Soonyoung membaling sebiji lagi bola putih itu pada salah seorang rakan sepasukannya, Jihoon. Dengan mudah, Jihoon menangkap bola yang seperti dibaling dengan tenaga yang lemah itu. Lelaki tersebut berdiri dan membuat huruf T menggunakan tangannya, mahu berhenti seketika daripada berlatih.
Soonyoung menganggukkan kepala sebelum berjalan ke arah bangku di tepi kotak baseball itu. Jihoon yang sudah duduk di bangku itu menghulurkan botol milik Soonyoung kepadanya.
"Apahal kau ni? Muram semacam saja aku tengok."soal Jihoon apabila Soonyoung melabuhkan punggung di sebelahnya. Lelaki itu meneguk minumannya sebelum menoleh ke arah Jihoon.
"Aku ada problem sikit. Jangan risaulah."
"Dude, aku kawan kau kot. Apa-apa bagitahulah aku. Kalau aku boleh tolong, aku tolong. Tak gitu?"kata Jihoon sebelum tertawa kecil. Air di dalam botol itu diteguk rakus. Soonyoung tersenyum kecil.
"Perempuan yang aku sayang dah nak kahwin dengan orang lain."
Air yang diteguk Jihoon tersembur pada wajah Soonyoung. Mata Soonyoung terpejam rapat apabila disiram dengan air mutlak yang keluar daripada mulut rakannya itu. Wajahnya disapu perlahan membuang air yang melekat pada wajahnya. Jihoon tertawa kuat sebelum mengelap wajah rakannya menggunakan tuala milik Soonyoung.
"Kau pernah bercinta ke?"
Soonyoung terus menegakkan badannya sambil mencekak pinggang. Jihoon dicerlung tajam.
"Apa kau ingat aku tak boleh jatuh cinta ke?"
"Tak, bukan tu maksud aku. Yalah, kau kan daripada pagi sampai malam asyik berlatih saja. I mean, make sense ke kalau kau boleh jatuh cinta kalau kau sesibuk itu?"
Kening Soonyoung terangkat. Betul juga kata rakannya itu. Dari sebelum dia terpilih untuk bermain dalam pasukan Wolves, dia asyik berlatih tidak henti-henti. Apatah lagi bila sudah popular di seluruh negara, pastilah dia berlatih dengan lebih kuat.
"Entahlah. Sebenarnya aku tak sangka pun yang aku akan jatuh cinta dengan dia."
"Bapak cheesy gila cara kau cakap ni."
Soonyoung tertawa sebelum menumbuk bahu rakannya itu dengan perlahan. Bola putih di tangannya dibelek-belek.
"Aku ingatkan dia suka aku juga. Yalah, aku banyak spend time dengan dia, teman dia pergi sana sini. Last last, dia balik kat ex sampah dia tu juga."
Dahi Jihoon berkerut mendengar ringkasan cerita daripada Soonyoung. Meluangkan masa bersama-sama? Setahu dia, Soonyoung hanya menghabiskan masa dengan kompleks sukan ini. Berlatih dari pagi hingga pagi.
"Okay, aku pelik. Korang berjiran ke macam mana?"
"To be honest, she's my housemate."
"Whoa Kwon Soonyoung is living with a girll—"
"And she's my cousin."pintas Soonyoung sebelum mendaratkan pandangannya pada Jihoon. Mata Jihoon terbuntang luas.
"WHAT THE F—"
"I know, I know. It sounds ridiculous but— she's lovely."
Jihoon menggelengkan kepalanya sebelum tertawa kecil. Dia menepuk-nepuk bahu Soonyoung bagi menenangkan perasaan lelaki itu.
Sedang mereka berborak-borak, Jihoon perasan akan kehadiran seseorang menghampiri mereka berdua. Dia menyenggol bahu Soonyoung. Rakannya itu terus mengangkat kepala memandang dari mana datangnya bayang-bayang itu.
"Let's talk."
+++++
"Kahwin?!"
Jiyeon terus menekup mulut Juyeon. Juyeon terus menundukkan kepalanya. Setelah gadis itu melepaskan mulutnya, dia melipat tangannya pada dada. Nasiblah mereka berada di atap bangunan JTBV ini. Kalau tidak, habis jatuh air mukanya.

YOU ARE READING
Home;run || Kwon Soonyoung
FanficLee Jiyeon, pembaca berita amatur yang baru masuk ke tempat kerjanya terpaksa duduk serumah dengan sepupu lelakinya akibat rumah sepupunya itu dekat dengan tempat kerjanya. Pada mulanya dia elok sahaja apabila berpindah masuk ke dalam rumah itu namu...