"Good evening, miss. What can I help you?"soal jururawat yang berada di kaunter itu setelah Jiyeon berhenti di hadapan mereka. Gadis itu mengukirkan senyumannya.
"Dr. Shua ada tak?"
"Doktor... Shua?"
Jiyeon menggelengkan kepalanya tanda dia tersalah sebut.
"Maksud saya, Dr. Hong."Jiyeon membetulkan kesilapan katanya. Jururawat itu tertawa kecil sebelum menganggukkan kepala.
"Ohh, Dr. Hong. Dia ada dekat—"
Jiyeon menoleh ke sebelah kanan. Joshua yang sedang berjalan keluar daripada sebuah bilik mendapat perhatian gadis itu. Jiyeon terus mengangguk kepala kepada jururawat itu tanda terima kasih.
"Shua."
Joshua menoleh ke arah suara kecil yang memanggilnya itu. Senyuman di bibirnya melebar. Jiyeon terus berlari ke arah lelaki itu dan memeluk tubuhnya.
"Jiyeon."
Joshua meleraikan pelukan mereka walaupun tidak sampai beberapa saat Jiyeon memeluknya. Jiyeon mengerutkan dahinya.
"Kenapa?"
"Tak manislah dekat hospital peluk-peluk depan orang."kata Joshua sebelum tersenyum malu. Jiyeon tertawa kecil.
"Kita peluk dekat taman okay saja? Depan orang juga."balas Jiyeon sebelum memuncung. Joshua menggelengkan kepala sebelum menyeluk tangannya ke dalam poket seluar slack berwarna hitam.
"Kat sini kan ramai. Tak manislah macam tu. Nanti apa pula kata kawan sekerja saya."
Jiyeon mencebikkan bibir. Baru saja nak bermanja, Joshua sudah melarang.
"Kenapa you datang tak bagitahu I ni, hmm? You should've call me earlier so I can—"
"You... Tak baca message I pagi tadi?"soal Jiyeon perlahan apabila Joshua berkata begitu. Joshua terus mengeluarkan telefonnya daripada poket seluarnya. Dia terus membuka aplikasi Kakaotalk dan mendapati mesej daripada kekasihnya yang masih tidak berjawab.
"I nak ajak you keluar saja. Yalah, sekarang ni you busy sampai I call pagi tadi pun you tak angkat. Tapi sebab you tak kasi peluk, I balik dulu—"
"Jiyeon,"Joshua menahan lengan teman wanitanya yang baru saja berpusing. Nafas dilepaskan perlahan. Mulalah manja Jiyeon ini keluar.
"Im sorry okay? I busy banyak patient—"
"I know you're busy. But takkanlah you takda freetime langsung? Mesej I sekejap saja bagitahu you busy harini pun dah okay. You nak kerja sampai malam, sampai pengsan pun takpa."
"Jiyeon—"
"You sambunglah kerja you. I balik rumah saja."pintas Jiyeon sebelum melangkah pergi dari situ. Joshua mengeluh panjang. Memang silap dia. Dia tidak sempat memberitahu bahawa dia terlalu sibuk hari ini kepada kekasihnya. Dahinya ditepuk kuat.
Joshua terus mengejar langkah Jiyeon yang laju keluar daripada hospital ini. Sampai saja di luar hospital, Joshua terus menangkap tangannya.
"You, I'm sorry okay? Seriously I busy sangat harini. Sorry okay?"
Jiyeon menghela nafasnya sebelum tersenyum kelat. Joshua menguntumkan senyuman buat gadis itu.
"Disebabkan you nak keluar malam ni, jom. I bawa you makan burger."kata Joshua sebelum menarik tangan Jiyeon ke arah keretanya. Gadis itu hanya mengikut walaupun dia semakin berjauh hati dengan lelaki itu.
+++++
"Baby,"Joshua memanggil Jiyeon seraya memeluk bahu gadis di sebelahnya itu. Jiyeon mencebikkan bibirnya. Kini mereka berada di sebuah taman yang masih ada orang walaupun malam semakin tua.
ANDA SEDANG MEMBACA
Home;run || Kwon Soonyoung
FanfictionLee Jiyeon, pembaca berita amatur yang baru masuk ke tempat kerjanya terpaksa duduk serumah dengan sepupu lelakinya akibat rumah sepupunya itu dekat dengan tempat kerjanya. Pada mulanya dia elok sahaja apabila berpindah masuk ke dalam rumah itu namu...
