Prolog

3.3K 66 0
                                    

Gambar yang baru saja dia terima melalui whatsapp itu ditatap dengan senyum senget.

Wanita ini. Setiap hari ada saja yang dia lakukan. Tidak sangka, makin lama makin lawa wanita ini.

Perlahan wajah itu dia usap. Sungguh, ikut hati mahu saja dia bawa lari wanita ini. Tapi dia tidak mampu lakukan itu untuk masa ini.

Dia sendiri cuba menahan rasa di hati. Dia tahu tiba masanya dia memang akan bersua muka dengan wanita tersebut.

Entah kenapa wajah beku itu juga yang dia cari. Punya payah nak senyum. Muka tak sudah tegang aje. Macam mana dia mahu kendur kan wajah itu daripada terus membeku?

"Bos." Dia berpaling.

"Ya?"

"Ada problem di kawasan pelabuhan."

"Kita gerak sekarang."

Mereka terus beredar keluar.

🛡🛡🛡🛡

"Zain Althaf!" Zain kelam kabut menghadap seorang perempuan di hadapannya.

"Ya Puan? Apa yang boleh saya bantu?"

"Bantu?!" Kuat suara bosnya itu menjerkah. Terangkat bahunya kerana terkejut ditempik betul-betul depan muka.

"Ke... kenapa puan?" Gagap terus dia bersuara.

"Aku suruh kau ambil fail lain! Yang pergi bagi fail lain kenapa?" Fail itu dibaling ke dadanya dan jatuh terus ke lantai. Berterabur kertas-kertas putih di dalam fail itu. Zain hanya mampu lihat saja lantai yang dipenuhi kertas itu.

"Tadi puan suruh saya ambil fail ni." Jawab Zain perlahan. Jemarinya diramas perlahan. Sembunyi rasa takut.

"Siapa cakap? Kau pergi ambil fail yang aku nak sekarang!" Arahan di keluar tegas.

"Tapi..." Baru saja dia nak angkat kepala, sudah ditempik sekali lagi.

"Cepat!!"

Terus kelam kabut Zain bergerak ke bilik fail. Dia mencari fail yang bos dia inginkan. Sesudah dia jumpa, dia terus bawa ke bilik bosnya.

"Ini bos failnya."

"Kau tak reti ketuk pintu ke ha?!" Tertutup mata Zain apabila jerkahan itu menusuk ke telinganya. Perlahan dadanya diusap. Boleh mati sakit jantung dia kerja sini nanti.

"Maaf puan." Ucapnya sambil meletakkan fail itu di atas meja bosnya.

"Kau pergi kemas bilik fail tu."

"Kenapa pula puan?" Soalnya pelik. Rasanya tu bukan skop kerja dia.

"Kemas ajelah!!" Ujar bosnya garang. Mata terjengil memandangnya. Terus dia menunduk takut.

"Baik puan." Zain terus bergerak ke bilik fail. Air matanya sudah bertakung. Penatnya kerja macam ni. Hari-hari kena herdik. Hari-hari kena jerkah.

Tak sampai sebulan lagi dia kerja sini. Tapi kena buli rasa macam nak mati aje. Rasa nak berhenti!

Zain mengeluh. Dia mengemas bilik fail itu. Kotak-kotak yang besar itu dia cuba angkat. Berat nak mampus. Terkapai-kapai dia angkat sendiri. Dia berdiri sekejap.

Terasa ada orang memerhatikannya. Dia berpaling. Kosong. Haish... khayalan aje tu. Zain geleng kepala.

Si pemerhati hanya senyum senget.

🛡🛡🛡

Hotel yang tersergam indah itu dia tatap dengan senyum. Kenangan lalu mula terimbau buat dia senyum sendiri. Tak lama lepas tu dia nampak seseorang yang dia tunggu-tunggu.

Dia memandang wanita itu dari jauh. Senyum saja bibir dia melihat wanita itu keluar dari hotel D'Meriz.

Dia hanya mampu melihat dari dalam kereta. Sebenarnya, setiap kali ada waktu terluang pasti dia akan ke sini.

Dia ada menyuruh spy dia mengintip wanita itu. Namun, spy dia kadang tak boleh pakai! Harap duit aje nak banyak, tapi kadang servis Hampeh! Sebab tu dia sendiri turun lihat dengan mata kepala sendiri.

Tak lama lepas itu, WhatsAppnya berbunyi. Tanda ada chat baru masuk. Dia lihat.

Makin panjang senyum dia apabila lihat gambar yang spy dia beri.

Semoga kita jumpa lagi. Ameera Afya Don.

Sekilas dia memandang ke luar. Wanita itu sudah masuk ke dalam kereta dan kereta itu mula meninggalkan kawasan hotel.

Dia pun apa lagi, masuk gear. Terus ikut kenderaan hitam itu ke destinasi mereka.

Memang bos macam dia tak ada kerja! Sebentar lagi mesti ayah dia call! Tak habis-habis hilang saja dari pejabat. Nasiblah...

————

Setelah sekian lama menyepi dari dunia oren ni 🤧
Saya kembali tapi mungkin sepi juga huhu

-

First try for a mafia story.
Tapi rasanya part mafia tak terlalu banyak.
Saya harap tidak mengecewakan
Huhu

I will try my best gaiss😘

PROTECT YOU⚔️Where stories live. Discover now