Selesai solat isyak, Ameera masih lagi dengan muncungnya. Sampai tak tahu Zain nak kata apa. Dia ingatkan Ameera dah okay lepas isterinya itu mengaji bersamanya. Eh eh habis saja mengaji muncul semula muncung itiknya itu.
"Sayang..." Zain tarik jemari Ameera lembut. Ameera yang baru saja nak keluar bilik terus terhenti.
"Hurm?" Ameera masih lagi muncungnya. Jelingan diberikan pada Zain.
"Marah abang lagi ke?"
"Meera nak turun." Jemarinya ditarik perlahan dari Zain. Zain pegang kejap jemari itu. Dia merapati Ameera dan tubuh itu didakapnya dari belakang.
"Okay. Abang minta maaf hal tadi. Abang tak bermaksud nak buat sayang risaukan abang."
Ameera diam.
"Abang cuma perlu waktu untuk berubah. Sayang tahu kan waktu sebelum ni, Meera yang keluarkan semua duit untuk Abang. Sampaikan nafkah pun abang tak perlu keluarkan. Abang rasa bersalah sangat. Macam suami tak guna. Suami dayus."
Zain hela nafas.
"Abang minta maaf sebab tindakan Abang buatkan Meera yang sakit. I'm sorry. Abang pun sakit waktu jauh dari sayang. Hari-hari Abang cuba untuk kuat berhadapan dengan sayang. Tapi Abang tak mampu. Abang rasa Abang masih tak layak untuk Meera." Suara Zain mula berubah sebak. Ameera pula rasa sayu. Perlahan dia berpaling dan memeluk tubuh Zain.
"Tahu tak, setiap kali abang rindu sayang, abang akan nyanyi satu lagu ni."
Kusedari kedaifan diri
Tak selayak berganding denganmu
Walau teguhnya cintamu padaku
Engkau tak akan menjadi milikku
Yang kumiliki hanyalah kesucian cinta
Kesetiaan yang tiada taranya
Harta, pangkat, ringgit yang berjuta
Bukan jaminan membina bahagiaPerlahan suara Zain menyanyikan lagu tersebut, membuatkan Ameera mula sebak dalam dakapan itu. Ya, dia tahu Zain rasa tercabar bila dia seorang isteri yang lebih melindungi suami. Lebih lagi sebelum ini Zain tiada harta untuk dibanggakan. Tapi dia sendiri tidak mahu semua itu. Dia hanya mahukan Zain Althaf sahaja. Tiada yang lain mampu dia terima lagi untuk mengisi kekosongan hati dan kehidupannya.
"Walau siapa pun Abang, Abang tetap suami Meera. Abang tetap lelaki yang paling Meera sayang. Maafkan Meera sebab tindakan Meera buat Abang rasa rendah diri. Siapa cakap Abang tak layak untuk Meera? Abang yang selayaknya untuk Meera. Terima kasih bimbing Meera waktu awal perkahwinan kita dulu." Air mata Ameera mengalir tanpa sedar.
"Meera..." Zain pula yang terkedu apabila terasa ada air mata di dadanya. Wajah Ameera diangkat. Air mata itu dihapuskannya.
"Kita sama-sama terseksa bila berjauhan. Kita sama-sama rasa lemah bila salah seorang tiada." Ujar Zain sambil matanya menatap wajah si isteri.
"Meera sayang abang." Ucap Ameera sambil menatap mata Zain dengan penuh kasih sayang.
"Abang sayang Ameera Afya lebih." Mereka berpelukan.
🛡🛡🛡
"Kenapa Ruzi?" Soal Ayahanda apabila dia melihat Umi Ruzilah seperti terjenguk-jenguk di luar ruang solat.
"Saya tengok-tengok Meera. Maghrib dia tak turun. Isyak pun sama. Selalu kan dia mengaji dengan saya." Umi Ruzilah berpaling ke arah Ayahanda yang masih berkopiah itu.
"Biarlah dia Ruzi. Hari ni suami dia yang ajar mengaji." Jawab ayahanda selamba.
"Macam mana Abang tahu?"
"Tadi Abang macam dengar suara Zain mengaji selang seli dengan Meera. Awak rasa?"
"Ouh. Kenapa tak cakap dari tadi? Puaslah saya tertunggu-tunggu." Ujar Umi Ruzilah lega.
YOU ARE READING
PROTECT YOU⚔️
Romance~Saya akan jaga harta awak untuk saya~ Dia... Ameera Afya Don. Lebih dikenali dengan Cik Amee a.k.a Miss Werewolf. Siang dia seorang pemilik hotel, malam dia seorang anak mafia. Dia pula... Zain Althaf. Seorang lelaki yang sopan santun dan lembut p...