18 || yuck

140 23 11
                                    

Soonyoung melangkah ke arah katil Jiyeon. Gadis yang sedang baring dengan mata yang terpejam dipandang kemudian perhatiannya terarah pada seorang lelaki yang sedang duduk di atas kerusi itu.

"Can you get out of here like—right now? You're dIsgArstIng."kata Soonyoung sebelum memegang lengan milik Jiyeon. Joshua yang sedang menatap wajah Jiyeon terus tersedar dari lamunannya. Air matanya yang bertakung diseka sebelum berdiri.

"Sorry. By the way, lepas habis air dalam tube tu, dia dah boleh discharge. Aku dah bayarkan ubat untuk luka dia—"

"Yeah yeah whatever you scumbag. Just get out of my face."celah Soonyoung tanpa rasa bersalah. Joshua menghela nafas perlahan.

"Please... take care of her for me?"pinta Joshua meminta simpati Soonyoung. Lelaki itu memandang Joshua dengan jelingan tajam lalu menggulingkan matanya. Joshua masih lagi berdiri di situ. Dia melangkah menghampiri Joshua yang sedang memakai kot berwarna putih tersebut.

"Don't show your face in front of us. You're not her comfort person anymore. Get that?"ujar Soonyoung kepada Joshua dengan nada ugutan. Lelaki itu mengangkat kepala memandang wajah Soonyoung.

"You are not her comfort person too."

"Yeah, but I live with her. I know her more than you. We've been together like... 23 years?"

Soonyoung tersenyum sinis apabila melihat Joshua yang semakin tergugat mendengarkan kata-kata yang keluar daripada mulutnya. Joshua meneguk liur sebelum melipat lengannya pada dada.

"Tak malu ke dah kantoi duduk serumah dengan girlfriend aku lepastu tunjuk lagi muka kau kat sini?"

"At least dia duduk dengan sepupu. Kau? Kantoi busuk nak break dengan dia."

"Kau—"

Bunyi katil dan baju bergesel antara satu sama lain membuatkan kata-kata Joshua terpotong. Soonyoung terus memegang tangan milik Jiyeon.

"Shua..."

"Baby,"

Joshua duduk semula di atas kerusi itu sambil mencapai tangan Jiyeon. Soonyoung tergamam. Mahu saja dia menumbuk wajah Joshua yang sedang tersenyum itu. Jiyeon pun sama saja. Dia ni tak ingat ke Joshua curang dengan dia?

Jiyeon terpisat-pisat mahu membuka matanya. Setelah beberapa saat memproses apa yang ada di hadapan matanya, dia terus menepis tangan Joshua.

"Kenapa you ada kat sini?"soal Jiyeon dengan nada suara yang dingin. Wajah Joshua terus berubah menjadi kelat. Soonyoung yang berada di sebelah Joshua itu berdehem perlahan sambil tersenyum kemenangan. Joshua memegang semula tangan Jiyeon.

"Baby, I minta maaf sangat-sangat. I tahu I salah."

"Lepastu."

Joshua terdiam. Bukannya dia tidak biasa dengan perangai Jiyeon jika dia sedang marah namun ini perkara lain. Dia telah melakukan kesalahan yang besar pada Jiyeon. Tak mungkin Jiyeon akan memaafkannya.

"Bila I boleh keluar?"

"Lepas habis air dalam tube tu."celah Soonyoung yang sedang berdiri di hujung katil bertentangan dengan Jiyeon. Gadis itu memandang wajah sepupunya sebelum melihat ke arah tiub yang masih berbaki suku air.

"Mana perempuan gila tu? Dah mati?"

"You—"

"Tak payahlah tunjuk muka you kat sini. Tak puas lagi ke sakitkan hati I?"kata Jiyeon lalu memalingkan wajahnya ke tempat lain, enggan mahu melihat wajah Joshua. Joshua menundukkan kepalanya dan mencapai tangan milik Jiyeon itu.

Home;run || Kwon SoonyoungWhere stories live. Discover now