022🍁

883 151 22
                                    

Flashback

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Flashback

Dua orang kanak-kanak iaitu lelaki dan perempuan sedang bermain di taman permainan.

Wanita yang dikenali sebagai Puan Kim itu mengawasi anak-anaknya dari jauh. Tiba-tiba, dia terdengar jeritan suara anak lelakinya.

"Mama! Sofia, mama!" Puan Kim yang terkejut itu lantas mengorak langkah menuju kepada anaknya.

"Kenapa, sayang?"

"Sofia kena culik, mama!" membulat mata wanita itu.

"Sofia, sofia!" dan dia tidak menyangka bahawa itu kali terakhir dia melihat anak gadisnya.

Pada malam berikutnya, laporan polis dibuat oleh Puan Kim dan suaminya.

"Sofia, baliklah. Tae tak ada kawan nak main. Tae rindu Sofia." Setiap malam, budak lelaki itu akan tidur di bilik adiknya. Rasa rindu terhadap adiknya itu tidak dapat dibendung lagi.

Beberapa hari kemudian,

Orakkan kaki dibawa laju ke arah wad yang diberitahu oleh pihak polis tadi. Katanya, anak gadis mereka dijumpai di dalam semak berhampiran taman itu dalam keadaan dirinya yang sudah pengsan.

"Ya Tuhan, anak mama." teresak-esak Puan Kim apabila melihat keadaan anak gadisnya yang hilang itu.

Badan kanak-kanak perempuan itu penuh dengan kesan luka. Seperti didera.

"Penjaga Sofia Evans Kim?"

"Kami, kami ibu bapa dia."

"Sukar untuk saya bagitahu. Tetapi, anak kamu berdua telah dirogol. Bahagian kemaluannya cedera." kata doktor itu.

"Ya tuhan." Terkeluar air mata si ibu apabila mengetahui keadaan anaknya.

"Saya nak tengok anak saya." kata Puan Kim lagi.

"Boleh. Tapi jangan kejutkan pesakit. Tadi, dia mengamuk. Saya dah bagi ubat penenang. Saya harap tuan dan puan kuat menghadapi cabaran ini." ucap doktor itu lagi.

Tidak betah berlama lagi, pasangan suami isteri itu terus masuk ke dalam wad anak gadisnya. Kaki melangkah merapati katil itu.

 Kaki melangkah merapati katil itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
✓ Second Chance | JJKWhere stories live. Discover now