nak teruskan plan you tu?"

"When the time comes. Tunggu je."

"Memang la. Tapi bila? I dah tak sabar nak tengok perempuan tu hancur." Kata lelaki itu lagi. Mukanya jelas menunjukkan riak tidak suka dengan balasan gadis dihadapannya itu.

✓ Second Chance | JJKWhere stories live. Discover now