PINTU wad itu ditolak sebelum dimasuki oleh seorang lelaki yang berumur 40 an itu.
"Tae? Dah okay?" tanya Tuan Kim, risau. Manakan tidak, lepas sahaja doktor memberitahu keadaan Sofia, lelaki itu terus tumbang.
Kata doktor, Taehyung kekurangan air dalam badan akibat dia terlampau stress. Mungkin tertekan memikirkan keadaan adik kesayangannya itu.
"Tae okay je papa. Mama mana?"
"Mama jaga Sofia. Takut-takut kalau adik kamu tu terjaga nanti."
"Tae nak tengok Sofia." Bingkas lelaki itu bangun ingin mencabut IV drip yang terdapat pada tangan kanannya. Namun, sempat ditahan oleh Tuan Kim.
"Tae, jangan macam ni. Tae kena sihat dulu." Nasihat lelaki itu kepada anaknya.
"Tae nak tengok adik Tae! Papa tak faham ke?!" Secara tidak sengaja, bapanya itu ditengking.
"Ya, papa faham. Tapi, dengan keadaan Tae macam ni? Sakit sakit macam ni? Dah malam ni Tae."
Lelaki itu terdiam.
Badannya dibaringkan semula tetapi kali ini, diiringkan badannya membelakangi bapanya itu. Dalam diam, dia teresak. Sungguh, dia rindu akan gadis nakal itu.
Tuan Kim pula sudah memicit dahinya. Pening. Banyak masalah yang difikirnya. Syarikat, anak gadisnya, juga anak terunanya.
●══════⋆☆⋆══════●
Keesokan pagi,
Gadis itu mula mencelikkan matanya. Tangannya digerakkan.
"Sofia? Fia anak mama dah sedar. Ya Tuhan."
Wanita itu terus mencapai telefonnya dan nombor suaminya didail untuk memberitahu tentang anak gadisnya itu.
Apabila selesai menelefon, tumpuannya diberikan kepada gadis yang baru sedar itu pula.
Gadis itu hanya diam. Dipandang sekeliling seperti janggal berada di situ.
"Sofia, ingat mama?" Seperti yang sudah dimaklumkan oleh doktor, Sofia amnesia.
Gadis itu hanya menggeleng sebagai jawapan. Walaupun berat untuk menerima, wanita itu memaksa juga bibirnya untuk mengukir senyuman.
"Sofia!" Tiba-tiba, wad itu diterjah oleh dua orang lelaki. Siapa lagi, Tuan Kim dan Kim Taehyung lah.
Gadis itu yang pada awalnya terkejut mula mengerutkan dahinya.
"Fia, kau ingat aku?" Gadis itu menggeleng.
Tuan Kim memberi isyarat mata kepada isterinya supaya keluar untuk memberi ruang kepada anak-anak mereka.
"Tae, mama dengan papa keluar dulu." Lelaki itu hanya mengangguk, membenarkan.
YOU ARE READING
✓ Second Chance | JJK
Fanfiction❝Yah! Jeon Jungkook! Tunggulah saya!❞- Sofia Evans Kim ❝Aku kata berhenti ikut aku kan?! Kau degil sangat kenapa?❞ - Jeon Jungkook ⋆┄┄┄✦┄┄┄┄⋆ Kisah seorang gadis yang cuba ambil hati jejaka idamannya or should it be called 'cru...