Hari-hari berikutnya diteruskan seperti biasa namun peneman Jiyeon bukan lagi sepupunya Soonyoung. Kini, Joshua yang akan memandu keretanya ke tempat kerja Jiyeon dan kemudian terus bergerak ke hospital. Setelah habis kerja, Joshua juga yang akan menjemputnya.
Jiyeon meneliti baju yang ke-13 tersarung pada badannya itu. Ini semua kerana lelaki yang di luar bilik persalinan itu tidak bersetuju dengan baju-baju yang dicubanya tadi. Dress putih yang labuh sehingga ke lantai itu di beleknya. Sesekali badannya dipusingkan dan dia melihat dress itu ikut terbang seketika. Pekerja butik yang berada di sebelahnya hanya tersenyum simpul.
"Yeon, dah ke belum?"
Lamunan Jiyeon terganggu dengan suara lelaki itu daripada luar bilik persalinan. Jiyeon membetulkan dressnya manakala pekerja butik itu menolak langsir yang memisahkan bilik persalinan dan butik itu. Haraplah dia suka dengan baju ini. Dia sudah penat menukar dress berkali-kali.
"Dah."kata Jiyeon lalu berpusing ke belakang memandang Seokmin yang menemaninya ke butik pengantin ini. Memandangkan Joshua dan Jiyeon dilarang berjumpa buat masa ini, terpaksalah abangnya menggantikan tempat Joshua.
Seokmin mengangkat kepala melihat Jiyeon yang berada di dalam dress putih itu. Seketika dia terasa terharu. Tidak sangka adiknya akan kahwin dulu.
"Perfect!"kata Seokmin sebelum bibirnya terukir senyuman lebar. Dia mengangkat ibu jarinya di hadapan adiknya. Jiyeon tersenyum kecil lalu berpusing semula untuk melihat pantulan dirinya lagi sekali. Tangannya mengusap lengannya yang terdedah sebelum berpusing buat kali terakhir.
"Miss?"
"Y-ya?"
"Confirm yang ni ya?"
"Yeah."balas Jiyeon sambil menganggukkan kepalanya. Gadis itu tersenyum lalu memegang zip yang berada di belakang dress pengantin tersebut. Dia membuka zip itu untuk Jiyeon sebelum membantu Jiyeon membuka dress itu. Bukanlah susah untuk dia buka namun risau baju itu rosak jika dia buka dengan kasar.
"Thank you."
+++++
Kentang goreng yang berada di dalam pinggan itu dicucuk-cucuk dengan garfu. Seokmin memandang wajah gadis di hadapannya itu lalu memetik jarinya di hadapan Jiyeon. Mata Jiyeon terkebil-kebil seperti baru saja tersedar dari lamunannya.
"Hello miss girl? Are you alright?"
Jiyeon hanya membalas dengan senyuman kecil lalu mengambil kentang itu menggunakan garfu yang dipegangnya. Seokmin merenung wajah gadis itu lama. Seperti ada yang tidak kena. Sepatutnya bakal pengantin kenalah gembira bukannya murung begini.
"I know you're not okay. Come on, tell me what's wrong."kata Seokmin lagi sebelum menarik tangan Jiyeon yang berada di atas meja itu. Jiyeon mengangkat kepala memandang wajah Seokmin dan menghela nafas perlahan.
"I just feel something wrong with this wedding. I don't know why."Jiyeon akhirnya mengeluarkan suara. Seokmin tersenyum lalu mengeratkan lagi genggamannya pada tangan Jiyeon.
"Janganlah macam ni, lagi dua minggu tau majlis kau. Abaikan saja perasaan tu okay? Orang nak kahwin macam itulah perasaan dia. Semua tu anasir-anasir jahat saja."
"Tapi kalau benda tu sebenarnya—"
Seokmin meletakkan jari telunjuknya pada bibir Jiyeon bagi menghentikan kata-kata yang keluar daripada mulut Jiyeon. Mata Jiyeon turun pada jari yang terletak pada mulutnya itu.
"Nothing will happen, okay?"
Habis saja Seokmin mengungkapkan ayat tersebut, jus tembikai yang berada di dalam gelas telah membasahi wajahnya. Mata Jiyeon terbeliak besar sebelum melepaskan pegangan tangannya. Seokmin terus berdiri memandang si penyimbah jus tembikai pada wajahnya tadi.
ANDA SEDANG MEMBACA
Home;run || Kwon Soonyoung
FanfictionLee Jiyeon, pembaca berita amatur yang baru masuk ke tempat kerjanya terpaksa duduk serumah dengan sepupu lelakinya akibat rumah sepupunya itu dekat dengan tempat kerjanya. Pada mulanya dia elok sahaja apabila berpindah masuk ke dalam rumah itu namu...
