Mereka melangkah masuk ke dalam syarikat perkapalan Zulkarnain Radi. Besar betul syarikat dorang ni. Ternganga kejap Ameera dibuatnya.
"Besarnya."
"Biasa je. Mana ada besar." Jawab Zain merendah diri.
"Macam mana abang handle syarikat besar ni?"
"Struggle lah juga. Ayah banyak bantu. Yalah abang ni bukannya tau pasal perkapalan."
"Abang... ingat tak dulu yang abang berlakon jadi tunang saya. Saya suruh abang cakap abang kerja syarikat perkapalan." Zain ketawa mendengar kata-kata Ameera.
"Ingatlah. Apa pula tak ingat. Haa sekarang dah jadi kenyataan."
Mereka ketawa bersama.
"Oii budak! Mana kau pergi?" Suara itu buatkan mereka terhenti melangkah. Zain dah garu kepala bila nampak ayah dia berjalan ke arah mereka.
"Kan Zain kata jumpa Meera." Ayah terus menoleh ke arah Ameera yang berdiri sebelah Zain.
"Eh hai Ameera." Ayah senyum memandang menantunya, namun pandang si anak jelingan tajam diberi. Zain sengih sambil garu kepala.
"Hai ayah." Terus dia salam tangan bapa mertuanya.
"Makin lawa menantu ayah ni."
"Biasa aje." Ameera senyum nipis.
"Dah kau Zain pergi naik buat kerja kau."
"Yalah nak naik lah ni."
"Meera dah ada ni kalau tak siap kerja memang aku sekeh kepala kau."
"Ayah ni..."
"Dah pergi naik."
"Yalah."
Mereka terus naik ke pejabat Zain.
"Lawanya ofis abang."
"Biasa aje."
"Abang buat lah kerja abang. Meera tunggu sini."
"Yalah. Meera kalau bosan tengoklah tv tu. Laptop pun ada dekat atas meja tu."
"Okay." Ameera terus duduk di sofa empuk itu. Dia melihat sekeliling. Macam-macam gambar dan sijil bergantung di dinding. Gambar lukisan kapal tergantung luas di dinding. Lawa gila!
Sampai satu gambar mata Ameera terhenti. Dia memandang Zain sekilas. Terus Ameera bangun dan bergerak ke belakang Zain. Ada 4 frame kecil di belakangnya yang tersusun rapi.
Gambar Zain bersama ayahnya. Gambar Zain waktu kecil. Gambar Zain bersama seorang wanita yang dapat Ameera pastikan itu adalah arwah ibu mertuanya. Dan terdapat sekeping gambar wanita bertudung. Tersenyum Ameera dibuatnya. Diangkat frame itu dan dia usap perlahan.
"Abang."
"Yep?" Zain berpaling. Kerusinya juga dipusing ke belakang.
"Macam mana abang dapat gambar ni?" Ameera tunjuk gambar wanita bertudung itu. Zain tersengih aje. Dia tarik pinggang Ameera dan Ameera jatuh di ribanya.
"Erm... sayang rasa macam mana?" Soal Zain sambil memeluk erat tubuh yang berisi itu.
"Mana saya tahu." Ameera memandang wajah Zain yang beriak biasa itu.
"Gambar ni waktu Meera jalan-jalan dengan mak tiri Meera. Masa tu Meera baru aje bertudung." Ujar Zain sambil tangannya mengusap perut bulat isterinya itu.
"Meera tahu tu. Maksudnya abang ada waktu tu? Abang intip Meera ke?" Zain senyum. Matanya terus menatap Ameera dengan penuh kasih sayang.
"Macam mana abang nak tenang kalau tak nampak wajah isteri abang? Hari-hari abang dekat saja dengan Meera. Abang tak berani nak tegur. Sebab abang masih tak bersedia. Sampailah hari ni. Abang tak tahu apa yang merasuk abang sampai buat kerja gila dekat hotel sayang tadi." Tergelak kecil Ameera dibuatnya. Dia bersandar di dada Zain.
YOU ARE READING
PROTECT YOU⚔️
Romance~Saya akan jaga harta awak untuk saya~ Dia... Ameera Afya Don. Lebih dikenali dengan Cik Amee a.k.a Miss Werewolf. Siang dia seorang pemilik hotel, malam dia seorang anak mafia. Dia pula... Zain Althaf. Seorang lelaki yang sopan santun dan lembut p...