22 Februari || 10.37 p.m.
Setelah meleraikan ciuman itu, Jeonghan melihat lelaki itu tersengih lebar. Dia menggeleng perlahan sebelum menekan butang lif ke atas. Jeonghan menepuk bahu Soonyoung perlahan lalu melangkah pergi daripada situ.
Dia mengangkat tangannya pada penjaga keselamatan itu diiringi dengan senyuman. Perutnya berbunyi perlahan. Walaupun dia sudah melantak ayam dengan Soonyoung tadi, dia masih terasa lapar. Di fikirannya terbayang sosej dan ramen. Okay juga kalau singgah kedai mana mana.
Jeonghan berjalan di atas pejalan kaki itu sambil menyeluk poketnya. Dia mengerutkan dahi apabila terasa sesuatu yang berada di dalam poket seluarnya. Apabila dikeluarkan, Jeonghan tersengih. Ia adalah access card yang digunakannya untuk masuk ke dalam kondominium tadi. Lupa hendak letakkan di dalam kereta Soonyoung semula.
Jeonghan melangkah masuk ke dalam kawasan kondominium itu semula untuk memulangkan kad itu pada tuannya. Dahinya berkerut seribu.
"Soon—"
Kata-kata Jeonghan terhenti apabila dia terlihat seorang perempuan yang memakai baju kerja sedang menyambut tubuh Soonyoung daripada terjatuh. Jeonghan terus menyembunyikan dirinya di belakang sebuah tiang besar.
Jeonghan mengintai mereka berdua dari belakang tiang. Telinga dipicingkan supaya dia dapat mendengar suara mereka berdua di tempat yang sunyi itu. Dia tidak dapat mengecam wajah perempuan itu kerana dia memakai pelitup muka berwarna putih.
"Yeon?"
Jeonghan berkerut dahi mendengar Soonyoung menengur perempuan itu. Adakah itu Yeon yang dia kenal ataupun hanya halusinasinya?
"Berat gila kau ni."kata perempuan itu sambil mengheret tubuh Soonyoung yang berada di atas lantai itu dengan susah payah. Suara gadis itu bagaikan pernah didengarinya. Tapi dimana ya? Ikutkan hatinya, dia mahu menolong namun mereka nampak mencurigakan.
Siapa perempuan tu? Soal Jeonghan di dalam hati. Access card milik Soonyoung yang dipegangnya tadi disimpan semula ke dalam poket seluarnya. Esok-esok pun boleh pulangkan.
+++++
24 Februari || 11.48 p.m.
"Could you tell us the driving force behind your wins?" suara Jiyeon menanyakan soalan kepada bintang setiap masa— Kwon Soonyoung— menerpa gegendang telinga Jeonghan. Senyuman gadis yang dilemparkan kepada Soonyoung membuatkan hatinya diusik perasaan cemburu.
"I play for my loved ones."balas Soonyoung sebelum menatap Jiyeon yang nampak cantik di mata Jeonghan itu. Jiyeon yang masih tersenyum manis menganggukkan kepalanya. Jeonghan menghela nafas perlahan sambil memerhati tubuh wajah Jiyeon.
Matanya terhenti pada telinga gadis itu. Kepalanya disengetkan ke kanan seperti telah mengecam sesuatu. Subang yang dipakai Jiyeon adalah subang yang sama dia lihat pada gadis yang menarik Soonyoung malam kelmarin.
Mata Jeonghan terbuntang. Jadi, Yeon yang dipanggil Soonyoung kelmarin adalah Jiyeon? Jiyeon tinggal serumah dengan Soonyoung? Ini tidak masuk akal. Jeonghan terus bangun dan melangkah ke tempat persalinan baju.
Telefonnya dikeluarkan daripada loker dan mendail nombor seseorang. Tidak sampai empat deringan, panggilan tersebut diangkat.
"Hello?"
"Joshua,"
"Yeah, Joshua's speaking. Who's this?"
"J-Jeonghan. Do you still remember me?"soal Jeonghan.
"Yeah Jeonghan. What do you want?"balas Joshua dengan dingin.
Jeonghan menghela nafas perlahan sebelum menceritakan semua perkara yang dia saksikan daripada kelmarin dan malam ini.
ANDA SEDANG MEMBACA
Home;run || Kwon Soonyoung
FanfictionLee Jiyeon, pembaca berita amatur yang baru masuk ke tempat kerjanya terpaksa duduk serumah dengan sepupu lelakinya akibat rumah sepupunya itu dekat dengan tempat kerjanya. Pada mulanya dia elok sahaja apabila berpindah masuk ke dalam rumah itu namu...
