Langkah Zain semakin perlahan. Dalam kepala dia dah risau, apa pula Cik Amee ni? Tak dapat dijangka betul Cik Amee sorang ni.
Tingkap yang gelap itu di ketuk.
Tingkap itu turun perlahan. Cik Amee senyum pandang dia.
"Masuk Zain."
"Err... Cik Amee..."
"Kenapa kau nak drive ke?"
"Ha? Eh?" Terpinga Zain sekejap.
"Nak tak?"
"Err tak-tak. Cik Amee bawa." Terus dia berlari ke tempat penumpang. Bila dia masuk, ternganga sekejap. Tak pernah dia naik kereta mahal macam ni. Dua pintu pula tu. Dia pergi kerja pun naik bas tak pun LRT.
Kereta mula bergerak.
"Cik Amee nak pergi mana?"
"Aku nak ke Seremban."
"Ha?" Terus mata dia memandang Cik Amee.
"Aku ada hal."
"Tapi kenapa bawa saya?"
"Sebab aku tak ada dekat ofis."
"Ha?"
"Tak payah fikirlah. Ikut aje." Zain dah garu kepala. Cik Amee diam memandu. Dia tak tahu kenapa. Bila dia keluar dari hotel tu, dia kena bawa Zain. Dia rasa tak sedap hati. Bila Zain tak ada depan mata, dia rasa Zain macam jerit-jerit panggil dia. Minta tolong. Heh Gila dramatik siak. Hahahaha
"Kita lunch kejap. Lepas tu aku singgah masjid untuk kau okay?"
"Ouh okay aje Cik Amee." Zain senyum.
Mereka sudah masuk highway. Walkie talkie di tepi pehanya berbunyi.
"AJ to Werewolf."
Cik Amee capai walkie-talkie dan dia tekan satu punat di walkie talkie itu.
"Yes. Werewolf here."
"Kereta hitam. BMW. DFB 01. Six o'clock." Terus mata Cik Amee lihat cermin tengah. Bibirnya di ketap. Pedal minyak dia tekan makin dalam.
"Cik Amee ada apa-apa berlaku ke?"
"Pakai seatbelt. Tutup mata. Tidur."
"Ha?" Zain pandang cermin sisi. Dia nampak ada kereta hitam cuba mencucuk kereta Cik Amee. Terus dia tarik seatbelt.
"AJ to Werewolf. Behind you. Kereta hitam. BMW. DFB 03." Laju mata Cik Amee melihat sekilas.
"Shit." Keadaan jalan yang sedikit lengang membuatkan Cik Amee sukar nak menghilang.
"AJ. Please take one of the car!" Walkie talkie terus dia campak ke celah pehanya. Pedal minyak dia tekan sedalam mungkin. Mengaum kereta ferrari itu di atas lebuh raya.
Cik Amee pantas menyelit di antara kereta di lebuh raya itu. Sengaja melarikan fokus kereta belakang. Tak lama lepas tu Cik Amee nampak treler panjang yang berisi kayu balak. Dia tersenyum.
"Meeraaa!!!" Zain terus tutup mata.
Kereta Ferrari itu sudah melencong ke hadapan treler itu. Cik Amee terus masuk ke laluan kecemasan dan cuba mengawal kelajuan mengikut lori itu. Cuba menyorok dari pandangan mereka. Tak lama lepas itu, dia nampak kereta yang mengejarnya tadi laju bergerak ke hadapan. Cik Amee senyum sinis.
Kemudian, kereta anak-anak buahnya pula kelihatan. Laju memecut. Dia lihat belakang dan sebelah, baru dia keluar dari lorong kecemasan tersebut. Urgh ni kalau polis nampak, mampus dia kena kejar polis pula. Kereta di bawa dengan halaju yang rendah. Tidak mahu kereta tadi nampak dia di belakang.
YOU ARE READING
PROTECT YOU⚔️
Romance~Saya akan jaga harta awak untuk saya~ Dia... Ameera Afya Don. Lebih dikenali dengan Cik Amee a.k.a Miss Werewolf. Siang dia seorang pemilik hotel, malam dia seorang anak mafia. Dia pula... Zain Althaf. Seorang lelaki yang sopan santun dan lembut p...