Soonyoung dan Jiyeon melangkah masuk ke dalam kawasan amusement park yang nampak lengang itu. Seperti tiada sesiapa yang datang ke tempat itu. Apa yang buat Jiyeon berkerut dahi adalah kerana kawasan itu gelap seperti tiada apa yang akan dijalankan.
"Hold my hand tight."kata Soonyoung dengan serius. Jiyeon yang terasa seram sejuk itu terus mencapai tangan Soonyoung dan menggenggam tangannya erat. Mereka melangkah masuk ke dalam amusement park yang lengang dan gelap tersebut.
"Kenapa takda orang ni?"soal Jiyeon perlahan. Soonyoung menarik gadis itu rapat dengan tubuhnya. Jiyeon pula melepaskan tangan Soonyoung dan memeluk lengan lelaki itu erat. Mata mereka melilau ke segenap kawasan yang luas itu.
"Jiyeon-ah!"
Soonyoung terus memeluk tubuh Jiyeon dan berpusing ke arah suara yang memanggil gadis itu. Kelihatan Seungcheol sedang berlari anak ke arah mereka berdua. Soonyoung menghela nafas lega sebelum melepaskan gadis itu daripada dakapannya.
"You came! I thought you won't."kata Seungcheol dengan senyuman yang lebar. Jiyeon menganggukkan kepala. Mata Seungcheol beralih ke arah lelaki yang berdiri di sebelah gadis itu.
"Kwon Soonyoung-ssi buat apa kat sini?"
"Dia teman aku."kata Jiyeon sebelum tersenyum kelat. Tangannya mencapai lengan Soonyoung dan memeluknya erat. Kening Seungcheol terangkat.
"Kau... bercinta dengan dia ke?"
"T-tak! Dia ni sepupu aku saja."
"Oh gitu. Eh jomlah—"
"Seungcheol,"Jiyeon menahan Seungcheol daripada berpusing. Kening lelaki itu terangkat sebelum tersenyum ke arahnya. Soonyoung dan Jiyeon melangkah menghampiri Seungcheol dan berjalan mengekorinya.
"Kenapa macam... takda orang?"
"Someone rented this place."
Seungcheol berhenti di sebuah carousel yang tidak bergerak dan langsung tiada lampu itu. Bohonglah jika dia kata dia nampak dengan jelas apa di hadapannya. Jiyeon menoleh ke arah Soonyoung yang berada di sebelah—
Eh? Mana dia tadi?
Gadis itu menoleh ke kanan semula dan mendapati bayang Seungcheol juga tiada. Kini tinggal dia seorang saja di tengah tengah kawasan itu. Bulu romanya merinding.
"S-Soonyoung? Seungch-cheol?"
Ketakutan mula menghantuinya. Dia terjerit kecil apabila dua tepukan menyapa pendengarannya. Satu persatu lampu pada permainan di amusement park itu terbuka. Jiyeon berpusing ke belakang dan melihat semua lampu dibuka.
"Lee Jiyeon."
Gadis itu terus berpusing semula ke arah carousel itu. Lampu carousel itu terpancar dan membuatkan kawasan itu terang dengan lampu-lampu yang ada. Namun itu tidak menarik perhatian Jiyeon. Mata gadis itu tertumpu ke arah lelaki yang berada di bertentangan dengannya sekarang.
Joshua.
Lelaki itu berpakaian seperti pertama kali dia memperkenalkan diri kepada Jiyeon. Flannel berwarna merah hitam, lengan bajunya dilipat sehingga siku, seluar jeans dikenakan dengan sneakers putih. Di lehernya terdapat beberapa rantai perak yang tergantung. Serupa dengan dia yang dulu. Dia memegang sebuah mikrofon.
"Saya Joshua, fasi awak semua untuk orientasi kali ini."
Kata-kata yang keluar daripada mulut Joshua itu membuatkan fikiran Jiyeon dibanjiri dengan memori lama, satu persatu kenangannya bersama Joshua menghambat fikirannya.
Jiyeon menyilangkan tangannya pada dada sebelum memandang tepat pada mata Joshua. Bibir bawahnya digigit perlahan menahan tangis yang bakal membasahi pipinya. Joshua melangkah menghampiri Jiyeon.
"Stop..."
"Awak nak ambil buku apa?"
Jiyeon meregangkan badannya dan jari jemarinya untuk mencapai buku yang berada di tingkat atas sekali rak itu. Walaupun dia sudah menggunakan kerusi kecil, dia tetap tidak dapat mencapai buku itu. Deheman yang kedengaran kasar itu membuatkan matlamat Jiyeon tergendala seketika.
Lelaki yang berdiri di sebelahnya itu dipandang sekilas sebelum meregangkan badannya ke kiri dan kanan seolah-olah sedang bersenam. Jiyeon tersengih kekok sebelum menatap lelaki di hadapannya itu. Nampaknya, dia baru paras telinga lelaki itu walaupun sudah memijak stool ini.
Tak guna.
"Awak nak ambil buku apa?"
Gadis itu menggelengkan kepalanya, menghilangkan segala bahtera memori yang berlayar dalam fikirannya. Joshua yang kini kelihatan tegap dan berbeza dengan Joshua yang dulu berdiri di hadapannya. Joshua yang pernah buat dia rasa disayangi dan dicintai juga membuatkan dia rasa dikhianati.
"Baby,"
Jiyeon mengangkat kepalanya memandang Joshua yang sedang tersenyum kelat. Joshua berdehem perlahan.
"I made a mistake. I cheated on you. I'm sorry for hurting you. I nak tebus balik kesalahan yang I dah buat kat you. I dah buang Sera dari hidup I. I nak— nak mulakan hidup baru I dengan you. You lah bestfriend I masa kat kolej, girlfriend I, teman gelak, sedih, enjoy. I— I cintakan you, Lee Jiyeon."
Walau sekuat mana Jiyeon cuba untuk menahan tangisannya, dia akhirnya kalah. Tipulah kalau dia tidak rasa gembira langsung apabila Joshua muncul semula di hadapan matanya. Dia rindukan lelaki itu namun egonya menghalang.
"Jadi I rancang semua ni, untuk you."kata Joshua sebelum mengeluarkan sesuatu daripada poket belakang seluar jeansnya. Mata Jiyeon membulat apabila lelaki di hadapannya mula melutut.
+++++
"Jadi I rancang semua ni, untuk you."
Lelaki itu mengeluarkan sesuatu daripada seluarnya dan melutut di hadapan gadis itu. Kelihatan Jiyeon berundur selangkah ke belakang. Bunyi keropok yang dikunyah oleh Wonwoo dan Mingyu itu mengganggu Soonyoung yang sedang memerhati pasangan itu.
"W-Will you marry me?"
Seungcheol menyatukan kedua belah tapak tangannya sambil bibirnya mengukir senyuman lebar menampakkan giginya yang tersusun. Soonyoung menoleh ke arahnya sekilas sebelum memandang semula ke arah Jiyeon dan Joshua.
Ini semua rancangan Joshua. Tak pasal pasal dia terlibat sekali dalam rancangan bodoh penyatuan dua hati antara Joshua dan Jiyeon.
Tipulah kalau Soonyoung kata dia tidak kecewa melihat gadis itu dilamar lelaki lain.Melihatkan gadis itu menangis pun sudah cukup membuat hatinya sakit, apatah lagi jika seseorang melamar gadis itu di hadapan matanya sendiri. Soonyoung sedar yang dia cintakan gadis itu namun apakan daya, dia terlalu lewat dalam membuat sesuatu keputusan.
Daripada kejadian di mana dia terpaksa memberi salah satu bilik di rumahnya untuk Jiyeon tinggal, bergaduh mulut dengannya hampir setiap hari, peristiwa lipas dan bermacam lagi yang ditempuhnya selama tiga bulan dia tinggal bersama dengan gadis itu.
"Sorry I didn't manage to find this kotak cincin earlier."kata Joshua yang masih tersenyum itu. Jiyeon tertawa kecil sebelum memukul bahu lelaki tersebut. Soonyoung menoleh ke arah ahli keluarga Joshua dan Jiyeon yang baru saja sampai di situ. Seungcheol, Wonwoo dan Mingyu terus berlari ke arah mereka semua dan menyapa mereka dengan mesra.
Dan secara tidak langsung, Soonyoung juga perlu ikut sama walaupun dia tidak ada kena mengena langsung dengan mereka semua kecuali Eomma Lee dan Seokmin.
"Y-yes."
Jawapan gadis itu mengundang sorakan dari ahli keluarga mereka. Jiyeon yang terkejut dengan penonton yang ada di situ terus berpusing ke belakang. Senyuman di bibirnya melebar apabila melihat ibu dan abangnya juga berada di kalangan mereka.
Soonyoung tersenyum kelat melihat Joshua yang sedang menyarungkan cincin lamaran itu pada jari manis milik Jiyeon. Dia tahu dia tiada hak dalam membantah atau menghalang keputusan Jiyeon namun entah mengapa hatinya terasa sakit melihat cincin itu pada jari Jiyeon.
Mata Jiyeon yang berair itu bertentang dengan mata Soonyoung yang redup. Jiyeon mengukir senyuman kepada lelaki itu. Tubuh Joshua yang mendekati keluarganya membuatkan tatapan mereka berdua terputus.
Soonyoung tersenyum sendiri.
Gadis yang dicintainya sudah menjadi milik orang lain.
#####
![](https://img.wattpad.com/cover/255175532-288-k813762.jpg)
YOU ARE READING
Home;run || Kwon Soonyoung
FanficLee Jiyeon, pembaca berita amatur yang baru masuk ke tempat kerjanya terpaksa duduk serumah dengan sepupu lelakinya akibat rumah sepupunya itu dekat dengan tempat kerjanya. Pada mulanya dia elok sahaja apabila berpindah masuk ke dalam rumah itu namu...