010🍁

896 161 36
                                    

HARI Isnin sudah kembali guysss

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HARI Isnin sudah kembali guysss. Dimana hari yang paling malas untuk para pelajar v_v. Back to school hell yeah(。ŏ_ŏ)

"Kalau dia tak bangun lagi ni memang aku siat-siat kulit dia. Tengoklah." kata seorang lelaki.

Sampai sahaja dihadapan pintu bilik si gadis, pintu itu dikuak. Kelihatan seorang gadis sedang menilik dirinya di hadapan cermin bersama pakaian lengkap sekolahnya.

Aik. Pelik Taehyung melihat Sofia sudah bangun. Haihlah Taehyung, kalau Sofia bangun awal dia pertikaikan. Kalau bangun lambat kang dia melalak🌚🌚.

"Awal Fia bangun." tegur Taehyung.

"Hm, terjaga sebenarnya. Alang-alang tu bangun je lah sekali. Nanti ada orang memekik pula kan?" bidas gadis itu. Sengaja mahu menyakitkan hati abangnya itu.

"Tch. Ha dah la. Turun bawah. Mama panggil breakfast. Papa pun ada."

Maka, lelaki itu pun turun dan mengambil tempat di sebelah papanya. Manakala Sofia, dia mengambil tempat di sebelah Puan Kim.

Puan Kim menyapu nutella pada sekeping roti bakar dan dihulurkan kepada Sofia.

"Tae punya?" tanya lelaki itu.

"Ada tangan kan? Buat sendiri." balas Sofia bagi pihak mamanya.

"Hish!" Geram betul Taehyung dengan adiknya itu. Tuan Kim dan Puan Kim pula hanya menggeleng melihat anak-anaknya itu.

●══════⋆☆⋆══════●

SOFIA keluar dari kereta abangnya dan mula melangkah untuk mencari Jungkook. Macam biasa. Apabila nampak kelibat lelaki itu, gadis itu pun menghampiri.

"Kookie!" Jungkook tidak menoleh malah mempercepatkan langkahnya.

"Kookie, tunggulah saya!" panggil Sofia lagi.

Lama-kelamaan, Sofia pun berjaya menghampiri lelaki itu.

"Hai! Awak nak masuk kelas dah?"

"Kau nampak macam aku nak pergi mandi dekat kolam rumah kau ke?" sarkastik lelaki itu membidas.

"Hehehe janganlah garang-garang. Pagi-pagi ni kita kena senyum. Nah ambil ni. Makan kalau awak mengantuk dalam kelas." gula-gula hacks berperisa black currant itu dihulurkan kepada lelaki itu.

Jungkook hanya memandang sekilas gula-gula itu. Sofia mencapai tangan lelaki itu dan gula-gula itu diletakkan diatas tapak tangannya.

"Saya masuk kelas dulu." Gadis itu pun melangkah menuju ke kelasnya.

Jungkook hanya memandang gula-gula didalam genggamannya sebelum dimasukkan kedalam poket blazernya.

●══════⋆☆⋆══════●

✓ Second Chance | JJKWhere stories live. Discover now