warning: cringey chapter
p/s: i would appreciate if you guys spare me some votes :) thank you <3
#####
Mata Jiyeon asyik melihat pemandangan yang indah terbentang dari dalam kereta. Senyuman yang terukir di bibirnya menambah manis pada wajahnya. Buat seketika, segala kesedihannya pagi tadi hilang.
"Kau nak bawa aku pergi mana sebenarnya ni?"soal Jiyeon sambil berpusing ke kirinya. Soonyoung yang sedang memandu kereta memandang Jiyeon sekilas sebelum fokus ke jalan raya kembali.
"Maseok."
"Kau nak bawa aku balik rumah mama Kwon ke?"soal Jiyeon lagi dengan senyuman di bibirnya. Soonyoung tersenyum kemudian menganggukkan kepalanya. Jiyeon bersorak gembira. Sudah lama dia tidak bertemu dengan makciknya yang seorang itu. Apalah khabar wanita itu agaknya.
"Alang-alang tu kita jalan-jalanlah kat sini. Kau pun dah lama tak datang sini kan?"
"Nak dekat berapa tahun dah aku tak melawat Maseok. 2 tahun rasanya. Rindunyaaa!"kata Jiyeon sebelum menjerit kecil. Soonyoung tertawa halus sebelum menekan pedal minyak dengan lebih kuat.
Setelah 40 minit pemanduan, Soonyoung masuk ke dalam sebuah kawasan rumah dan memberhentikan keretanya. Jiyeon tersenyum melihat kawasan halaman rumah makciknya yang masih tidak berubah sejak dia kecil sehinggalah sekarang.
"Dah samp—"
"MAMA KWONN!"jerit Jiyeon dengan sekuat hati setelah dia berada di luar kereta Soonyoung. Belum sempat lelaki itu mematikan enjin dia sudah melompat keluar daripada perut kereta itu. Soonyoung menggeleng perlahan dengan senyuman terukir di bibirnya.
"Macam-macamlah budak ni."bisik Soonyoung perlahan sebelum keluar daripada keretanya. Pintu kereta ditutup sebelum melangkah ke arah rumah keluarganya itu.
"Rindunyaaa!"suara Jiyeon kedengaran dari luar rumah. Lelaki itu membuka kasutnya dan menapak masuk ke dalam rumah.
"Eomma!"Soonyoung menerpa Puan Kwon yang sedang memeluk bahu Jiyeon itu. Dahi wanita separuh abad itu berkerut seribu.
"Yeon datang dengan Soonyoung? Bukan dengan eomma?"
"Dia badmood harini. Jadi Soonyoung bawalah dia jalan-jalan pergi sini."balas Soonyoung sebelum melabuhkan punggung di sebelah ibunya. Jiyeon menganggukkan kepala bersetuju dengan kata-kata Soonyoung itu.
"Tak bergaduh pula ya korang ni? Selalu ada saja nak diamukkan."
"Kami bukan budak-budak lagi."
"Eleh kau selalu cari pasal dengan aku kat rumah."kata Soonyoung sebelum menghantar jelingan pada Jiyeon. Jiyeon mengerutkan dahinya sebelum menolak bahu lelaki yang berada di sebelah Puan Kwon itu.
"Kau tu yang banyak bebel."
"Eh mulut kau—"
"Eh sudah sudah. Bergaduh saja kerjanya. Mama pergi hidangkan—"
"YEONNN!"jerit suara seorang perempuan daripada tangga itu. Mereka bertiga menoleh ke arah wanita yang sedang melompat turun daripada dua tangga terakhir. Jiyeon terus berlari ke arah gadis itu. Puan Kwon menggelengkan kepala sebelum berlalu ke dapur untuk menghidangkan makanan yang baru saja selesai dimasak tadi.
"KAK MINKYUNG!"jerit Jiyeon sebelum mereka berdua berpelukan. Soonyoung menggulingkan matanya ke atas melihatkan dua orang gadis itu melompat-lompat seperti sudah lama tidak berjumpa. Pembetulan, memang lama mereka tidak bersua muka.
"Ya Tuhan cantiknya sekarang! Eomma Lee mana? Abang tak ikut?"
"Yeon datang dengan adik akak ni ha."kata Jiyeon selamba. Minkyung berkerut dahi sebelum memandang ke arah lelaki itu. Mata Soonyoung terus berkedip laju seakan-akan kehilangan kata-kata.
"Korang ni... ada apa-apa ke?"
"Apa benda akak merepek ni? Takda bendalah. Kitorang duduk serumah—"
"WHAT?!"
Bahu Jiyeon dan Soonyoung terhinjut mendengar jeritan kuat dan pendek daripada Minkyung. Jiyeon berundur setapak demi setapak menghampiri Soonyoung. Minkyung memandang wajah mereka berdua dengan pandangan tidak percaya.
"Kenapa korang duduk serumah?"
"Sebab tempat kerja Yeon dekat dengan rumah aku. Jadi aku bagilah dia duduk sekali. Mama pun tahu. Tenang tenang sudah."kata Soonyoung tanpa memberitahu perkara sebenar—Jiyeon terpaksa pindah ke rumah lelaki itu kerana dipaksa oleh Puan Lee—kepada kakaknya itu.
"Oh begitu ceritanya. Whatever. Korang punya hal, korang tanggung. Dah jom makan!"
Minkyung dengan gembira terus melangkah ke dapur. Jiyeon yang berada di sebelah Soonyoung memandang ke arahnya. Mereka berdua menghela nafas lega sebelum Soonyoung menarik tangan Jiyeon ke dapur untuk makan tengah hari.
+++++
"Kat situ tempat kau selalu cari gaduh dengan aku."kata Jiyeon sambil menuding ke arah suatu kawasan yang ada bangku kayu dan di tepinya terdapat sebuah pokok yang kini sudah besar. Soonyoung tergelak kecil sebelum melangkah ke arah bangku tersebut.
"Yalah kau kan selalu sorang saja daripada kecil. Asyik berkepit saja dengan mikrofon buatan kau tu."ujar Soonyoung sebelum melabuhkan punggungnya di sebelah Jiyeon. Jiyeon tertawa besar lalu menumbuk lengan lelaki itu perlahan.
"Itu mikrofon kesayangan aku tahu. Sampai sekarang aku simpan lagi."balas gadis itu dengan sisa tawa yang ada. Soonyoung menoleh ke arah gadis itu dengan pandangan tidak percaya. Tidak sangka perempuan ini simpan lagi mikrofon yang diperbuat daripada botol plastik itu.
"Kau ni biar benar simpan sampai sekarang?"
"I'm dead serious right now. Balik nanti aku tunjuk segala macam barangan antik yang aku ada. Album keluarga kita pun aku ada tahu."kata Jiyeon sebelum menyandarkan tubuhnya pada bangku tersebut. Soonyoung tertawa kemudian meletakkan lengannya di bahu gadis itu.
"Termasuklah gambar kau mandi kat kolam plastik yang ada corak ikan kat tepi tu."
Soonyoung ternganga. Jiyeon sudah tertawa kuat. Gambarnya di kolam plastik bercorak ikan itu amatlah memalukan. Soonyoung terus memegang lengan Jiyeon.
"No you dont—"
Jiyeon terus mengangkat punggungnya dan melepaskan dirinya daripada genggaman Soonyoung. Lelaki itu terus mengejar langkah Jiyeon yang amat laju. Jiyeon berlari merentasi taman itu sambil tertawa kuat.
"Lee Jiyeon you better come here right now!"jerit Soonyoung sambil tangannya ingin mencapai tali dress milik Jiyeon yang betul-betul berada di hadapannya. Soonyoung melajukan lagi lariannya sehingga dia dapat menarik pinggang gadis itu.
"Gotcha!"
Dengan segala kekuatan yang ada, pinggang Jiyeon terus ditarik mendekatinya. Badan mereka bertaup seperti magnet. Jiyeon dan Soonyoung tercungap-cungap mengambil nafas masing-masing.
Dan buat seketika mereka hanya diam dan bertentang mata.
"You have beautiful eyes. Not gonna lie."bisik Soonyoung perlahan. Wajah Jiyeon terus merona merah mendengarkan pujian yang dilemparkan oleh lelaki itu. Matanya melilau ke kiri dan kanan seperti mahu menghilangkan rasa kekok yang terjadi antara mereka berdua.
"Jomlah balik. Hari pun dah nak petang."kata Jiyeon setelah dia menolak tangan milik Soonyoung daripada memegang pinggangnya. Soonyoung berdehem perlahan kemudian berjalan ke arah keretanya yang berada di hujung taman tersebut. Jiyeon mengekori langkah lelaki itu.
Tidak dapat dinafikan, perutnya masih tidak selesa akibat pujian dan kelakuan Soonyoung yang sedikit sebanyak menggugat perasaannya. Bagaikan beratus rama-rama sedang berterbangan.
Ini perut atau sangkar rama-rama?
#####
ANDA SEDANG MEMBACA
Home;run || Kwon Soonyoung
FanficLee Jiyeon, pembaca berita amatur yang baru masuk ke tempat kerjanya terpaksa duduk serumah dengan sepupu lelakinya akibat rumah sepupunya itu dekat dengan tempat kerjanya. Pada mulanya dia elok sahaja apabila berpindah masuk ke dalam rumah itu namu...
