Bau sarapan yang terawang-awang di dalam rumah itu membuatkan Soonyoung terjaga dari tidurnya. Tubuh Jiyeon yang berada di dalam dakapannya semalam sudah hilang. Soonyoung menggaru kepalanya sebelum melangkah masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.
Usai menggantikan baju, Soonyoung melangkah menuruni tangga tersebut. Kakinya laju menapak ke arah dapur dan seperti yang dia agak, isterinya sedang berdiri di situ sambil membuat air.
"Good morning cinta hati pengarang jantung usus kecil usus besarku, Kwon Soonyoung." sapa Jiyeon dengan wajah ceria. Soonyoung tergelak besar sebelum memeluk pinggang Jiyeon daripada belakang. Dagunya direhatkan di atas bahu isterinya.
"Awalnya you bangun. Tak sempat nak bagi morning kiss."
"I nak buat sarapan. Tak nampak kat depan tu abang I tengah kebulur."balas Jiyeon sebelum tertawa. Soonyoung mengukirkan senyuman kecil sebelum mengucup bahu wanita itu dengan lembut.
"Kita ada dekat dapur tau, Soonyoung."
"Jadi?"
"Kalau eomma nampak macam mana?"
Belum sempat Soonyoung membalas, kedengaran deheman Eomma Lee yang kuat itu. Soonyoung terus melepaskan pinggang Jiyeon dan bersandar pada kabinet tersebut. Suasana di dapur itu menjadi kekok dan janggal.
"I hantar air ni pergi depan kejap."
"Yeon! Yeon!"panggil Seokmin yang sedang duduk di sofa itu. Jiyeon meletakkan teko di atas meja makan sebelum bergegas ke ruang tamu.
"Apa dia jerit jerit ni?"
"Ada artikel pasal korang berdua!"jerit Seokmin apabila Jiyeon melabuhkan punggung di sebelahnya. Soonyoung yang tidak dipanggil turut melangkah ke depan. Telefon Seokmin yang berada dalam pegangannya dilihat dengan teliti. Gambar Jiyeon dan Soonyoung yang berada di dalam busana pengantin itu membuatkan dahinya berkerut.
Gempar! Kwon Soonyoung dan Lee Jiyeon, Pengacara Rancangan Love Consultant Telah Mengikat Tali Pernikahan Mereka Semalam.
"Macam mana—"
Jiyeon terus berpaling ke arah suaminya. Patutlah semalam ramai jurugambar! Itu wartawan rupanya! Tak guna!
"I dah cakap kat my colleague yang I kahwin dengan doktor bedah tau! Aduh. Matilah. Macam mana aku nak cakap dengan Juyeon—"
Ya itu dia. Baru saja bercakap tentangnya, telefon Jiyeon yang berada di atas meja itu berdering kuat. Dia terus berlari mendapatkan telefonnya. Nama Juyeon yang tertera di atas skrin tersebut membuatkan mata wanita itu terbeliak.
"Speaking of the devil."
Jiyeon menjawab panggilan tersebut.
"Hell—"
"LEE JIYEONNNNN!"
Mata Jiyeon terpejam mendengar jeritan daripada Juyeon itu. Matilah. Pasti aku kena bebel dengan dia ni.
"Y-ya?"
"Kau kata kahwin senyap senyap! Kenapa tiba-tiba keluar artikel hah?! Penat tau aku zip mulut, tiba-tiba bos kita mesej aku pasal kau kahwin dengan Kwon Soonyoung. Kau bukak telefon kau sekarang!"
Dengan pantas Jiyeon membuka data lalu berderet mesej masuk dalam telefonnya. Bunyi notifikasi yang tidak berhenti-henti membuatkan Jiyeon menjilat bibirnya keresahan.
Habislah. Apa aku nak jawab dengan bos nanti?
+++++
Jiyeon duduk di sebuah meja makan yang tersorok daripada pelanggan yang lain sebelum menghela nafas panjang. Seharian dia tersenyum kepada rakan sekerjanya kerana mereka semua tidak henti-henti mengucapkan 'Selamat Pengantin Baru' kepadanya.
Nasiblah sekarang waktu makan tengah hari. Tidaklah dia diusik lagi oleh rakan sekerjanya.
Pagi tadi sudahlah dia terpaksa lalu jalan belakang pejabat kerana ramai wartawan daripada syarikat lain mahu membuat liputan. Fikir Jiyeon ini artis terkenal? Gila. Nasiblah Juyeon ada untuk menyeludupnya masuk ke dalam bangunan.
Dan ya, dia perlu bersiap sedia dengan usikan dan gurauan kasar Jonghwa apabila rakaman Love Consultant untuk minggu ini dijalankan. Jahanam. Sudahlah dia pernah mengatakan 'saya single but not available dan belum terbuka hati nak terima sesiapa dalam hidup saya.'
Punah.
Pasti netizen fikir Jiyeon cuba untuk menyembunyikan hubungannya dengan Soonyoung. Oh tidak. Habislah. Bagaimana kalau mereka tahu yang aku pernah dituduh curang dengan teman lelaki sendiri?
Jiyeon memegang dada kirinya merasakan jantungnya yang makin laju berdetak. Nafasnya cuba dibetulkan. Jangan risau Jiyeon, kau bukan retis sampai orang nak ambil tahu pasal kau macam tu sekali okay? Bisik hati Jiyeon. Setelah beberapa minit, dia melepaskan nafasnya.
"Panjang mengeluh?"
Bahu Jiyeon terhinjut sebelum berpusing ke belakang di mana suara itu datang. Senyumannya melebar melihat wajah yang dikenalinya itu. Punggung terus diangkat daripada kerusi tersebut.
"Soon—"
Lelaki itu meletakkan jari telunjuknya pada bibir menyuruh wanita itu senyap. Jiyeon mengemam bibirnya sebelum memeluk leher Soonyoung sekejap. Mereka duduk semula di meja tersebut secara bertentangan.
"You buat apa kat sini?"
"You ingat player baseball takda waktu rehat ke?"
"Manalah tahu. Kot kot tengah stalk I ke."ujar Jiyeon sebelum tertawa kecil. Soonyoung tersenyum sinis kemudian menopang dagunya di atas meja.
"Well, let's say I followed you here."
Jiyeon tergelak kecil sambil menutup mulutnya menggunakan hujung jari.
"Fan behaviour. We been knew."
Di bawah meja, Soonyoung menyepak kaki Jiyeon dengan kekuatan sederhana sehingga wanita itu menjerit perlahan. Seperti Jiyeon yang kita kenali, takkanlah dia mahu mengalah dengan lelaki ini kan? Sebagai balasan, Jiyeon memijak kaki Soonyoung dengan kasut tumitnya.
"Sakitlah you!"
"Padan muka."kata Jiyeon sebelum menjelirkan lidah. Soonyoung mengetap rahangnya. Memang dia takkan menanglah dengan gadis di hadapannya ini.
"Tadi kan you, wartawan penuh depan JTBV."
"Oh yeke? Lepastu macam mana you masuk?"
"Colleague I seludup masuk ikut pintu belakang."kata Jiyeon sebelum tertawa kecil. Soonyoung meletakkan tangannya di atas meja. Tapak tangannya menghadap ke atas seperti mahu Jiyeon meletakkan tangannya di atas Soonyoung. Gadis itu hanya memandang tangan suaminya.
"Cepatlah. Nak pegang tangan you."
"Bayarlah. Ingat free ke pegang tangan retis?"
"Eh you ingat senang ke nak pegang tangan I? Cepatlah~"
"Yalah yalah."ujar Jiyeon sebelum meletakkan tangannya di atas tangan Soonyoung. Lelaki itu terus menggenggam tangan Jiyeon dengan erat. Senyuman di bibirnya melebar. Dia memegang tangan Jiyeon dengan kedua-dua belah tangannya.
"I minta maaf kalau wartawan semua tu susahkan you. Esok I hantar you masuk okay?"
"Takpa. I boleh handle."
"If you got hurt macam mana?"
"Sejak bila Kwon Soonyoung ni jadi sweet? Setahu I—"
"Shut it. You're my wife, okay."
"I—"
"Encik dan Puan nak order apa ya?"
Jiyeon dan Soonyoung mengemam bibir. Baru saja mahu meluangkan masa dengan si isteri, ada pula pelayan ni datang. Nasiblah pelayan, kalau orang lain, sudah Soonyoung tumbuk awal-awal.
#####

ANDA SEDANG MEMBACA
Home;run || Kwon Soonyoung
FanficLee Jiyeon, pembaca berita amatur yang baru masuk ke tempat kerjanya terpaksa duduk serumah dengan sepupu lelakinya akibat rumah sepupunya itu dekat dengan tempat kerjanya. Pada mulanya dia elok sahaja apabila berpindah masuk ke dalam rumah itu namu...