"Woi! Turun makan!"jerit Soonyoung daripada ruang tamu. Jiyeon yang sedang mengeringkan rambutnya menggunakan tuala kecil itu menggulingkan mata sebelum keluar daripada biliknya.
"Takyah jerit-jeritlah! Call boleh kan?"
"Rela lagi aku hilang suara daripada hilang kredit. Cepatlah! Sejuk tak sedap."kata Soonyoung sambil menuangkan air ke dalam cawan. Jiyeon terus menuruni tangga itu dan melangkah ke arah dapur.
"Kau masak ke?"
"Lambert lagi aku nak masak untuk kau. Aku beli kat bawah tadi."kata Soonyoung kemudian mengambil tempat duduk di meja makan itu. Jiyeon mengangkat kening sebelum melabuhkan punggungnya di atas kerusi.
"Esok kau ada nak keluar pergi mana-mana ke?"soal Jiyeon setelah lama mereka mendiamkan diri menikmati makanan itu. Soonyoung mengangkat kepalanya.
"Esok aku ada practice."
"Oh."
Lupa hendak perkenalkan Soonyoung dengan betul. Nama sebenarnya Kwon Soonyoung. Berumur 25 tahun dan kerjayanya adalah pemain baseball. Dia adalah salah seorang daripada pemain yang popular kerana bakatnya dan juga rupanya yang kacak. Namun, perangainya yang menyakitkan hati Jiyeon membuatkan gadis itu tidak gemar dengan lelaki ini.
Sekian.
"Kau?"soal Soonyoung pula. Jiyeon berfikir seketika. Memikirkan tentang apa aktivitinya pada esok hari.
"Keluar pergi beli baju baru kot."kata Jiyeon. Soonyoung menganggukkan kepalanya sebelum menyuapkan ayam ke dalam mulutnya. Jiyeon pula menghirup sup ayam tersebut.
"Esok aku letak access card kat atas meja depan pintu tu. Kau nak turun naik lif, kena ada access card kalau tak lif tu tak gerak. Jangan hilangkan access card tu. Mahal kena bayar nanti."kata Soonyoung panjang lebar. Jiyeon hanya menganggukkan kepalanya.
"Dengar tak apa aku cakap ni?"
"Ya, aku dengar. Bisinglah kau ni."
"Aku pulak yang bising?"
"Yalah. Siapa lagi dalam rumah ni? Kita berdua saja kan? Ke ada orang lain?"soal Jiyeon dengan wajah yang serius. Soonyoung menjeling gadis itu sebelum mencebikkan bibirnya.
"Kau ni memang... Ei! Nasib perempuan. Kalau tak aku dah—"
"Dah apa? Dah pukul? Ha pukullah!"cabar gadis kecil itu sambil menjegilkan matanya. Soonyoung mengepal penumbuknya kemudian mengalihkan pandangan ke tempat lain. Malas mahu bergaduh dengan minah gila ini.
"Sudahlah menumpang. Nak tunjuk belang pula."
"Shush shush. Kalau tengah makan, tak elok bercakap. Ha makan-makan."celah Jiyeon sebelum tersengih jahat. Soonyoung mencebik kemudian mencapai chopsticknya semula.
Sabar sajalah dapat sepupu gila begini.
+++++
"Yang ini lebih sesuai untuk cik. Potongan badan baju ni memang cantik dengan badan cik."kata perempuan yang berada di hadapan Jiyeon. Jiyeon pula membelek badannya yang tersarung sut berwarna biru pastel bersama-sama skirt paras lutut.
"Awak rasa sesuai ke?"
"Apa pula tak sesuai, cik. Cik nampak professional pakai baju ni."
Jiyeon berdiam seketika. Tidak lama kemudian, telefonnya berdering. Dia terus melangkah ke arah sofa yang berdekatan dan mengeluarkan telefonnya. Nama Joshua tertera di skrin telefonnya.
"Hello, baby. Baby kat mana tu?"
"Dekat Foréz. Tengah cari baju untuk minggu depan. Takkanlah nak pakai baju lama pula first day kerja kan?"balas Jiyeon kemudian memandang tubuhnya pada pantulan cermin itu. Namun lelaki yang baru saja melangkah masuk ke dalam kedai itu membuatkan dia berkerut dahi.
ANDA SEDANG MEMBACA
Home;run || Kwon Soonyoung
FanfictieLee Jiyeon, pembaca berita amatur yang baru masuk ke tempat kerjanya terpaksa duduk serumah dengan sepupu lelakinya akibat rumah sepupunya itu dekat dengan tempat kerjanya. Pada mulanya dia elok sahaja apabila berpindah masuk ke dalam rumah itu namu...
