"Kenapa dengan leher ni?"soal seorang gadis yang bernama Hanse yang bertugas menjadi jurusolek untuk Jiyeon. Dia tersenyum kecil sambil menyentuh plaster yang melekat pada lehernya.
"Terkena minyak panas."
"Tak pergi jumpa doktor ke?"soalnya lagi. Jiyeon hanya menganggukkan kepala. Serentak dengan itu, telefon Jiyeon yang berada di atas meja itu berdering. Fuh, nasib baik ada orang call. Takdalah Hanse ni tanya macam-macam lagi.
"Yeona,"panggil Soonyoung setelah gadis itu menjawab panggilannya.
"Ya?"
"Kau kat mana?"
"Waiting room. Dalam pukul 11 baru habis shoot. Kenapa?"
"Aku ada dalam studio."kata Soonyoung dengan selamba. Mata Jiyeon membulat besar. Gadis yang menjadi jurusoleknya itu juga turut terkejut dengan kepanikan yang melanda Jiyeon. Dia menjauhkan tangannya yang memegang alat solek daripada wajah gadis itu.
"Kenapa kau datang?"
"Nak support sepupu sendiri pun tak boleh ke?"soal Soonyoung dengan nada rajuknya. Jiyeon menarik nafas dalam sebelum menghembus perlahan. Sabar sajalah dapat sepupu suka buat benda tak bagitahu dulu.
"Okay whatever."
Jiyeon terus memutuskan panggilan dan meletakkan telefonnya di atas meja. Tanpa banyak soal, Hanse terus menyiapkan tugasnya. Jiyeon pula hanya diam dan memandang pantulan wajahnya pada cermin.
+++++
"Okay sebelum kita beralih kepada pasangan yang terakhir, saya ada soalan untuk salah seorang pengacara kita iaitu Lee Jiyeon."kata Jonghwa sebelum menoleh ke arah Jiyeon. Kening Jiyeon terangkat sebelum berkerut. Ada pula soalan untuk aku?
"Ramai jejaka yang bertanya pada laman web kita adakah Jiyeon single atau sudah berpunya?"soal Jonghwa dengan senyuman nakal terukir di bibirnya. Jiyeon tertawa kecil menutup perasaan pilunya di dalam hati. Ada ke patut tanya soalan macam tu masa tengah shoot?
DAH LAH AKU NI BARU PUTUS CINTA! TAK GUNA BETUL!
Okay, sabar Jiyeon. Marah marah macam ni pun tiada gunanya. Getus Jiyeon di dalam hati.
"Saya single but not available. Belum terbuka hati nak terima sesiapa dalam hidup saya."jawab Jiyeon, jawapan yang paling selamat untuknya. Jonghwa menganggukkan kepalanya sebelum tergelak kecil. Soonyoung yang berada di tempat penonton itu hanya menghela nafas perlahan.
Walaupun soalan itu hanya mahu melengahkan masa, dia tetap tidak suka akan soalan itu. Sudahlah sepupunya itu baru saja dicurangi. Ditanya lagi soalan-soalan begitu. Haih, sabar sajalah Soonyoung.
"Tapi kalau wajah sekacak Kwon Soonyoung yang berada dalam studio kita ni, awak akan buka hati awak atau tidak?"tanya Jonghwa ini lagi. Jiyeon mengangkat kepalanya dan mula mencari wajah Soonyoung di kalangan penonton itu. Kamera dan penonton yang lain juga berpaling ke arah lelaki itu.
"Bergantung. Mungkin saya akan buka hati saya untuk dia kalau dia cuba untuk kenal diri saya."balas Jiyeon sambil memandang Soonyoung tepat pada mata. Soonyoung meneguk liurnya. Penonton yang lain bersorak kuat.
"Adakah awak meminati Kwon Soonyoung?"soal Jonghwa lagi. Jiyeon terus menoleh ke arah Jonghwa dan memandang kamera yang sedang merakam wajahnya.
"Okay, kita akan teruskan kepada pasangan seterusnya iaitu Lee Hyunjae dan Oh Yunseo!"
Jiyeon berjaya mengalihkan perhatian Jonghwa dan penonton kembali kepada rancangan tersebut. Wajah Soonyoung sudah merah kerana malu diusik oleh pengacara lelaki itu. Jiyeon menghela nafas lega kerana Jonghwa tidak meneruskan tentang kehidupannya.
![](https://img.wattpad.com/cover/255175532-288-k813762.jpg)
YOU ARE READING
Home;run || Kwon Soonyoung
FanficLee Jiyeon, pembaca berita amatur yang baru masuk ke tempat kerjanya terpaksa duduk serumah dengan sepupu lelakinya akibat rumah sepupunya itu dekat dengan tempat kerjanya. Pada mulanya dia elok sahaja apabila berpindah masuk ke dalam rumah itu namu...