"Yeona,"panggil Soonyoung yang berada di atas dais itu. Seokmin memberikan tangan Jiyeon kepada lelaki itu untuk dipegangnya. Mata Jiyeon masih tidak lepas memandang ke arah Soonyoung yang nampak segak di hadapan matanya. Masih dalam fasa terkejut kerana Joshua bukan pengantin lelaki.
Soonyoung memegang erat tangan gadis yang berada di sebelahnya. Bohong jika dia katakan dia tidak rasa mahu menangis melihat Jiyeon memakai dress putih itu. Lihat sajalah matanya yang sudah berair.
"Today, we're about to see two hearts unite between Kwon Soonyoung and Lee Jiyeon. Any objection?"soal emcee itu sebelum melihat semua tetamu yang sedang melihat perkahwinan mereka berdua. Jiyeon juga menoleh ke arah tetamu yang lain terutama sekali ke arah Joshua.
Joshua hanya tersenyum sebelum menggelengkan kepalanya tanda dia mahu majlis ini diteruskan. Setelah beberapa saat, emcee berdehem perlahan membetulkan suaranya.
"Kwon Soonyoung, do you take Lee Jiyeon as your wife and promise you'll take care of her and love her with all your heart until your last breath?"
"I do."
Emcee tersebut mengukirkan senyuman sebelum memandang Jiyeon yang masih merenung wajah yang lelaki dirinduinya itu. Emcee yang sedang berdiri di hadapan mereka berdua berdehem mahukan perhatian daripada Jiyeon.
"Lee Jiyeon, are you willing to marry Kwon Soonyoung and take care of him, shower him with your love until your last breath?"soal emcee itu sebelum menatap wajah Jiyeon. Jiyeon meneguk liurnya. Soonyoung mengusap belakang tangan gadis itu dengan ibu jarinya.
"Y-yes."
Tetamu di hadir bersorak gembira mendengar jawapan yang keluar daripada mulut Jiyeon. Seokmin memberikan cincin kepada Soonyoung. Dia menyarungkan cincin itu pada jari manis milik Jiyeon dan gadis itu membuat perkara yang sama, menyarung cincin pada jari manis Soonyoung. Air mata Jiyeon tumpah juga akhirnya kerana dia penat menahannya.
"You now may kiss the bride."
Jiyeon terus melingkarkan tangannya pada leher Soonyoung. Soonyoung tersenyum lebar sebelum memeluk pinggang gadis itu erat. Matanya dipejam menikmati kehangatan pelukan tersebut. Tetamu di situ hanya melihat mereka berdua berpelukan dengan senyuman yang lebar.
"Don't say anything."bisik Jiyeon di tepi telinga Soonyoung. Lelaki itu tertawa besar lalu mengucup pipi wanita yang kini bergelar isterinya.
"I miss you more."
Jiyeon meleraikan pelukan tersebut sebelum tawa mereka terletus lagi. Soonyoung mengeluarkan sehelai kain daripada poket tuxedonya dan mengelap air mata Jiyeon.
"Fuck, my makeup."gumam Jiyeon disebabkan air matanya yang sudah mengalir. Nasiblah maskara waterproof. Soonyoung tertawa lagi. Entah mengapa dia banyak tergelak pada hari ini.
Terlalu bahagia mungkin?
"Kau tak pakai heels eh?"soal Soonyoung setelah tersedar yang Jiyeon masih lagi rendah daripadanya. Jiyeon menggulingkan mata sebelum mengangkat dress yang menutupi kakinya. Soonyoung melihat sneakers putih yang dipakai gadis itu sebelum tergelak besar.
Ada-ada saja gadis ini.
Setelah bergambar bersama-sama keluarga dan rakan-rakan, majlis perkahwinan mereka pun melabuhkan tirai. Perkahwinan mereka hanya memerlukan 40 minit sahaja termasuk makan-makan.
"Kan mama dah kata jangan benci sangat, lama-lama cinta."kata Mama Kwon mengusik pengantin yang baru saja berkahwin itu. Soonyoung tergelak besar manakala Jiyeon hanya tersengih malu. Wajahnya merah.
"Aku dah kata diorang ni jodoh. Taknak dengar."kata Eomma Lee pula. Jiyeon terus memukul lengan ibunya.
"Apa ni eomma! Malulah Yeon."
"Tak payah nak malu sangatlah. Benda dah kahwin dah pun. Selamat pengantin baru ya anak eomma."ucap Eomma Lee sebelum memeluk tepi tubuh anak perempuannya itu. Jiyeon tersenyum lebar. Matanya terarah kepada seorang lelaki yang sedang berdiri dan memandang keluarga mereka sedang berborak.
Jiyeon menyenggol lengan Soonyoung. Lelaki itu terus melihat ke arah Joshua yang masih berdiri di situ. Soonyoung terus memegang tanganku dan meminta diri daripada keluarga mereka.
"Baby—"
Kening Soonyoung terangkat mendengrkan panggilan itu. Seperti baru sedar akan kesilapan katanya, Joshua terus meminta maaf sambil menundukkan kepala. Jiyeon hanya tersenyum.
"Jiyeon, I minta maaf kalau keputusan I buat you marah. I tak sampai hati tengok you termenung saja sepanjang masa so I decide untuk suruh Soonyoung jadi pengantin you petang ni—"
Jiyeon terus memeluk leher Joshua erat. Lelaki itu tersenyum kecil sebelum membalas pelukan bekas teman wanitanya itu. Setelah beberapa saat, mereka melepaskan pelukan itu.
"Thank you for everything you did for us, Joshua."gumam Jiyeon sebelum menjauhkan dirinya daripada Joshua. Lelaki itu mengukirkan senyuman lembut lalu menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Soonyoung.
"Congratulations on your wedding. Jaga dia elok elok okay?"
Soonyoung menganggukkan kepalanya. Joshua melambaikan tangannya kepada mereka berdua seraya melangkah pergi. Jiyeon hanya tersenyum lembut sambil membalas lambaian lelaki itu.
Soonyoung menoleh ke arah Jiyeon.
"Jomlah balik. Tempat ni pun dah nak tutup."
+++++
Setelah menanggalkan solekannya, Jiyeon membuka pintu almari kepunyaan dan mengeluarkan sepasang baju tidur bercorak badan lembu berwarna hitam putih. Pakaian dalamnya juga dicapai dan diletakkan di atas katil bersama dengan baju tidur.
Jiyeon mencapai zip yang berada di belakang badannya itu. Namun seperti cerita cliche yang biasa anda baca, tangan Jiyeon tidak dapat mencapai zip itu dengan kedua belah tangannya. Terpusing-pusing wanita itu di hadapan meja solek.
"Yeona—"
"OI!"
Jiyeon berpusing menghadap pintu biliknya dengan laju sehingga terlanggar kerusi meja solek tersebut. Buku lalinya dipegang. Soonyoung hanya tertawa kecil sebelum menutup pintu bilik tersebut.
"Hei kenapa gelabah sangat ni?"soal Soonyoung lembut sambil melangkah ke arah Jiyeon. Kedua belah lengan Jiyeon dipegang dan membetulkan posisi badan isterinya.
Aih malu pula dah boleh panggil isteri. Getus hati Soonyoung.
"Kau pahal masuk tak ketuk pintu? Taktau ke aku nak tukar baju?"ujar Jiyeon sebelum menolak tangan Soonyoung daripada memegang lengannya. Lelaki itu hanya terkebil-kebil memandang Jiyeon yang masih belum berputus asa untuk membuka zip baju di belakang tubuhnya.
"Lain kali ketuklah pintu dulu. Kita kat rumah family aku tau sekarang ni—"
Kata-kata Jiyeon terhenti apabila Soonyoung menahan tangannya daripada mencapai zip baju pengantin itu. Dengan perlahan tangan lelaki itu membuka zip bajunya. Wajah Jiyeon mula merona merah. Dia hanya meneliti lelaki yang berada di belakangnya melalui cermin meja solek itu. Jantungnya berdetak laju.
Apabila zip itu sampai pada pinggangnya, Soonyoung terus mendaratkan bibir pada bahu milik Jiyeon. Wanita itu terus kaku.
"O-okay I can help myself. Terima kasih."
Badan Soonyoung ditolak-tolak supaya jauh daripada dirinya. Lelaki itu tergelak kecil sebelum melangkah ke arah pintu bilik Jiyeon. Dia keluar daripada bilik itu namun kepalanya masih menjenguk ke dalam. Jiyeon berpusing menghalang lelaki itu daripada melihat belakang badannya.
"Cepat sikit mandi tu. Aku pun nak mandi."
"Ya ya. Pergilah keluar."kata Jiyeon seraya melambaikan tangannya, menghalau Soonyoung keluar daripada biliknya. Lelaki itu menganggukkan kepalanya lalu menutup pintu. Jiyeon menghela nafas lega.
Tidak sampai beberapa saat Soonyoung membuka semula pintu tersebut.
"Apa kata kita mandi sama-sama? Takdalah aku kena tunggu ka—"
"KWON SOONYOUNG!"
#####
Okay aku tunggu sampai 105 votes baru aku update next chapter HAHAHAHHA kejamnya aku tapi takpalah bye <3
YOU ARE READING
Home;run || Kwon Soonyoung
FanficLee Jiyeon, pembaca berita amatur yang baru masuk ke tempat kerjanya terpaksa duduk serumah dengan sepupu lelakinya akibat rumah sepupunya itu dekat dengan tempat kerjanya. Pada mulanya dia elok sahaja apabila berpindah masuk ke dalam rumah itu namu...