02 || kimchi

226 27 6
                                        

"EOMMA JOSHUA AJAK KAHWINNNNNNN!"

Jerit Jiyeon sekuat hatinya melepaskan segala perasaan yang cuba dibendungnya sejak tadi. Bibirnya tersenyum lebar sebelum membuka matanya.

Dan ya, dia telah membuat kesilapan besar.

Puan Lee yang sedang menyediakan makan malam di atas meja itu memandang gadis itu lama. Seokmin yang sedang menonton televisyen bersama-sama sepupunya, Kwon Soonyoung itu juga merenung Jiyeon juga.

"Siapa ajak kahwin?"soal Soonyoung, lelaki yang paling menyakitkan hati Jiyeon di abad ini dan abad seterusnya. Boleh pula dia berada di sini apabila aku mahu meluahkan segalanya.

"None of your bussiness."

"None of your bussiness acik dia. Dia yang menjerit-jerit macam orang gila."

"Can you stay out of this?"

"cAn YoU StaY oUT of THiS?"ajuk Soonyoung sambil membuat mimik muka memuncung. Jiyeon terus mencampakkan beg tangannya pada lelaki itu. Dasar tikus belanda tak guna. Ada saja benda nak membahan aku.

"Joshua ajak kahwin!"kata Jiyeon setelah dia melangkah ke arah Puan Lee. Mata wanita tua itu terbuntang luas. Jiyeon terus mengangkat tangan kanannya yang tersarung cincin emas putih. Puan Lee tersenyum lebar.

"Seriously?! Dia ajak kau kahwin?"soal Seokmin yang tiba-tiba saja muncul itu. Jiyeon menganggukkan kepalanya laju. Seokmin terus bersorak gembira lalu memeluk tubuh adiknya itu. Mereka berdua bersorak sambil melompat-lompat.

"Bila dia nak buat majlis kahwinnya?"soalan Soonyoung itu membuatkan Seokmin dan Jiyeon berhenti melompat. Wajah Jiyeon yang berubah itu membuatkan Seokmin berkerut dahi.

"Kenapa?"

"Kita duduk dulu."kata Puan Lee sebelum menarik tangan Jiyeon untuk duduk di meja makan itu. Soonyoung dan Seokmin turut duduk. Setelah mengambil mangkuk nasi itu, Jiyeon mula membuka mulut untuk bercerita.

"Dia ajak kahwin tapi... Yeon kata bagi Yeon masa."

"Bukan kau suka dia jugak ke? Korang dah berapa lama kenal?"soal Soonyoung lagi. Jiyeon menjeling lelaki itu sebelum mengangkat bahu. Dia menyuap nasi ke dalam mulutnya.

"Aku rasa sekarang bukan masanya."

Seokmin berkerut dahi.

"Korang bukan dah lama ke kenal? Daripada... zaman sekolahkan?"

"Yeah. But the right time will come. For now, let me settle down first because I GOT THE JOB!"Jiyeon menepuk-nepuk tangan gembira. Mata Puan Lee dan Seokmin membulat.

"Congrats!"Seokmin tersenyum gembira. Jiyeon hanya menganggukkan kepala sambil mengukirkan senyuman. Dia mencapai kimchi yang berada di sebelah kirinya. Namun, Soonyoung telah mengambil semua kimchi di dalam pinggan kecil itu.

"Kimchi aku!"

"Ambillah kimchi lain. Banyak lagi tu."balasnya sambil memuncungkan bibirnya ke arah kimchi yang berada di dalam sebuah mangkuk. Jiyeon menjeling lelaki itu tajam sebelum mengambil kimchi dengan tidak rela.

"Oh by the way, I need to move to another house."

"Kenapa?"

"Because our house is SOOOO far away from the work place. Cheongdam. So... I need to search for another house."balas Jiyeon sebelum meneguk air suam itu daripada cawan. Puan Lee mencebikkan bibirnya.

"Cheongdam...dekat dengan rumah Soonyoung kan?"

Soonyoung terus mengangkat kepala. Pipinya yang penuh dengan makanan membuatkan dia nampak bulat. Seokmin tertawa kecil sebelum menggelengkan kepalanya.

Home;run || Kwon SoonyoungCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang