"Sh-Shua..."jantung Jiyeon terus berdegup laju. Lelaki yang berada di hadapan pintu rumahnya masih tergamam melihat teman wanitanya yang duduk serumah dengan seorang lelaki.
"Wh-what are you guys doing?"soal Joshua dengan wajah tidak percaya. Mata Joshua melihat bathrobe yang tersarung pada badannya. Joshua masuk ke dalam rumah itu dengan perasaan marah membuak.
"Shua... it's not like what you think."
"What? My girlfriend lives together with a guy."kata Joshua sebelum melipat tangannya pada dada. Jiyeon memandang Soonyoung sebelum menoleh ke arah Joshua semula.
"Shua, please let me explain."
"Explain apa lagi, baby? Jelas dah depan mata I yang you..."kata-kata Joshua terhenti sambil matanya melihat pakaian yang dipakai oleh Jiyeon. Jiyeon terbeliak. Dia lupa hendak menukar pakaian kerana lipas yang ada di dalam bilik tadi.
"No. He's my cousin. We're not doing anything. I'm forced to live with him. Please underst—"
"Faham apa?! You duduk serumah dengan sepupu lelaki. LELAKI. With him sweating and you wearing this robe..."Joshua menghela nafas perlahan. Jiyeon mencapai tangan Joshua. Dengan pantas Joshua menepis tangannya memberhentikan segala penjelasan yang mahu dikatakan Jiyeon.
"But Shua! He's gay! Believe me—"
"Oi oi. Kau mulut elok sikit—"
"Kau diam boleh tak? Kau dah sedap dengan dia nak memekak pula."pintas Joshua dengan penuh meluat. Soonyoung terkedu. Aku pula kena? Getus hati Soonyoung sebelum memandang mereka berdua dengan pandangan tidak percaya.
"Dia ada boyfriend. Please, Shua. Seriously, we didn't do anything."
"I put my trust on you... and this is what I got?"soal Joshua. Jiyeon menggelengkan kepalanya dan mencapai tangan Joshua. Joshua menarik tangannya dengan perlahan.
"I... taknak dengar apa-apa dah daripada you."kata Joshua sebelum berpusing membelakangi Soonyoung dan Jiyeon. Air mata Jiyeon sudah bertakung di tubir matanya.
"Hold on,"Soonyoung menahan lelaki itu daripada melangkah keluar daripada rumahnya. Tangan yang didepakan terus diseluk ke dalam poket seluar tracksuitnya. Joshua menggulingkan matanya apabila Soonyoung menahan langkahnya daripada keluar.
"Macam mana kau boleh naik sini?"
"Apahal kau nak tahu?"
"Ini rumah aku dan aku boleh buat aduan yang kau ceroboh masuk rumah aku."kata Soonyoung dengan yakin. Joshua merengus lalu menyeluk poket seluar slacknya dan mencampakkan sesuatu pada wajah lelaki itu.
"Kau boleh figure out kan macam mana aku boleh ada access card kau?"soal Joshua sebelum menolak bahu Soonyoung yang masih terkedu. Access card yang dia cari-cari sejak kelmarin berada pada Joshua?
"M-macam mana..."
"Ciao."
Joshua terus melangkah keluar. Jiyeon tergamam melihat Soonyoung yang sedang mengutip kad yang telah hilang buat beberapa hari itu daripada lantai. Gadis itu terus berlari keluar mengejar langkah teman lelakinya.
"Joshua!"
Namun lelaki itu terus berjalan ke arah tangga kecemasan yang berada di hujung tingkat itu. Sedikit pun dia tidak menoleh ke belakang.
"Joshua, please!"
Bayangan Joshua hilang disebalik pintu itu. Air mata Jiyeon menitis jua akhirnya. Soonyoung menapak perlahan ke arah gadis itu dan memegang tangannya.
"I'm sorry, Soonyoung-ah. I..."
Lelaki itu terus menarik Jiyeon ke dalam pelukannya. Jiyeon melepaskan tangisannya pada dada Soonyoung. Rambut panjang milik gadis itu diusap perlahan. Dia meletakkan dagunya di atas kepala Jiyeon.
"Jom masuk."
+++++
Soonyoung menghulurkan secawan kopi di hadapan Jiyeon. Gadis itu menyambut cawan itu sebelum meletakkannya di atas meja. Soonyoung menghela mafas perlahan.
"Minumlah. Kopi aku buat sedap tau."
"Nantilah."balas Jiyeon pendek sebelum bersandar pada sofa itu. Soonyoung melabuhkan punggungnya di sebelah Jiyeon. Dia merenung wajah gadis itu daripada tepi. Rambut Jiyeon yang terjuntai diselak ke belakang telinga.
"He won't trust me anymore, Soonyoung-ah."kata Jiyeon dengan lesu. Lelaki itu terus menarik lengan Jiyeon supaya gadis itu memandang ke arahnya. Pipi gadis itu ditekup dengan sebelah tangan.
"We'll go to him and explain. But for now, drink my coffee first."
Jiyeon tertawa kecil sebelum menumbuk lengan Soonyoung perlahan. Tawanya disusuli dengan tawa lelaki itu.
"Macam nilah Yeon aku. Senyum barulah cantik."kata Soonyoung lalu mencubit pipi gadis itu. Jiyeon menjauhkan wajahnya daripada Soonyoung. Dahinya berkerut. Bagaikan ada beratus kupu-kupu berterbangan di dalam perutnya.
Apakah? Kenapa sepupunya yang dulu selalu berlaku kasar kini makin lembut terhadapnya? Mungkin inikah yang dinamakan cinta hati gembira— eh apa kau ni tiba-tiba masuk lagu Akim.
"Why did you treat me like a kid? I'm an adult. I have a work."
"You're forever a kid. My kidult."ujar Soonyoung sebelum tersenyum lebar. Jiyeon menepis tangan Soonyoung daripada wajahnya. Lelaki itu mencebikkan bibirnya.
"Tapi aku masih hairan. Macam mana dia boleh naik sampai tingkat penthouse ni? Kau tak pelik ke?"soal Soonyoung sambil meletakkan tangannya di bawah dagu seperti sedang berfikir sesuatu. Jiyeon juga mengerutkan dahinya apabila Soonyoung menyebut tentang perkara itu.
"Macam mana dia boleh dapat access card aku?"
Sedang Jiyeon berfikir, tiba-tiba dia bagai dihambat dengan suatu memori. Jeonghan pernah menghantar Soonyoung pulang ke rumahnya dan dia masuk melalui laluan residen iaitu penduduk di kondominium ini.
"Kau ingat tak Jeonghan hantar kau balik haritu?"
Soonyoung mengangguk.
"Aku ingat lagi dia masuk kondo ni pakai access card kau tau."
Soonyoung berdiam seketika bagai sedang berfikir maklumat yang baru diterimanya.
"Okay lepastu?"
Jiyeon menepuk dahinya. Lambat betul otak dia proses benda ni. Gadis itu meluku kepala Soonyoung.
"Aku rasa dia bagi access card tu kat Joshua."ujar Jiyeon sebelum menganggukkan kepalanya. Setelah beberapa saat dia terasa seperti detektif professional, dia tersedar sesuatu. Joshua kini bukan lagi kekasihnya. Air matanya mula bertakung kembali.
"Takkanlah Jeonghan sanggup bu— eh kau kenapa ni?"
"Joshua..."kata Jiyeon dengan air mata yang sudah mengalir di pipinya. Soonyoung terus menyeka air mata gadis itu dengan jari telunjuknya.
"Tak payahlah peduli pasal dia dah."
"Dialah boyfriend aku, bestfriend aku. Kat mana aku nak luah masalah aku lagi kalau dia dah takda?"soal Jiyeon dengan teresak-esak. Lelaki itu menggaru kepalanya yang tidak gatal, tak tahu mahu beri reaksi apa pada gadis ini.
"Dahlah tu..."
"Senanglah kau cakap! Kau bukan pernah rasa semua ni pun!"
Soonyoung menghela nafas perlahan sebelum menarik bahu Jiyeon rapat dengannya. Kepala gadis itu ditarik supaya bersandar pada dadanya. Bahu gadis itu ditepuk perlahan.
"Since when did you get this big?"soal Soonyoung sendirian sebelum meletakkan kepalanya di atas kepala Jiyeon. Jiyeon tidak membalas apa-apa walaupun dia dengar kata-kata lelaki itu.
"Hari ni kita pergi jalan-jalan. Esok kita jumpa dengan Jeonghan okay?"
"Okay."
#####
ANDA SEDANG MEMBACA
Home;run || Kwon Soonyoung
Fiksi PenggemarLee Jiyeon, pembaca berita amatur yang baru masuk ke tempat kerjanya terpaksa duduk serumah dengan sepupu lelakinya akibat rumah sepupunya itu dekat dengan tempat kerjanya. Pada mulanya dia elok sahaja apabila berpindah masuk ke dalam rumah itu namu...
