012🍁

870 159 54
                                    

Flashback

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Flashback


Masing-masing mengambil tempat di restoran itu. Sofia duduk berhadapan dengan Jiyeon dan bersebelahan dengan abangnya, Taehyung. Jungkook pula duduk di sebelah Taehyung berhadapan dengan Park Jimin.

Taehyung memanggil waiter dan mereka berlima memesan makanan masing-masing. Suasana antara mereka sunyi sepi. Tiada yang mahu bersuara. Sehinggalah,

"Jungkook, aku dengar cerita kau suka budak junior kelas 10/A-1 tu." Jimin memulakan perbualan dengan topic yang hangat bagi Sofia.

"Hm. Minat macam tu je." jawab Jungkook acuh tak acuh.

"Elele. Takkan 'minat macam tu je' kalau dah sampai selalu main mata waktu rehat. Kau fikir aku tak nampak?" mereka berbual seperti mereka berdua sahaja yang berada di restoran itu.

"Ehem." Jiyeon berdehem.

"Kenapa kau? Sakit tekak?" tanya Jungkook.

"Taklah. Sakit hati. Rasa macam tunggul pula." jawab Jiyeon sarkastik.

Padahal, Jiyeon sudah nampak perubahan pada wajah rakan baiknya itu. Manakan tidak, rakannya itu terkejar-kejar Jungkook dari tahun pertama sampai tahun keempat iaitu sekarang. Dapat dirasa, retak hati Sofia apabila mendengar kata-kata Jimin sebentar tadi.

"Sofia nak pergi tandas sekejap." gadis itu meminta diri.

"Nak aku teman?" pelawa Jiyeon. Tetapi hanya gelengan yang diberikan Sofia.

"Aku boleh pergi sendiri."

"Dah ada kaki. Pergilah sendiri." gumam Jungkook tetapi masih dapat didengari oleh Taehyung dan Jiyeon.

"Baik-baik sikit. Adik aku tu. Jangan cari pasal." kata Taehyung memberi amaran.

"Entah kau ni. Aku kadang-kadang pelik macam mana kau boleh jadi kembar aku. Keras kepala, ego." kata Jiyeon pula.

"Okay, okay. Fine. Salah aku. Aku pergi tandas sekejap." Jungkook terus bangun dari kerusinya dan berjalan keluar dari restoran itu.

●══════⋆☆⋆══════●

SEMENTARA di dalam tandas,

"Ya tuhan. Sakitnya rasa. Dia sikit pun tak pandang aku. Sakit sangat. Tolong, buang perasaan ini kalau dia memang bukan jodohku, ya tuhan." Sofia mencengkam kuat bajunya pada bahagian dada menunjukkan dia teramat sakit.

Tidak lupa juga, air matanya turut mengalir bagi menggambarkan rasanya sekarang. Namun, tidak mahu berlama-lama, gadis itu mengelap air matanya. Concealer ditambah pada bahagian bawah mata bagi menutup matanya yang sembap. Dan dihidungnya yang merah akibat menangis tadi.

✓ Second Chance | JJKWhere stories live. Discover now