Soonyoung membaling bola putih itu dengan laju. Jiyeon terkebil-kebil melihat bola yang sudah ditangkap oleh Jihoon di belakangnya.
"Susahlah you! Balinglah slow sikit!"
"You tu yang lambat. I dah bagi bola slow dah tu."kata Soonyoung daripada tengah tengah gelanggang baseball itu. Jiyeon mencebik sebelum menyentuh hujung bat di atas tanah. Bersedia dengan balingan Soonyoung yang laju itu.
"Go!"
Soonyoung terus membaling bola tersebut kepada Jiyeon. Apabila bola mendekat, dia memukul bola itu dengan kuat. Mata Jihoon terbeliak. Gila, orang yang berpengalaman dalam permainan baseball ini pun belum tentu dapat pukul bola Soonyoung.
Ini perempuan dan tidak pernah bermain baseball dapat memukul bola Soonyoung? Gila. Jihoon tahu Soonyoung takkan memperlahankan bolanya dan dia tahu itu adalah kelajuan asal yang Soonyoung selalu lakukan setiap kali membaling.
Jiyeon terus mencampakkan batnya ke tepi dan berlari ke plate 1. Soonyoung yang sedang menangkap bola yang dipukul isterinya dipandang oleh Jihoon.
Dua ketul ni memang ditakdirkan bersama atau apa?
"I menang! I pijak plate ni dulu!"jerit Jiyeon sambil mengangkat kedua-dua tangannya dengan gembira. Soonyoung melangkah ke arah Jiyeon sebelum menunjukkan bola putih yang ditangkapnya tadi.
"No! I menang I dapat tangkap bola ni!"
"Apa ni?! Tak adillah! I sampai dulu kot!"
"I menang, that's for sure."
"EEEE BENCILAH DIA NI!"jerit Jiyeon kegeraman sebelum menghentakkan kakinya berlalu daripada plate pertama yang dipijaknya tadi. Soonyoung tergelak kecil sebelum mengekori langkah isterinya.
"You merajuk ke?"
Jiyeon mendiamkan diri. Tanpa memandang Soonyoung, dia terus berjalan ke arah bangku yang Jihoon sedang duduk itu. Punggungnya dihempaskan dengan kasar di atas bangku sehingga Jihoon yang sedang minum air pun tersedak.
"K-korang gaduh—"
"Haah."
Jawapan yang keluar daripada mulut Jiyeon itu membuatkan Jihoon terus berpusing ke arah Soonyoung yang berada di hadapan mereka. Matanya dibulatkan memberi amaran kepada Soonyoung.
"Ala you I gurau saja. Ya, you menang. I kalah. I lambat—"
"I tak kisah pun. Jomlah balik."ujar Jiyeon sebelum berdiri. Jihoon mengemam bibirnya. Tidak pernah melihat sisi lain milik Jiyeon yang menyeramkan ini. Soonyoung menjliat bibirnya keresahan. Dengan pantas dia mengambil begnya dan mengejar langkah Jiyeon yang sudah mendahuluinya.
Sampai saja di hadapan kereta Soonyoung, Jiyeon berpusing ke arah lelaki itu dengan laju. Soonyoung terus berhenti di hadapannya.
"Masuk kereta sekarang."arah Jiyeon tegas. Soonyoung terus menurut arahan isterinya. Dia menyimpan begnya di belakang dan masuk ke dalam perut kereta dengan pantas. Kereta itu dihidupkan. Dengan ragu-ragu, Jiyeon yang berada di sebelahnya dipandang.
Masih bengis.
Soonyoung meneguk liurnya dan menghidupkan radio. Lebih baik hidupkan radio daripada sunyi saja dalam kereta ni. Soonyoung mula memandu keretanya balik ke rumah.
Setelah meletakkan keretanya di parking lot kondominium itu, Soonyoung menoleh ke arah isterinya. Wajah Jiyeon tidak lagi sebengis tadi malah gadis itu menghela nafas perlahan sambil tersenyum lebar. Dahi lelaki itu berkerut. Cepat benar emosi isterinya ini berubah.
"Akhirnya! Tak payah berlakon serius depan Jihoon hyungnim!"kata Jiyeon sebelum mencapai tangan Soonyoung yang berada pada stereng. Soonyoung masih termangu-mangu dengan perubahan emosi Jiyeon ini.
ANDA SEDANG MEMBACA
Home;run || Kwon Soonyoung
FanfictionLee Jiyeon, pembaca berita amatur yang baru masuk ke tempat kerjanya terpaksa duduk serumah dengan sepupu lelakinya akibat rumah sepupunya itu dekat dengan tempat kerjanya. Pada mulanya dia elok sahaja apabila berpindah masuk ke dalam rumah itu namu...
