Malam itu, Soonyoung tidak dapat melelapkan matanya. Puas dia memenatkan diri dengan berlatih di kompleks sukan tadi namun matanya tidak juga tertutup. Akhirnya dia baring menelentang menghadap siling putih biliknya. Nafasnya dihembus perlahan.
Lusa adalah hari perkahwinan Jiyeon.
Hatinya gundah-gulana memikirkan hal itu. Perlukah dia bersetuju dengan kata-kata ibunya dan Minkyung untuk pergi ke majlis perkahwinan Jiyeon atau lari saja daripada Seoul selama seminggu?
Wajahnya diraup kasar menggunakan kedua-dua belah tangannya. Lantas dia bangun daripada pembaringan dan menolak selimut tebal yang membaluti badannya. Telefon dicapai.
Dengan pantas dia melangkah keluar dan menapak ke arah bilik yang pernah menjadi bilik Jiyeon dulu. Tanpa berlengah dia masuk ke dalam bilik itu dengan tangan yang menggigil.
Wangian Jiyeon yang semakin hilang di dalam bilik itu membuatkan Soonyoung lemah. Wajahnya mula merah dan genggamannya pada tombol pintu itu menjadi erat. Tekaknya perit bagai dicucuk dengan jarum.
"Yeona..."
Dia melangkah ke arah katil Jiyeon yang masih rapi. Tangannya mengusap bantal yang ada di situ dengan lembut. Dia tidak dapat menahan lagi rindu terhadap Jiyeon yang makin menebal di hatinya.
Akhirnya air matanya jatuh.
Bantal itu dipeluknya erat. Kepada disembamkan pada bantal yang sudah tiada wangian rambut Jiyeon. Tersedu-sedan Soonyoung melepaskan rindunya terhadap gadis itu.
"I miss you..."
Telefonnya yang diletakkan di atas meja sebelah katil itu tiba-tiba berdering. Lantas dia mengumpul dirinya dan mengangkat telefonnya.
Dengan mata yang berair dia membaca nama yang tertera di skrin. Dahinya berkerut-kerut melihat nama Jiyeon di situ. Dia menjawab panggilan tersebut.
"H-hello?"
"I thought you're not gonna answer my call."
Benar, ini memang Jiyeon. Suaranya masih sama.
"Kenapa call aku malam-malam ni?"soal Soonyoung sambil mengelap air matanya. Jiyeon tertawa kecil.
"I-I don't know. I just thinking about you so I decided to call you."balas Jiyeon dengan suara yang tertahan. Soonyoung menundukkan kepalanya lalu mengeratkan lagi pelukannya pada bantal Jiyeon.
"You should sleep. Your wedding—"
"Soonyoung-ah,"
"Ya?"balas Soonyoung setelah gadis itu memintas kata-katanya. Liurnya diteguk perlahan.
"I'm sorry for everything I did. Thank you for letting me feel your warmth whenever I need it. I—" Jiyeon di hujung talian itu berhenti seketika seperti sedang menahan tangisnya. Soonyoung diam, memberi ruang untuk dia berkata.
"—I miss you so much. I miss us. I wish you're here right now. Hugging me so that I can feel your warmth wrap around me and make me feel safe."
Soonyoung menjauhkan telefon itu daripada telinga dan menekup mulutnya. Dia cuba menahan segala perasaan yang menghambatnya ketika itu. Jiyeon di hujung talian pula sudah dibanjiri air mata.
"Yeona, I think I need to go. Talk to you later."
"No Soon—"
Panggilan tersebut ditamatkan.
+++++
"Dah sampai. Jom turun."kata Seokmin sebelum mematikan enjin keretanya. Jiyeon yang sedang memakai dress berwarna putih itu hanya termenung jauh tidak sedar akan dia telah sampai di destinasi. Seokmin memetik jari di hadapan gadis itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Home;run || Kwon Soonyoung
FanfictionLee Jiyeon, pembaca berita amatur yang baru masuk ke tempat kerjanya terpaksa duduk serumah dengan sepupu lelakinya akibat rumah sepupunya itu dekat dengan tempat kerjanya. Pada mulanya dia elok sahaja apabila berpindah masuk ke dalam rumah itu namu...
