07 || late

144 24 2
                                    

Soonyoung masuk ke dalam rumahnya setelah habis berjoging di taman kondominum tersebut. Jiyeon yang masih tidur di atas sofa ruang tamu itu menyapa pandangannya. Dia menutup pintu dan melangkah ke arahnya.

Sekarang baru pukul 6.50 pagi. Sempat lagi dia nak bersiap. Bisik hati Soonyoung.

Jiyeon berdengkur halus. Soonyoung tertawa kecil lalu memanjangkan tangannya ke arah bahu gadis itu.

"Yeon, bangun. Kerja."kata Soonyoung sambil menggoyangkan bahu Jiyeon dengan kekuatan sederhana. Gadis itu membuka matanya dengan perlahan kemudian memandang lelaki yang berada di belakang sofa tersebut. Jiyeon terus bangun dari sofa dengan laju.

"K-kau buat apa kat aku ni?"tangan Jiyeon laju meletakkan tangan di dada menutup bahagian itu daripada Soonyoung. Baju di tubuhnya dipandang berkali-kali.

"Aku kejut kau sajalah. Kau mabuk semalam lepastu tertidur kat sini."jelas Soonyoung kemudian menggelengkan kepalanya. Jiyeon terdiam dihambat kebenaran.

"Kau ingat aku nak buat benda tak senonoh kat kau ke? Lambert lagi."

"Whatever."

"Oh by the way, sekarang dah pukul 8. Kau masuk kerja pukul berapa?"soal Soonyoung sambil menilik jam tangannya. Lelaki itu berjalan ke arah dapur ingin meneguk secawan air.

"PUKUL 8? KENAPA KAU TAK KEJUT AKU AWAL-AWAL? AKU MASUK PUKUL 8.15! Matilah second day kerja dah lambat."kata Jiyeon dengan gelabah sebelum bangun dan berlari naik ke tingkat dua. Pintu biliknya dihempas kuat. Bahu Soonyoung terhinjut apabila bunyi yang kuat itu menyapa pendengarannya.

"Gelabah betul."

Soonyoung terus mengeluarkan periuk dan daripada kabinet dan meletakkannya di atas dapur gas. Bercadang mahu masakkan Jiyeon hangover soup memandangkan dia telah mabuk semalam. Kenapalah perempuan ni dah tahu dia cepat mabuk, dia minum lagi?

Sayur-sayuran dan beberapa bahan yang perlu digunakan dalam haejangguk di keluarkan daripada peti sejuk. Soonyoung mula memasak.

"Soonyoung! Aku pergi dulu!"jerit Jiyeon daripada tangga setelah hampir 15 minit dia bersiap. Gila laju. Mandi kerbau ke apa?

"Oi, makanlah dulu. Aku masakkan kau sup ni."kata Soonyoung sebelum menutup api sup yang sudah mendidih. Baunya yang menyelerakan menusuk ke rongga hidung Jiyeon namun gadis itu terpaksa menolak. Dia sudah terlambat mahu pergi kerja.

"Aku dah lambat! Nantilah—"

"Kau tengok jam kau sekarang pukul berapa."

Jiyeon terus berhenti memakai kasut dan berpusing ke arah Soonyoung. Jam di tangannya diteliti. Jarum jamnya menunjukkan 7.22 pagi. Jiyeon menurunkan tangannya dan membuka semula kasutnya.

"You're a piece of shit."kata Jiyeon sebelum masuk semula ke dalam rumah. Soonyoung tertawa kuat sebelum meletakkan mangkuk di atas table top tersebut. Jiyeon melangkah dengan perlahan dan memanjat kerusi yang tinggi itu.

"Itulah. Lain kali jangan mabuk bila hari kerja."kata Soonyoung dengan tawanya yang masih bersisa. Jiyeon memuncungkan bibirnya. Sudu dihulurkan kepada gadis itu. Soonyoung kembali ke singki dan mula membasuh alatan yang digunakan untuk memasak tadi.

"Aku stress semalam. Sorrylah menyusahkan."kata Jiyeon sebelum menghirup sup daripada sudunya. Soonyoung menepuk tepi singki tersebut tanda bersetuju dengan kata-kata Jiyeon.

"Kau ni memang menyusahkan. Kau baru sedar ke?"seloroh Soonyoung sebelum tergelak. Tangannya masih mencuci periuk. Jiyeon menghela nafasnya perlahan.

"Ya aku sedar."

Balasan yang keluar daripada mulut Jiyeon itu membuatkan Soonyoung berhenti ketawa dan meletakkan periuk itu di rak pinggan. Wajah Jiyeon yang muram itu dipandang. Rasa pelik pula bila gadis ini tidak melawan kata-katanya. Jiyeon menyuapkan sup itu ke dalam mulutnya.

Home;run || Kwon SoonyoungWhere stories live. Discover now