Jiyeon melangkah ke kondominium Unyeon setelah Joshua berlalu pergi. Terpaksa pula dia berjalan jauh kerana tidak mahu Joshua mengetahui tempat tinggalnya yang sebenar. Pelitup muka dibetulkan sedikit.
Setelah dia berjalan menghampiri post guard, dia ternampak kereta yang amat dikenalinya. Jiyeon terus berlari masuk ke dalam post guard itu dan menutup pintu itu. Penjaga keselamatan yang bernama Dasong itu menoleh ke belakang.
"Apa Cik Jiyeon buat kat sini?"soal lelaki tua itu sebelum berpusing ke arah kereta yang baru saja masuk menggunakan laluan penduduk yang tinggal di kondominium itu. Jiyeon memandang Jeonghan yang menempelkan access card Soonyoung pada tepi palang itu. Palang itu dinaikkan dan kereta Soonyoung yang dipandu Jeonghan masuk ke dalam.
"Sorry, Uncle Ryu. Saya nak menyorok daripada kereta tu."
"Kenapa? Dia orang jahat ke?"
"Takdalah. Dia ex saya. Kalau dia tahu saya tinggal kat sini. Habislah."
"Oh ha yalah. Ikut kamulah nak duduk berapa lama."kata penjaga keselamatan itu sebelum melabuhkan punggungnya dia atas sebuah kerusi. Setelah dia duduk di dalam post guard itu, Jiyeon membuat keputusan untuk mengintai lelaki tadi. Kelihatan Soonyoung seperti sedang...
Mengucup bibir Jeonghan?!
Jiyeon terus mengeluarkan telefonnya dan merakam tindakan mereka berdua. Tidak lama kemudian, Soonyoung meleraikan ciuman tersebut sebelum menyandarkan kepalanya di pintu lif. Jeonghan menekan butang lif ke atas sebelum berjalan kaki keluar daripada kondominium itu.
Jiyeon mengintai Jeonghan yang sedang berjalan dengan bahagia di pejalan kaki itu. Perlahan-lahan, dia melangkah keluar daripada post guard.
"Thank you, Uncle Ryu."ucap Jiyeon sebelum berlari ke arah lif di mana Soonyoung sedang menyandarkan kepalanya pada pintu lif tersebut. Dengan pantas gadis itu menyambut badan Soonyoung daripada terjatuh apabila pintu lif itu terbuka.
"Yeon?"
"Berat gila kau ni."kata Jiyeon sebelum mengheret Soonyoung masuk ke dalam lif itu. Soonyoung yang sedang duduk di atas lantai lif itu tersenyum lebar apabila dia ditarik Jiyeon. Jiyeon menekan butang nombor 34 sebelum meletakkan access cardnya pada tempat pengimbas kad itu.
"Jeonghan... wanna impress you with a homerun—hiks—he's so funny..."kata Soonyoung di bawah sedar. Jiyeon mengerutkan dahinya mendengarkan kata-kata Soonyoung.
Oh ya. Bagaimana Soonyoung boleh kenal dengan Jeonghan?
"Kau ada baseball game ke esok?"soal Jiyeon pada Soonyoung yang masih berada di atas lantai. Soonyoung menganggukkan kepala sebelum tertawa perlahan.
"Do you wanna come? Oh nevermind."kata Soonyoung sebelum menggoyangkan tangannya.
"Kau ni menyusahkan aku betullah. Nasib sepupu."kata Jiyeon sebelum mengheret Soonyoung keluar daripada lif itu. Setelah sampai di kuar lif, kepala Soonyoung ditepuk kuat.
"Kau bangun sekarang. Aku dah penat nak tarik kau."
Soonyoung hanya menurut kata-kata sepupunya sebelum berjalan ke arah rumahnya yang berada berdekatan dengan lif itu. Jiyeon menggelengkan kepala lalu memimpin Soonyoung yang berjalan denagn sangat perlahan itu.
"Awh. You're sho shweet."kata Soonyoung kemudian mengucup ubun-ubun Jiyeon. Jiyeon menjarakkan dirinya daripada lelaki itu. Sudah kenapa dia ni tiba-tiba nak cium cium aku pula ni? Soalnya di dalam hati.
Pintu rumah dibuka dengan kasar sebelum Soonyoung ditolak perlahan masuk ke dalam rumah. Jiyeon menapak ke dalam rumah itu kemudian mengunci grill dan pintu rumah Soonyoung itu.

YOU ARE READING
Home;run || Kwon Soonyoung
Hayran KurguLee Jiyeon, pembaca berita amatur yang baru masuk ke tempat kerjanya terpaksa duduk serumah dengan sepupu lelakinya akibat rumah sepupunya itu dekat dengan tempat kerjanya. Pada mulanya dia elok sahaja apabila berpindah masuk ke dalam rumah itu namu...