037🍁

802 127 55
                                    

PADA pagi itu, Sofia Evans Kim bangun awal dari kebiasaannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PADA pagi itu, Sofia Evans Kim bangun awal dari kebiasaannya. Tiba-tiba terbangun. Sendi-sendi pada tubuhnya diregangkan. Setelah itu, tuala pada penyangkut diambil olehnya dan kakinya melangkah masuk ke kamar mandi.

Kira-kira 30 minit kemudian, gadis itu keluar lengkap berpakaian kasual. Penampilannya dilihat pada cermin.

Tidak lupa juga, pelembap bibir dioles pada dua ulas bibinya. Perfect!

Kemudian, kakinya mula melangkah turun dari bilik itu menuju ke meja makan untuk bersarapan.

"Yow Fia. Awal bangun." Tegur Kim Taehyung bersama peliannya. Tergelak dia melihat adiknya itu bangun awal sejak hilang ingatan ni. Selalunya tunggu dia kejut baru bangun.

"Suka hati aku lah. Kau sibuk dah kenapa." Jawab gadis itu. Sengaja matanya menjeling lelaki itu. Tempat di hadapan lelaki itu dilabuhkan punggungnya.

"Kau nak pergi sekolah ke?" tanya gadis itu lagi. Dilihat pakaian yang dipakai abangnya itu. Dayeon Highschool.

"Dah nampak aku pakai baju sekolah kan. Soalan apa kau tanya ni."

Sofia hanya mendiamkan diri. Malas mahu membalas. Daripada sakit hati, baik diam kan?

Sekeping roti bersama nutella dicapai gadis itu. Perlahan-lahan, penutup bekas nutella itu dibuka. Disapu isinya pada roti itu. Kim Taehyung pula hanya memerhati satu-persatu tingkah adiknya itu.

Sofia yang perasan bahawa dirinya diperhati terus mengangkat wajah.

Dang!

Kim Taehyung terkedu apabila pandangan mereka bersambung dan bertentangan.

"Pandang pandang apa? Nak kena bunuh ke?" Pisau itu diacah di hadapan muka abangnya itu.

Taehyung pula hanya mengangkat kedua belah tangannya tanda surrender.

Tidak lama itu, Puan Kim datang dari arah dapur.

"Awal Fia bangun." Kata wanita itu. Niatnya hanya menegur, tetapi tak sangka berjaya mengundang muka monyok dari anak gadisnya itu.

"Kenapa semua perli Sofia bangun awal ni? Memang Fia selalu bangun lambat ke macam mana? Hah Taehyung? Mama?" tanya gadis itu. Rimas apabila terasa diperli.

Manakala Puan Kim dan Taehyung pula memandang sesama sendiri sebelum kedua-duanya mengunci mulut.

"Erm mama. Tae pergi sekolah dulu. Adios." Kedua-dua belah pipi wanita itu dikucup sekilas.

✓ Second Chance | JJKWhere stories live. Discover now