Bab 46

451 23 3
                                    

"Aku suka tengok mereka berdua." Ujar Jad dalam senyum. Had juga tersenyum mendengar kata-kata Jad itu. Mata mereka tak lepas memandang dua merpati sejoli itu.

"Itulah. Tak sangka pula Cik Amee kita tu manja kemain bila dengan Zain." Ujar Had tak sangka. Yelah, Cik Amee tu nampak ganas, tegas dan garang nak mampus. Tapi bila dengan suami auto jadi kucing. Manja sangat!

"Suami doh. Siapa tak nak manja?" Ujar Jad.

Mereka memerhati Zain dan Ameera yang sedang bergelak ketawa di buaian luar rumah itu. Kemain seronok lagi Ameera menyakat Zain. Zain terima saja malas nak balas. Karang merajuk dia juga sakit mental.

"Tak sangka betting kita dulu menjadi." Ujar Jad dengan tawa.

"Cakap pasal betting. Aku tak bayar lagi RM 2000 dekat kau." Had tepuk dahi.

"Tak payahlah. Baik kau guna RM 2000 tu pergi pinang si Fira. Lagi bagus." Selamba saja Jad bercakap. Bukan dia nak pun duit tu. Dulu dia saja nak provok Had yang seperti tidak suka jika Zain bersama Ameera. Itu dia buat bet tu. Ah terang-terang dah tahu Ameera ada hati pada Zain. Apa daa Hadid ni.

"Betul ke ni?" Soal Had dengan wajah tak percaya.

"Yalah. Malas aku nak ambil duit kau yang ciput tu." Tolak Jad lagi walaupun dalam masa sama dia sindir abang sendiri. AHAHAH

"Wah kau duit yang ciput tu la kita guna hari-hari." Balas Had menyampah. Poyo aje adik dia ni. Sembang kencang aje.

"Eleh."

"Eh korang apahal berdiri kat sini?" Suara Ameera menyampuk perbualan mereka. Terus mereka berpaling.

"Ha? Saja berdiri. Tadi Had ajak bersenam. Kan Had?" Terus Jad angkat tangan konon-konon bersenam. Had pun ikut acah-acah mula bersenam. Risau kantoi mengintai mereka laki bini. Mampus kena bantai dengan Cik Amee nanti.

"Betul Cik Amee." Had menyokong.

"Pelik-pelik je korang ni." Ameera pandang mereka silih berganti. Tak percaya sebab dia tahu akal budak kembar ni panjang lain macam. Bukan sehari dua dia kenal budak berdua ni. Heh!

"Cik Amee masuklah." Mereka beri laluan kepada Ameera masuk. Ameera terus masuk. Malas nak banyak cerita.

"Weh game jom?" Zain pula muncul.

"Ehh jom!" Terus mereka masuk ke dalam dan menuju ke arah ruang tamu.

🛡🛡🛡

Mereka semua duduk melepak depan televisyen. Layan movie dekat Netflix.

Jad dan Had sudah terbaring di atas sofa. Manakala Zain dan Ameera duduk di karpet. Zain tekun menulis di meja kopi itu.

"Cik Amee. Rancangan ke Melaka sama macam kita rancang kan?" Soal Had memecah kesunyian.

"Yep." Ameera lentok kepala di bahu Zain. Maklumlah badan Zain dah mula berisi. Sedap dipeluk! Ehek!

"Zain kau buat apa?" Soal Jad pula. Tertanya-tanya jugak dia dari tadi Zain buat kerja tak berhenti. Movie bukan dia tengok pun, khusyuk menulis aje. Dia lihat Zain yang tekun menulis di buku itu.

"Tulis resepi." jawab Zain tanpa toleh ke arah Jad.

"Untuk?" Berkerut dahi Jad dibuatnya.

"My wife." Jawab Zain ringkas.

"Ha?" Ternganga Jad dibuatnya. Bukan setakat dia, Had pun sama. Mereka memandang sesama sendiri. Tak percaya resepi itu untuk Cik Amee. Ameera masih lagi lentok di bahu Zain. Malas nak menjawab persoalan si kembar itu.

PROTECT YOU⚔️Where stories live. Discover now