Jiyeon melangkah ke arah Soonyoung yang baru saja keluar setelah menukar pakaiannya kepada pakaian kasual. Dia menghulurkan bola yang ditangkapnya dengan tangan kosong tadi di hadapan Soonyoung. Lelaki itu mengerutkan dahinya.
"Once you catch it, you can have it. We have plenty—"
"I need you to sign it. It's for Juyeon, my co-worker. He adores you."kata Jiyeon sebelum menghulurkan bola itu sekali lagi. Soonyoung tersenyum kecil lalu mengambil bola itu dari tangan Jiyeon. Marker yang disimpan di dalam poket begnya ditarik keluar.
"Why did you interview me anyway? The star tonight is Jeonghan."
"Aku pun taknak interview kau. Tapi PD suruh. Aku ikut sajalah."kata Jiyeon sambil melihat tangan Soonyoung laju menandatangai bola putih tersebut. Soonyoung mencebikkan bibirnya sebelum memberikan semula bola itu pada Jiyeon.
"Thank you, Soonyoung-ah. I'll be right back."kata Jiyeon sebelum melangkah ke arah Juyeon yang sedang membantu krew yang lain mengemas barang mereka. Bahu Juyeon ditepuk perlahan. Lelaki itu berpusing ke arah Jiyeon.
Jiyeon menarik tangan Juyeon jauh daripada krew yang sedang mengemas itu. Juyeon yang masih terpinga-pinga hanya mengikuti langkah rakan sekerjanya itu.
"For you."ujar gadis itu setelah menghulurkan bola itu pada Juyeon. Juyeon terbeliak. Bola itu terus diambil dan mengangkat tinggi di udara. Senyuman yang lebar di bibirnya membuatkan Jiyeon tertawa.
"THANK YOU, JIYEON-AHH! You're the best!"kata Juyeon sebelum menarik Jiyeon ke dalam pelukannya. Mereka berdua terlompat-lompat seperti sedang meraikan pukulan homerun tadi. Soonyoung berjalan ke arah mereka berdua. Jiyeon dan Juyeon perlahan-lahan berhenti daripada melompat dan meleraikan pelukan itu.
"Kw-Kwon Soon-Soonyou-ng-ssi..."
"Ei kau ni stoplah buat muka macam tu. Cuba senyum sikit. Peminat kau ni."kata Jiyeon tanpa sedar. Juyeon terkebil-kebil memandang Jiyeon yang seakan-akan sudah mengenali Soonyoung dalam tempoh yang lama. Soonyoung menjeling gadis itu.
"Takpa, Juyeon-ssi. Jangan pelik kenapa dia macam ni. Dia ni sepupu saya. Muka cantik, otak tarak."ujar Soonyoung sebelum memeluk bahu Jiyeon. Gadis itu menolak tangan Soonyoung yang berada di atas bahunya. Juyeon yang masih belum habis terkejut dengan bola yang ada tandatangan Soonyoung makin terkejut apabila dia dihambat dengan fakta dimana Soonyoung adalah sepupu kepada Jiyeon.
"K-kau sepupu Kwon Soony-young?"
"I hate to admit that but yea."balas Jiyeon sebelum tersenyum kelat. Juyeon menekup mulutnya seakan tidak percaya.
"Tapi tak perlulah bagitahu orang. Aku tak suka bila orang tau aku ada talian persaudaraan dengan si gila ni."kata Jiyeon sebelum menepuk bahu rakan sekerjanya itu. Juyeon menganggukkan kepalanya dengan laju. Mereka bertiga melangkah semula ke arah tempat duduk di mana pasukan Wolves berkumpul.
"Soonyoung, kitorang nak pergi after-party dengan krew JTBV sekali. Kau nak ikut tak?"soal Jihoon, rakan sepasukan Soonyoung. Soonyoung memandang ke arah Jiyeon sekilas sebelum melihat pasukannya semula.
"Tak kot. Aku penatlah harini. Need to recharge my battery."Soonyoung menolak ajakan rakannya itu. Dia terus berlalu daripada situ. Jiyeon dan Wolves memandang Soonyoung yang sudah melangkah pergi itu dengan senyap. Jeonghan kemudiannya berdiri menangkap perhatian semua orang.
"Kalau captain tak pergi, aku pun malaslah. Korang pergilah dengan krew."kata Jeonghan sebelum berlalu pergi. Kini perhatian kembali pada Jiyeon dan Juyeon.
"Korang berdua nak ikut tak?"soal Hyunsuk pada Jiyeon dan Juyeon. Gadis itu memandang rakan sejawatnya dan Juyeon memandang gadis itu.
"Saya ikut."kata Juyeon. Pasukan Wolves bersorak gembira sebelum menarik Juyeon ke arah mereka semua.
"Saya tak ikut kot. Thanks for the invitation anyway."
"If you say so. Jomlah tukar baju. We're going to party!"jerit Dongman sebelum bersorak gembira disusuli dengan jeritan teruja milik rakan sepasukannya. Telefon Jiyeon berbunyi menandakan ada tiga mesej masuk.
From: Soonyoung 🐹
Aku ada kat kereta ni
Kita balik sekali
Cepat sikit"Aku balik dululah."
"Okay. Thank you for the signed ball. Hati-hati balik tu."pesan Juyeon sebelum memeluk tubuh Jiyeon sekejap. Jiyeon menganggukkan kepalanya sebelum keluar daripada kompleks sukan tersebut. Matanya melilau mencari kereta Soonyoung itu.
Seorang lelaki yang sedang melambai ke arahnya dari jauh menangkap perhatiannya. Jiyeon terus berlari ke arah Soonyoung dan terus masuk ke dalam kereta lelaki itu. Soonyoung juga melabuhkan punggungnya di atas kerusi kereta tersebut.
"You've done such a great job just now. Not to mention that I actually touched because you know my recent activity."
"Oh not really. Juyeon told me that before that interview. So I thought it would be better if I mention that."balas Jiyeon selamba. Soonyoung terasa seperti ditampar realiti. Ingatkan sepupunya ada buat kajian tentang dirinya namun sangkaannya meleset. Gadis itu memang langsung tidak ambil kisah tentangnya.
"By the way, what is it between you two?"soal gadis itu setelah memakai tali pinggang keledar. Soonyoung menoleh ke arah Jiyeon dengan kerutan di dahi.
"Who?"
"Ala dia ni buat buat tak tahu pula. Kau dengan Jeonghanlah. Korang bercinta kan?"
Soonyoung tersedak air liur sendiri. Apa sampai ke situ pula fikiran gadis ini? Gila ke apa Soonyoung mahu bercinta dengan lelaki? Dia terbatuk-batuk sehingga wajahnya bertukar merah.
"Apa benda kau mengarut ni nyah? Gila ke aku suka sama jenis?"
Jiyeon mengerutkan dahi seraya menyengetkan kepalanya. Soonyoung yang masih malu itu memegang gear dan menukarnya kepada N. Pedal break dipijak dan mereka berhenti di lampu trafik itu.
"Tapi kenapa kau cium bibir dia masa kau mabuk tu?"soal Jiyeon polos. Bagaikan baru teringat sesuatu, wajah Soonyoung makin merah padam. Dia tersandar pada kerusi kereta itu.
"M-mana ada aku cium dia! Kau jangan buat fitnah!"
"Aku ada rakam."
"YOU WHAT?!"
Jiyeon terus membuka telefonnya dan memainkan video yang berdurasi 9 saat itu. Soonyoung yang menonton itu terus menjadi tidak keruan.
"Yeon-ah, please delete video tu. Jatuh maruah aku kalau benda tu tersebar."
Soonyoung merayu pada Jiyeon di sebelahnya. Jiyeon tersenyum sinis sebelum menyimpan telefonnya di dalam beg. Dia menopang dagunya sebelum melemparkan pandangan keluar tingkap.
"Kalau aku taknak?"Jiyeon memprovok sepupunya yang sudah seperti cacing kepanasan memandu kereta itu. Soonyoung yang sudah mahu menangis dipandang sekilas sebelum menguntumkan senyuman sinis.
"Tolonglah, aku merayu. Aku sanggup buat apa saja untuk kau. Tolonglah."Soonyoung merayu lagi namun kali ini dia bagai sudah menitiskan air mata. Jiyeon yang berada di sebelahnya seperti kasihan pula dengan sepupunya. Tidak pernah dia dengar suara sedih milik Soonyoung itu.
"Nantilah aku delete. Buat masa ni aku simpan dulu."
"LEE JIYEONNNNN!"
#####
YOU ARE READING
Home;run || Kwon Soonyoung
Fiksi PenggemarLee Jiyeon, pembaca berita amatur yang baru masuk ke tempat kerjanya terpaksa duduk serumah dengan sepupu lelakinya akibat rumah sepupunya itu dekat dengan tempat kerjanya. Pada mulanya dia elok sahaja apabila berpindah masuk ke dalam rumah itu namu...