"So let's hear your opinion, Jiyeon-ssi. Apa pendapat awak tentang Lim Yeonhee ni?"soal pengacara rancangan itu yang bernama Yoo Jonghwa. Jiyeon yang sedang tersenyum ke arah Yeonhee, terus memalingkan wajahnya kepada Jonghwa itu.
Lim Yeonhee, wanita yang datang ke rancangan ini kerana mahukan nasihat tentang pasangannya yang sentiasa sibuk dengan kerja dan kadang-kadang makan pun terlupa. Dan pasangannya berada di bahagian penonton.
"Pendapat saya, you guys kena belajar communicate with each other. If you're busy that day, tell her or tell him that 'I'm sorry, I'm busy with my works. I'll call you back later at night.' So that your partner knows that you're with your works and didn't overthinks."kata Jiyeon sebelum tersenyum. Yeonhee tersenyum ke arahnya.
"What if he's not doing his works but he's with another girl, Jiyeon-ssi?"Jonghwa menyoal soalan perangkap kepada Jiyeon. Jiyeon tersenyum lebar mendengarkan soalan itu. Bukannya dia tidak tahu yang Jonghwa sengaja menanyakan soalan itu kepadanya.
"In my opinion, don't you feel guilty if you have a side chick? I mean, your girlfriend is waiting for you. She loves you but all you do is cheat on her with another girl. Don't you feel guilty at all? You're making her waiting for you, you're wasting her time. Many guys are after her but you choose to cheat?"
"I'm saying this not for guys only but for girls too. Yes, you can decide what do you wanna do in your life but your partner has their life to live too. Stop making them waiting for you."kata Jiyeon panjang lebar sebelum tersenyum ke arah kamera utama. Penonton di dalam studio itu bertepuk tangan mendengarkan kata-kata Jiyeon.
"Wow, Jiyeon-ssi. You're talking as if you've been there. Have your boyfriend cheats on you?"
Jiyeon menarik nafasnya sebelum menguntumkan senyuman. Dia perlu kekal tenang walaupun soalan-soalan tadi bagai sedang memprovok dirinya.
"Yeah. But that story are all in past back in my college year."
"Ooh, so are you single right now?"soal Yeonhee pula. Jiyeon mengerutkan dahihya sebelum tertawa.
"Am I the guest right now? Why are you guys focusing on me? Let's get to another question."kata Jiyeon sebelum mengangkat cue cardnya sehingga paras mata. Sebahagian penonton di studio itu tertawa melihatkan Jiyeon yang mahu mengelak soalan Yeonhee itu.
+++++
Jeonghan hanya tersenyum lebar menonton rancangan Love Consultant yang sedang bersiar di televisyen kedai makan itu. Ayam yang berada di tangannya dikunyah dengan perlahan. Soonyoung yang sedang meneguk soju itu memandang Jeonghan yang sedang tersenyum seperti orang gila itu.
"Oi. Kau senyum kat... siapa?"soal Soonyoung sambil menepuk lengan Jeonghan. Jeonghan memandang rakannya itu sebelum mengukirkan senyuman yang manis. Dia menuding ke arah televisyen yang tergantung di siling. Soonyoung hanya melihat arah jari Jeonghan itu.
Walaupun dia sedikit mabuk, dia masih dapat melihat wajah yang terpampang di televisyen itu dengan jelas.
Itu Jiyeon. Bisik hati Soonyoung sebelum meneguk lagi soju yang berada di dalam cawannya.
"Dialah perempuan yang aku nak impress tu."kata Jeonghan sebelum menguntumkan senyuman manis kepada lelaki di hadapannya itu. Soonyoung mengerutkan dahinya lalu menganggukkan kepala.
Soonyoung tidak pelik pun jika Jeonghan sukakan Jiyeon. Dia pun tidak boleh menafikan kecantikan yang ada pada sepupunya itu. Namun disebabkan mereka selalu bergaduh daripada kecil sehinggalah besar, kecantikan Jiyeon itu bagaikan halimunan padanya.
Namun sekarang entah kenapa Soonyoung merasakan yang Jiyeon ini semakin cantik. Ah, itu semua mainan syaitan. Getus hati Soonyoung sebelum meneguk soju lagi dan lagi.
"Kau kenapa minum banyak sangat hari ni? Selalunya kaulah yang paling jaga kesihatan."
"Entah. Aku rasa nak minum."kata Soonyoung sebelum meletakkan kepalanya di atas meja. Dia mula terasa mengantuk.
"Haih kau ni tidur kat rumahlah."
Dengkuran halus Soonyoung menyapa pendengaran Jeonghan. Jeonghan menyebak rambutnya ke belakang.
"Satu kerja pula aku nak mengangkut kau balik rumah."
+++++
Telefon Jiyeon berdering minta diangkat. Gadis itu mengeluarkan telefonnya daripada beg tangan dan melangkah keluar daripada lif tersebut bersama-sama beberapa orang lagi pekerja. Nama Joshua yang tertera di skrin telefonnya membuatkan hatinya melonjak gembira.
"Hello, Shua!"
"Hello baby. You kat mana tu?"
"I baru saja keluar daripada lif. Kenapa?"
"I'm in front of your workplace. Hurry up, I want to bring you to dinner."kata Joshua di hujung talian. Mendengarkan itu, Jiyeon terus berlari keluar daripada bangunan JTBV. Kereta Joshua yang elok terparkir di hadapan bangunan itu membuatkan Jiyeon bertambah gembira.
"SHUAA!"
Joshua mengangkat kepala sebelum mendepakan tangannya. Jiyeon terus membaluti kedua-dua belah tangan pada tubuh Joshua. Lelaki itu terus meletakkan kepalanya di atas kepala Jiyeon.
"I miss you."ucap Jiyeon sebelum menyembamkan wajahnya pada dada tegap Joshua. Lelaki itu mengucup dahi teman wanitanya yang sudah lama dia tidak berjumpa. Hampir seminggu juga dia berada di hospital. Makan minum pun tidak menentu.
"I miss you more, baby."
+++++
"I watched your show. I heard all of your words."kata Joshua setelah beberapa minit mereka menikmati keindahan bandar Seoul yang terbentang di hadapan mata masing-masing. Jiyeon hanya tersenyum sebelum meneguk Coke yang dibelinya di McDonald tadi.
"I'm sorry if my words offended you."
"I'm the one who should be sorry, baby. I ajak you kahwin tapi sekarang pun I tak pandai nak manage masa kerja dan masa I dengan you. Kalau kita kahwin, mungkin I akan jadi suami yang tak baik."kata Joshua sebelum menundukkan kepalanya. Jiyeon pula memegang tangan teman lelakinya itu.
"Kalau you tak ready lagi nak kahwin dengan I, I faham. Takpa, take your time okay?"
Joshua memeluk bahu Jiyeon erat. Dahi gadis itu dikucup lembut sebelum menyandarkan kepalanya pada kepala Jiyeon. Jiyeon hanya tersenyum lebar. Akhirnya, dia dapat meluangkan masa dengan teman lelakinya ini.
"Oh by the way, you duduk kat mana?"soalan Joshua membuatkan Jiyeon berhenti meneguk Coke di tangannya. Dengan teragak-agak, Jiyeon menjawab soalan Joshua itu.
"I duduk dekat-dekat dengan kondominium Unyeong."
"Kondominium Unyeong? Ohh I know I know. Nak I tengok-tengokkan tak? Kot ada yang—"
"Semua dah cukup. Tu housemate I punya rumah so semua lengkap."
"Housemate you tu kawan you ke? I kenal tak?"soal Joshua lagi. Jiyeon meneguk liurnya sebelum memegang lengan Joshua.
"You tak kenal pun. Dia kawan I masa dekat kolej dulu. Lagipun masa tu dia pelajar pertukaran. So sekejap sajalah dia duduk kat situ."bohong Jiyeon sebelum tersenyum. Joshua menganggukkan kepalanya.
"Dia muslim ke? Kenapa you nampak macam defensive?"
"Y-yeah she's a muslim. I takut dia tak selesa pula you datang situ."
Joshua mengangguk lagi sebelum tertawa.
"Takpa, kalau dia takda kat rumah you call lah I. I datang senyap-senyap."kata Joshua dengan sisa tawanya. Jiyeon juga ketawa namun di dalam hatinya terasa lega. Joshua masih tidak tahu yang dia duduk serumah dengan lelaki lain.
"Yeah will do."
#####
ANDA SEDANG MEMBACA
Home;run || Kwon Soonyoung
Fiksi PenggemarLee Jiyeon, pembaca berita amatur yang baru masuk ke tempat kerjanya terpaksa duduk serumah dengan sepupu lelakinya akibat rumah sepupunya itu dekat dengan tempat kerjanya. Pada mulanya dia elok sahaja apabila berpindah masuk ke dalam rumah itu namu...
