Jeonghan melangkah masuk ke dalam premis itu dan matanya melilau ke segenap ruang kafe tersebut. Senyuman tidak lekang di bibirnya. Maklumlah, gadis yang disukainya ajak berjumpa.
Apabila dia ternampak Jiyeon yang sedang mengelap meja itu dengan tisu, dia terus menapak ke arah gadis itu dengan senyuman manis.
"Hai Jiyeon!"sapa Jeonghan sebelum melabuhkan punggungnya di atas kerusi bertentangan dengan Jiyeon. Jiyeon mengangkat kepalanya sebelum mengukirkan senyuman kelat.
"Ada apa nak jumpa ni? Tiba-tiba saja."
"I don't know. You tell me."kata Jiyeon sebelum menopang dagu di atas meja. Jeonghan mengerutkan dahinya apabila gadis itu berkata sebegitu. Setelah difikirkan, Jeonghan masih keliru.
"Awak ajak saya keluar ni sebab rindu—"
Jiyeon terus mengeluarkan access card milik Soonyoung yang telah dipulangkan oleh Joshua di hadapan Jeonghan. Jeonghan terkedu melihat sisi dingin milik Jiyeon. Access card itu diletakkan di atas meja.
"Mind to tell me where did you get this?"
Lelaki di hadapannya masih mengekalkan wajah tenang walaupun dadanya berdebar. Jeonghan meletakkan kedua-dua belah tangannya di atas meja dan mencapai kad berwarna putih itu. Senyuman sinis terukir.
"Mana awak jumpa?"soal Jeonghan perlahan. Jiyeon menahan dirinya daripada menengking lelaki di hadapannya sekarang ini walaupun di dalam hati darahnya sudah mendidih.
"Awak yang bagi Joshua kad ni kan?"
Soalan dibalas dengan soalan. Mata mereka bertentang.
"Why would I do that? You know that—"
"Just tell me why did you give this card to Joshua."kata Jiyeon sambil menepuk meja itu. Terdapat beberapa orang memandang mereka berdua. Jeonghan melihat pelanggan yang lain sekilas sebelum menatap Jiyeon yang nampak bengis itu.
Kini suasana di antara mereka berdua menjadi tegang sehinggakan pelayan yang mahu menghantar pesanan Jiyeon tadi pun teragak-agak mahu pergi ke arah meja itu.
"To be honest, I want you back."
"Are you out of your mind right now? Because I tell you what, you dumped me 4 years ago, Jeonghan. It was YOU. Now you want me back?"kata Jiyeon dengan nada tidak percaya. Jeonghan meraup wajahnya sebelum menghela nafas panjang.
"I-I just want you. Is it too much to ask?"soal Jeonghan dengan nada lirih. Jiyeon melepaskan tawa sinis sebelum mengambil semula kad yang berada pada tangan Jeonghan itu.
"Awak dah hancurkan hubungan saya dengan Joshua dengan harapan saya pergi kat awak semula? Maaf awak silap. Hati saya hanya untuk Joshua."kata Jiyeon sambil mengeluarkan beberapa keping not 10,000 won. Duit itu diletakkan di atas meja dengan kasar.
"Jangan cari saya lagi."ujar Jiyeon sebelum bangun daripada kerusi tersebut. Jeonghan turut berdiri dan menahan lengan gadis itu daripada pergi.
"Hubungan kau dan Joshua dah lama hancur. Hati kau untuk Joshua padahal dalam hati dia dah ada orang lain."kata Jeonghan dengan nada sinis. Jiyeon yang termakan dengan kata-kata lelaki itu berpusing ke arahnya.
"Shopping for your new clothes... alone? Going to a baseball tournament with your crew and co-worker? Refuse skinship in the hospital. Not replying to your messages. Have no time to spend with you. It must be really normal for you huh?"
Kata-kata Jeonghan mula menggugat kepercayaan Jiyeon terhadap Joshua. Jeonghan tersengih sinis kemudian melepaskan lengan Jiyeon. Dia sedar Joshua mula berubah perangai semenjak dua menjak ini. Bukannya dia tidak perasan, namun tidak mahu membebankan teman lelakinya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Home;run || Kwon Soonyoung
FanfictionLee Jiyeon, pembaca berita amatur yang baru masuk ke tempat kerjanya terpaksa duduk serumah dengan sepupu lelakinya akibat rumah sepupunya itu dekat dengan tempat kerjanya. Pada mulanya dia elok sahaja apabila berpindah masuk ke dalam rumah itu namu...
