"YAH! Sofia! Bangunlah cepat! Nanti lambat la!" jerit Kim Taehyung.
'Haih, malaun mana pagi-pagi memekak ni'
"Sofia Evans Kim! Kau tak bangun, aku tinggal kau! Biar tak dapat jumpa Jungkook!"
Zzup!!
Terus tercelik mata Sofia mendengar ugutan abang tirinya itu. Berlari dia mengambil tuala dan masuk ke dalam bilik air.
Kim Taehyung hanya menggelengkan kepalanya memandang adik tirinya itu. Pantang disebut nama 'Jungkook'. Kuat betul penangan Jeon Jungkook itu kepada seorang gadis bernama Sofia Evans Kim itu.
●══════⋆☆⋆══════●
SEORANG gadis menuruni tangga rumah mewahnya menuju ke dapur.
"Hah anak dara sorang ni. Tau pun bangun!" sindir Puan Kim. Sudah lali dengan anak daranya yang pemalas itu.
"Macam tak biasa je mama. Dia ni kalau Tae tak sebut nama-- eiii diamlah!!" belum sempat Taehyung menyebut nama lelaki itu, Sofia lebih pantas menekup mulut abangnya itu.
"Hey, mulut tak de insurans betul kau ni kan?!"
"Look like i'm even care, Sofia Evans Kim?" balas Taehyung.
"Hah, sudah sudah. Makan sarapan tu. Nanti lagi lewat kamu berdua ke sekolah."
"Papa mana ma?" tanya Sofia.
"Papa awal pagi lagi dah gerak pergi kerja. Macamlah kamu tak tahu papa kamu tu macam mana."
"Hm dahlah ma. Tae nak pergi start enjin kereta dulu. Cepat sikit makan!" sempat lelaki itu menjerit di tepi telinga Sofia itu. Sengaja mengacau. Merapatkan hubungan gitchew.
"YAH!!" mana tidaknya. Berdesing telinga Sofia. Suara Kim Taehyung itu dahla deep, husky.
"Makan cepat Sofia. Kesian Tae tunggu nanti." kata Puan Kim menenangkan keadaan. Nanti ada yang meletop rumah ni kang.
"Ma, Sofia pergi dulu. Thanks for the delicious breakfast." Pipi Puan Kim dicium.
Sofia berlari masuk kedalam kereta abangnya.
"Let's go to our destination!!" jerit Sofia.
"Amboi kau. Semangat betul. Tak lain tak bukan ni mesti nak jumpa Jungkook kan?"
"Of course la. Takkan nak jumpa kau pula. Muak aku hari-hari hadap kau. Rumah, sekolah. Semua muka kau. Eiii tak kuasa!"
"Dah. Diamlah mak cik!" jeling Taehyung. Sebal dengan perangai tak semenggah Sofia. Eiii rasa nak cubit-cubit je mulut tu. Macam burung murai.
●══════⋆☆⋆══════●
"JEON JUNGKOOK!!"
Siapa lagi? Mestilah Sofia Evans Kim. Hampir semua pelajar sudah tahu yang gadis ini menyimpan perasaan terhadap Jeon Jungkook. Tapi selalu direject lelaki itu. Atas alasan apa pun tak tahu. Nak kata bukan taste dia? Sofia ni full package. Lawa, pandai, atlet. Apa lagi lelaki itu mahu?
'Haish. Datang dah minah ni. Tak ganggu aku sehari tak sah betul.' monolog Jungkook.
Sofia menghampiri lelaki itu dan terus menepuk bahunya.
"Jungkook! Awak sihat?" tanya Sofia kepada encik 'crush'. Hehe gatal kau Sofia.
"Sihat. Kenapa? Kau nampak aku macam nak mati ke?" bidas Jungkook.
"Uish minta simpang segala simpang la semua tu Encik Jeon. Nanti saya nak kawin dengan siapa? Hehehe" balas Sofia sarkastik.
"Yakin betul kau yang aku ni jodoh kau kan?" senyuman sinis diberikan kepada gadis itu.
"Hehe mestilah yakin! Kalau tak yakin, benda tu takkan terjadi. Betul tak Kookie?"
"Excuse me? Kookie? Siapa benarkan kau panggil aku Kookie, Mrs. Sofia Evans Kim?" membulat mata Jeon Jungkook apabila diberi nama sebegitu. Amboi. Fikir dia apa? Biskut?
"Hehe biarlah. Nama tu comel apa. Kookie, kookie."
"Sukahati kau lah minah. Malas aku layan kau. Baik aku masuk kelas. Sembang dengan kau ni, buang masa tahu?" jeling Jungkook.
"Eleh, buang masa pun awak tetap layan saya juga kan?"
Jungkook tidak membalas malah dia menonong jalan ke kelas meninggalkan Sofia seorang diri di situ.
"Aish! Jeon Jungkook, tunggulah saya!!" panggil Sofia namun diendahkan lelaki itu.
'I will make you fall for me, Jungkook. Just wait and see!'
●══════⋆☆⋆══════●
┌─────────────────┐
⸙: ✰ 𝐓𝐨 𝐁𝐞 𝐂𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐮𝐞𝐝 ❀ ⋆
└─────────────────┘601 words
Hehe asal liya rasa macam hambar? HAHAHAH apa pun, lps baca jangan lupa vote and comment pendapat korang tauu. Thank youu!! ^o^
YOU ARE READING
✓ Second Chance | JJK
Fanfiction❝Yah! Jeon Jungkook! Tunggulah saya!❞- Sofia Evans Kim ❝Aku kata berhenti ikut aku kan?! Kau degil sangat kenapa?❞ - Jeon Jungkook ⋆┄┄┄✦┄┄┄┄⋆ Kisah seorang gadis yang cuba ambil hati jejaka idamannya or should it be called 'cru...