12 || cockroach

174 24 16
                                    

Jiyeon keluar daripada bilik airnya dengan singlet hitam dan seluar pendek yang dipakai di dalam bathrobe putih. Dia baru saja lepas mengeringkan rambutnya di dalam bilik air dan sekarang masa untuk SKINCAREE!

Gadis itu meletakkan telefonnya di hadapan cermin dan memainkan lagu Love Letter nyanyian Seventeen.

Toner dicapai dan dia menuangkan sedikit di atas kapas wajah. Dia menyapu kapas basah itu pada wajahnya sambil melihat ke arah cermin. Namun dia merasakan ada sesuatu sedang memerhatinya dari belakang. Perlahan-lahan, dia menoleh ke arah benda hitam itu.

"AAAAAAAAARGHH!"jeritnya sekuat hati sebelum berlari keluar daripada biliknya. Dia terus mencapai telefonnya dan membuang kapas tersebut ke dalam bakul sampah kecil. Kakinya laju berlari keluar daripada bilik itu.

Soonyoung yang terjaga akibat terdengar jeritan gadis itu terus membuka pintu biliknya. Jiyeon yang berwajah cemas itu dipandang sekilas sebelum gadis itu menerpa ke arah Soonyoung yang bersinglet hitam. Tubuh sepupunya dipeluk erat.

"A-ada lipas."

"Mana?"soalnya mamai. Rambutnya yang serabai dibiarkan begitu saja. Dia terlalu penat hari ini sehinggalah dia tertidur setelah membersihkan dirinya tadi.

"Kat dalam bilik."

Soonyoung berasa terlalu malas untuk membunuh lipas malam ini. Dia terus menutup pintu biliknya. Jiyeon yang masih memeluk tubuhnya dipandang sekilas sebelum tertawa halus. Kini biliknya gelap gelita dan hanya diterangi oleh sinaran bulan diluar.

"Kau tidurlah sini dulu. Aku bunuh lipas tu esok okay?"kata Soonyoung dengan suara serak basahnya. Tanpa berfikir panjang, Jiyeon mengangguk perlahan. Gadis itu terus meleraikan pelukannya pada pinggang Soonyoung lalu melangkah ke arah katil.

Lelaki itu terus tersenyum sinis apabila terfikirkan sebuah idea.

"Siapa kata kau tidur atas katil?"soal Soonyoung. Sengaja menyakitkan hati gadis itu. Jiyeon terus menoleh ke arah Soonyoung dengan pandangan tidak percaya.

"Habistu aku nak tidur mana?"soal Jiyeon dengan riak cemas terpampang pada wajahnya. Soonyoung menghampiri Jiyeon dengan perlahan. Gadis itu terus berganjak ke belakang.

"Tidur atas lantai."

"Taknak! Nanti lipas tu datang kat aku macam mana?"

"Nasib kaulah."kata Soonyoung selamba sebelum menarik kaki Jiyeon ke bawah. Jiyeon terus menjerit sekuat hatinya. Lelaki itu pula terus naik ke atas badan Jiyeon yang sudah terbaring di atas katil.

"You know, you look pretty in this robe."kata Soonyoung dengan suaranya yang mengancam itu. Jiyeon meneguk liurnya melihatkan sisi gelap Soonyoung yang tidak pernah dia lihat seumur hidupnya.

"Please don't do this to me, Soonyoung-ah."

"Why? Are you scared?"

"Soonyoung..."

"Don't worry, I'll be gentle with you."kata Soonyoung lagi sebelum mengusap pipi gadis itu dengan hujung jarinya. Jiyeon terus menyatukan kedua belah tapak tangan di hadapan wajahnya. Soonyoung memisahkan tangannya dan menekan kedua belah tangan Jiyeon di atas katil.

"I'll do whatever you want me to. Please don't do this to me."

"Okay. Give me your phone."kata Soonyoung sebelum bangun daripada menekan tangan Jiyeon di tepi kepalanya. Jiyeon terus membuka telefonnya dengan tangan yang terketar-ketar lalu memberikan telefonnya pada Soonyoung.

Lelaki itu terus membuka galeri dan memadam video itu dengan pantas. Wajah pucat milik Jiyeon dipandang sebelum bangun daripada tubuh gadis itu. Telefon Jiyeon diletakkan di atas katil. Jiyeon terus bangun daripada pembaringan. Melihatkan gadis itu seperti ketakutan, Soonyoung mengucup dahi Jiyeon lembut.

"Aku minta maaf. Aku tak sepatutnya buat macam ni tapi video tu melibatkan maruah aku. Maafkan aku ya?"Soonyoung mengusap lembut rambut Jiyeon. Jiyeon menganggukkan kepalanya laju sebelum memeluk pinggang Soonyoung.

"Aku pun minta maaf. Aku tak sepatutnya rakam kau dengan Jeonghan."

"Kissing is my habit when I'm drunk. That's why I kissed you too, Yeona."Soonyoung tersenyum kecil sebelum meleraikan pelukan tersebut. Dia memegang bahu Jiyeon dan membaringkan gadis itu di atas katilnya. Selimut ditarik sehingga paras dada gadis itu.

"Kau tidur sini. Aku tidur kat ruang tamu."

+++++

Jiyeon perlahan-lahan membuka matanya dan perkara pertama dia lihat adalah tingkap yang berada di sebelah kanannya. Selalunya tingkap bilik berada bertentangan dengan katil. Tapi kenapa—

Serta-merta peristiwa semalam menerpa minda. Bibir Jiyeon mengukir senyuman kecil dan tangannya memegang dahi dimana Soonyoung mengucupnya semalam. Pipinya mula merona merah.

"Eh apa benda engkau ni, Yeon?"soal Jiyeon pada dirinya sendiri. Wajahnya ditampar perlahan bagi menyedarkan dirinya yang dia sedang mengarut. Gila ke dia mahu suka akan sepupunya yang gay itu?

Jiyeon terus bangun dan menyelak selimut. Kakinya pantas keluar daripada bilik itu dan masuk ke dalam biliknya. Matanya melilau melihat sekeliling mahu memastikan sama ada lipas itu ada lagi atau tidak.

Dan nampaknya, lipas itu telah hilang!

Jiyeon masuk ke dalam biliknya dengan bahagia. Dia menapak ke bilik air dan menutup pintu itu. Tanpa berlengah dia terus mencuci muka dan memberus gigi. Sedang dia bernyanyi perlahan, matanya menangkap sesuatu berwarna hitam di dinding bilik airnya yang berwarna putih itu.

"AAAAAARGGHHGG!"Jiyeon menjerit dengan suaranya yang paling tinggi dan kuat. Jantungnya berdegup laju sebelum dia keluar daripada bilik air tersebut. Laju kakinya berlari keluar daripada biliknya dan menuruni tangga itu.

"SOONYOUNG-AHHHH!"jerit gadis itu sebelum menerpa ke arah Soonyoung yang berada di luar rumah. Lelaki itu terus masuk ke dalam dengan pantas. Grill yang mahu ditutupnya tadi ditinggalkan begitu saja. Baru saja dia balik berjoging, jeritan Jiyeon kedengaran.

"Kenapa jerit-jerit ni hm?"soal Soonyoung sebelum memegang wajah cemas Jiyeon. Jiyeon menuding ke arah biliknya. Mata Soonyoung memandang ke arah pintu bilik Jiyeon yang ternganga luas.

"Lipas semalam..."

"Ada lagi?"

Jiyeon menganggukkan kepalanya. Soonyoung terus melangkah ke arah dapur. Dia mengambil spray lipas daripada kabinet bawah singki kemudian melangkah ke ruang tamu semula.

"Jom tunjuk aku mana lipas tu. Biasa dia ni."kata Soonyoung sambil menghulurkan tangannya pada Jiyeon. Jiyeon menyambut huluran Soonyoung itu. Dia mengekori langkah sepupunya ke tingkat atas sehinggalah bunyi loceng rumahnya berbunyi.

Soonyoung mengerutkan dahinya. Tanpa berfikir apa-apa, Jiyeon terus melepaskan tangan Soonyoung dan melangkah ke arah pintu rumah yang masih ternganga dibiarkan oleh Soonyoung tadi. Bathrobe dibetulkan sebelum menyisir rambutnya ke belakang dengan tangan.

Mata Soonyoung membulat melihat skrin interkom yang berada berdekatan dengan dapurnya. Dia terus berlari ke arah Jiyeon yang sedang memegang memegang daun pintu itu.

"Yeona—"

Belum sempat dia menghalang gadis itu daripada melangkah ke arah pintu utama tersebut, Jiyeon telah terkaku di hadapan pintu. Soonyoung terus melepaskan tangan Jiyeon daripada digenggamnya.

"Sh-Shua..."

#####

Home;run || Kwon SoonyoungWhere stories live. Discover now