"Jiyeon, awak gantikan Yera ya? Dia sakit perut tadi sampai sekarang tak balik-balik dari tandas."kata salah seorang daripada krew itu dengan wajah yang cemas. Jiyeon mengerutkan dahinya.
"Juyeon kan ada?"
"Dia kena balik. Ada hal katanya tadi."katanya lagi. Jiyeon yang sedang duduk itu terus berdiri. Baru saja mahu datang ke pertandingan baseball suaminya dengan perasaan seronok, tiba-tiba kena buat kerja pula.
Sudahlah Juyeon datang bersama dengannya tadi. Ini balik sendiri tak bagitau? Tak guna. Kenapa semua benda macam nak mengenakan aku?
"Tapi nanti nak interview siapa?"
"Tu yang baru buat homerun tu. Yoon Jeonghan."
Ini aku tak suka ni.
Matilah.
+++++
"All right, that was my interview with Yoon Jeonghan, from Wolves team."
Rakaman tersebut ditamatkan seraya tepukan daripada pemain dan krew rakaman itu kedengaran. Mata Jiyeon mencari-cari di mana keberadaan Soonyoung di kawasan itu namun dia tiada.
"Thank you for cooperating."ucap Jiyeon cuba mengekalkan professionalisme di dalam kerjanya. Gadis itu tersenyum petak.
"Anything for you."balas Jeonghan dengan senyumannya yang lebar. Matanya dikenyitkan pada Jiyeon. Krew dan rakan sepasukan Soonyoung cuba untuk mengawal riak muka terkejut masing-masing.
Takkanlah dia ni taktau itu isteri orang? Gila ke apa?
"O-okay."kata Jiyeon sebelum berlari anak ke arah krew yang berada di belakang kamera itu. Wajahnya menjadi masam. Tak guna. Sudahlah kena paksa buat liputan. Juyeon pula tiada di sini. Yera pula tak keluar-keluar. Sudahnya dia juga yang kena temuramah bekas teman lelakinya itu.
"Yeon,"panggil suara itu. Jiyeon menghela nafasnya kasar sebelum berpusing. Jeonghan yang memakai baju berwarna putih yang sudah kotor akibat terjatuh di gelanggang itu dilihat.
"What do you want?"
"Saya minta maaf."
"Thanks for apologizing. You may go."
"B-but—"
"Shut it. You may go."pintas Jiyeon laju sebelum meneguk air mineral itu daripada botolnya. Jiyeon menoleh ke arah krew sebelum berborak dengan rakan sekerjanya sambil mengemas barang-barang mereka. Jeonghan melepaskan nafas berat lalu melangkah pergi daripada situ.
Jiyeon memandang Jeonghan dengan ekor matanya. Lega di hati kerana dia malas mahu berjumpa dengan Jeonghan sekali lagi.
Gadis itu mengutip botol air kosong yang diminum oleh rakan sekerjanya.
"Princess,"
Bahu Jiyeon terhinjut mendengarkan panggilan itu. Dia masih tidak biasa dengan panggilan 'princess' yang keluar daripada mulut Soonyoung. Atau lebih tepat, bulu romanya meremang jika Soonyoung memanggilnya dengan panggilan itu. Jiyeon berpusing ke arah lelaki yang sudah menukar baju kepada baju kasual.
"Pergilah balik. Suami dah panggil."usik seorang rakan Jiyeon. Jiyeon membulatkan matanya ke arah Sojin yang tersengih-sengih itu.
"Aku balik dulu. Bye guys."
"Byee Yeon! Elok-elok balik tu."ucap mereka semua sambil melambaikan tangannya. Jiyeon mengambil beg tangannya dan melangkah ke arah suaminya yang sedang tersenyum lebar itu.
"Yeona,"
"Sorry sebab I interview Jeonghan tadi. You jealous ke?"
Soonyoung mengerutkan dahinya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Home;run || Kwon Soonyoung
FanfictionLee Jiyeon, pembaca berita amatur yang baru masuk ke tempat kerjanya terpaksa duduk serumah dengan sepupu lelakinya akibat rumah sepupunya itu dekat dengan tempat kerjanya. Pada mulanya dia elok sahaja apabila berpindah masuk ke dalam rumah itu namu...
