Malam itu, Jiyeon tidak dapat melelapkan matanya. Sudah puas dia berpusing-pusing di atas katil, terlentang, mengiring, meniarap semua posisi sudah dicuba. Namun matanya masih tidak mahu tertutup. Gadis itu bangun dair pembaringan dan membuka selimut yang menyelubungi badannya.
Eomma Lee yang berada di sebelahnya tidak berganjak langsung daripada tempat tidurnya. Maklumlah, tidur mati. Jiyeon turun daripada katil dan menyarung selipar putih itu pada kakinya. Seokmin yang sedang tidur dilantai beralaskan pelapik tidur dipandang sekilas sebelum melangkah melepasi abangnya.
Tangan Jiyeon mencapai access card daripada dompetnya dan melangkah ke arah pintu bilik itu. Setelah keluar, dia menutup pintu bilik itu dengan berhati-hati sebelum melangkah turun tangga. Susah juga bila nak selinap keluar kalau keluarganya ada.
Sampai saja di dalam lif, dia menekan tingkat 15 di mana taman kondominium itu berada. Dia perlukan angin malam untuk menenangkan fikirannya sekarang. Entah kenapa dia terasa serabut setelah menerima lamaran Joshua.
Kaki yang tersarung selipar getah itu menapak ke arah taman kondominium yang tenang. Angin malam yang sepoi sepoi bahasa meniup perlahan wajahnya. Jiyeon tersenyum kecil. Punggungnya dilabuhkan di sebuah bangku dan bersandar.
Nafas ditarik dengan dalam sebelum melepaskannya dengan perlahan. Langit malam yang menjadi bumbungnya malam ini dipandang lama. Matanya melihat setiap bintang yang berkelip.
Betulkah keputusannya dalam memilih Joshua sebagai pasangan hidupnya? Bagaimana jika Joshua curang buat kali kedua? Dia tak mahu salah pilih pasangan. Ini semua berlaku dengan terlalu cepat. Dia memang tidak sangka yang Joshua akan melamarnya di situ.
Jiyeon menghela nafas panjang.
"Panjang mengeluh?"
Jiyeon terus berganjak ke tepi akibat terkejut dengan kehadiran lelaki itu. Jantungnya yang berhenti berdegup tadi mula berdetak dengan normal. Dadanya diurut perlahan sebelum tertawa kecil.
Soonyoung melabuhkan punggungnya di sebelah Jiyeon dan menghulurkan sebuah tin minuman bergas kepada gadis itu. Jiyeon menyambut huluran lelaki itu dengan senyuman lebar. Dia meneguk air tersebut sebelum memberi semula tin itu kepada Soonyoung.
"Kenapa kau kat luar ni?"soal Soonyoung lembut sebelum meletakkan tangannya di atas penyandar bangku itu atau lebih tepat di belakang Jiyeon. Soonyoung memandang ke arah gadis itu lalu meneguk lagi air gas.
"Ambil angin."
"Kau buat apa kat sini?"
"Aku jalan jalan kat luar tadi. Sama macam kaulah, ambil angin."
Jiyeon menganggukkan kepalanya sebelum menunduk. Nafasnya dihela perlahan. Kini mereka berdua mendiamkan diri menikmati ketenangan di malam hari. Bulan sabit yang menerangi malam itu membuatkan Soonyoung tersenyum sendirian. Air gas diteguk perlahan.
"So this is it hm?"soal Soonyoung memecahkan kesunyian yang menyelubungi mereka berdua. Jiyeon menoleh ke arah lelaki itu perlahan. Dahi gadis itu berkerut.
"What do you mean?"
Soonyoung meletakkan tin aluminium itu di atas bangku dan menatap wajah Jiyeon yang nampak polos. Wajahnya kelihatan penat.
"Kau yakin dengan keputusan kau?"
Soal Soonyoung seiring dengan matanya yang jatuh pada cincin yang tersarung pada jari manis Jiyeon. Gadis itu menyembunyikan tangannya dengan menyeluk tangannya ke dalam poket baju tidur.
"Aku yakin. Aku dah kenal dengan dia lama. Takkanlah sebab satu saja kesalahan dia aku nak hukum dia macam tu kan?"
Soonyoung meraup wajahnya dengan sebelah tangan sebelum memegang kedua belah bahu Jiyeon. Mata Jiyeon terkebil-kebil memandang wajah sepupunya yang nampak serius itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Home;run || Kwon Soonyoung
FanfictionLee Jiyeon, pembaca berita amatur yang baru masuk ke tempat kerjanya terpaksa duduk serumah dengan sepupu lelakinya akibat rumah sepupunya itu dekat dengan tempat kerjanya. Pada mulanya dia elok sahaja apabila berpindah masuk ke dalam rumah itu namu...
