10 || homerun

160 23 5
                                        

"Hm okay takpalah kalau macam tu."balas Jiyeon sebelum menamatkan panggilannya dengan Joshua. Dia menghela nafas perlahan sebelum melangkah ke arah krew yang akan bekerja dengannya nanti.

Apalah nasibnya sekarang ini? Setiap masa teman lelakinya sibuk dengan kerja. Tapi takpalah. Kurang mereka meluangkan masa bersama-sama, kuranglah peluang untuk Joshua tahu yang dia tinggal dengan Soonyoung.

"Oh, oh! Kwon Soonyoung jadi pitcher!"kata Juyeon yang juga ada di situ dengan teruja setelah melihat pemain kegemarannya akhirnya bermain sebagai pitcher. Jiyeon pula hanya memandang Soonyoung yang berada di tengah-tengah kotak itu. Nasiblah mereka tidak tahu yang Soonyoung itu sepupunya.

"Strike!"jerit seorang pemain dengan kuat apabila bola itu dapat ditangkap oleh orang yang berada di belakang si pemegang bat baseball itu. Televisyen yang besar itu merakam saat di mana senyuman senget Soonyoung terpampang.

Soonyoung mengangkat kakinya bersedia untuk membaling bola itu. Bola putih tersebut dibaling dengan laju.

"Strike!"

Mata Jiyeon membulat apabila si pemegang bat itu masih lagi tidak dapat memukul bola daripada Soonyoung. Berapa laju bola yang dibalingnya itu? Soonyoung berada di posisinya kembali dan bola dibaling sekali lagi.

"Strike!"

Juyeon dan krew yang lain bersorak kuat apabila pemain itu menjerit Strike pada kali ketiga. Juyeon memandang gadis yang nampak tidak gembira itu. Dia melangkah ke arahnya kemudian mencuit bahu Jiyeon.

"Didn't enjoy the game?"soal Juyeon sebelum melipat tangannya ke dada. Jiyeon hanya tersenyum.

"I'm not into baseball."balas Jiyeon sebelum menggaru lehernya yang dia gatal. Lelaki itu menganggukkan kepalanya tanda faham.

"Siapa yang jadi batter tu? Tak pernah nampak pun?"soal salah seorang krew di sebelah Juyeon.

"Tadi dia main juga. Tapi tak kenal sangat."

Mendengarkan itu, Jiyeon terus memanjangkan lehernya ingin melihat siapa yang bermain sebagai batter tersebut. Disebabkan kedudukan padang itu terlalu jauh, Jiyeon tidak nampak wajah lelaki yang sedang memegang bat baseball itu.

"Kita ada pemain baharu yang baru saja dipilih untuk bermain di dalam Wolves iaitu Yoon Jeonghan! Nampaknya dia telah berada di dalam posisi sebagai batter kita yang terakhir pada malam ini!"

Mata Jiyeon terbuntang. Jadi Jeonghan adalah satu pasukan dengan Soonyoung? Disebabkan itu Jeonghan menghantar Soonyoung pulang pada malam kelmarin? Dan mereka berciuman di hadapan lif????? Takkanlah lepas saja Jeonghan putus dengan Jiyeon, dia telah bertukar selera? ADAKAH ITU MAKSUDNYA SOONYOUNG BERCINTA DENGAN RAKAN SEPASUKANNYA?!

Jiyeon menggeleng-geleng laju menghilangkan segala teori yang difikirkannya tadi. Juyeon yang melihat kelakuan gadis yang nampak pelik itu terus menyenggol lengan perempuan itu perlahan. Bahu Jiyeon terhinjut.

"Kau kenapa tergeleng-geleng ni? Sakit?"soal Juyeon sebelum tertawa kecil. Jiyeon hanya membalas dengan senyuman kelat. Tiba-tiba, kata-kata Soonyoung malam kelmarin menerpa fikirannya.

"Jeonghan... wanna impress you with a homerun—hiks—he's so funny..."

"Yoon Jeonghan berjaya memukul bola tersebut! Sejauhmanakah bola itu akan terbang?

Jantung Jiyeon berdegup laju melihat bola putih itu seakan semakin dekat dengannya dan Jeonghan yang sedang berlari ke arah home plate itu. Jiyeon menangkap bola yang laju itu dengan tangan kosongnya.

"HOMERUNNN!"

Satu stadium itu bersorak kuat termasuklah krew di sebelah Jiyeon dan Juyeon. Gadis itu terus bersorak kuat dan memeluk Juyeon di sebelahnya. Walaupun terkejut dengan kelakuan gadis itu, Juyeon memeluknya kembali. Mereka berdua terlompat-lompat kegembiraan.

Rakan sepasukan Jeonghan terus berlari memeluknya menyambut kejayaan Jeonghan membuat pukulan homerun pada malam itu. Soonyoung yang berada di first base itu hanya tersenyum.

Televisyen besar itu memaparkan Jiyeon yang sedang tersenyum gembira sambil mengangkat bola putih yang ditangkapnya tadi. Jeonghan melihat senyuman gadis itu dengan penuh minat. Soonyoung menepuk bahu Jeonghan.

"You won this night bro."

+++++

"We'll on air in three, two..."

Jiyeon mengukirkan senyuman yang lebar tanda dia sudah bersedia. Soonyoung di sebelahnya dipandang sekilas sebelum kembali memandang ke arah lensa kamera.

"One. Alright... cue!"

"Yea, now we have player Kwon Soonyoung here with us. Congratulations on winning tonight."ujar Jiyeon dengan ceria. Kwon Soonyoung hanya mengukirkan senyuman sambil memandang wajah gadis itu. Mikrofon yang dihulurkan oleh Jiyeon itu dibiar menyepi.

Jihoon yang berada di belakang kamera menepuk dahinya sebelum berdehem. Soonyoung terus tersedar dan mengedipkan matanya beberapa kali. Jiyeon tertawa kecil melihat gelagat lelaki itu.

"Yeah, thank you."balas Soonyoung sebelum tersenyum malu. Produser di belakang kamera itu menepuk dahinya perlahan melihat betapa kekoknya Soonyoung di hadapan kamera. Jiyeon menganggukkan kepalanya.

"You must be really happy tonight because you seem so bright and smiley."

"Yeah, it feels great."kata Soonyoung sebelum menganggukkan kepalanya. Jiyeon tersenyum.

"Kwon Soonyoung-ssi, you allowed 6 batters hit over 9 innings. You struck out 6 batters without allowing any points. This is your first shoutout game for this season. Are you satisfied with your performance tonight?"soal Jiyeon kepada Soonyoung. Mikrofon dihulurkan di hadapan lelaki itu.

"Actually, that's not my main focus. I wanted to do the best for every pitch."jawabnya sebelum memandang sekilas ke arah Jiyeon. Jiyeon mengukirkan senyuman manis sebelum memandang ke arah lensa kamera tersebut.

"You're indeed a humble person, Soonyoung-ssi."

"Here's a fun fact about your stats. Among 17 wins from last season, your team won 11 games on Thursday. Did you expect your team to win again tonight?"

"No, I didn't expect we'll win tonight."

"Could you tell us the driving force behind your wins?"soal Jiyeon lagi dengan senyuman. Soonyoung pula menganggukkan kepalanya. Gadis itu menghulurkan mikrofon itu pada Soonyoung.

"I play for my loved ones."kata Soonyoung sebelum memandang ke arah Jiyeon. Jiyeon pula membalas tatapan Soonyoung itu. Buat seketika mereka hanya berpandangan sesama sendiri.

"Recently, you turned down an offer from MLB which was the talk of the town. Did your loved ones affected by your decision process?"

Soonyoung tergamam. Sangkanya Jiyeon tidak pernah ambil tahu tentang sukan baseball dan dirinya. Kini bermacam-macam pula soalan yang ditujukan pada lelaki itu.

"Somehow they're affected but you know, I can't live without kimchi."seloroh Soonyoung sebelum tertawa. Jiyeon juga tergelak kecil.

"All right let's wrap up. You have 10 seconds."kata produser di belakang kamera tersebut.

"Baseball fans and I are looking forward to your future games in Korea. Again, congratulation on your winning tonight."kata Jiyeon sambil memandang ke arah Soonyoung. Soonyoung menganggukkan kepalanya.

"5 seconds."

"All right, that was my interview with Kwon Soonyoung, captain of Wolves team."kata Jiyeon sebelum rakaman tersebut ditamatkan. Senyuman pada bibir gadis itu masih tidak terpadam. Pasukan Wolves dan rakan sekerja Jiyeon menepuk tangan masing-masing. Juyeon tersenyum dan mengangkat ibu jarinya pada Jiyeon.

"You've done a great job."puji Soonyoung kepada sepupunya itu. Jiyeon menganggukkan kepala sebelum menguntumkan senyuman.

"Thanks for cooperating."

Melihatkan kemesraan itu, sepasang mata yang memerhati mereka daripada tadi hanya memandang mereka berdua dengan penuh meluat.

#####

Home;run || Kwon SoonyoungCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang