Bab 29

565 24 1
                                    

Cik Amee pantas alihkan pandangan.

"Cik Amee."

"Apasal kau dekat sini? Kau sepatutnya balik." Cik Amee terus berpusing ke belakang. Masuk semula ke dalam bilik persalinannya. Zain ikut langkah Cik Amee. Zain sudah dengar perbualan antara Cik Amee dan kembar tadi. Kata-kata dan suara Cik Amee membuktikan semuanya.

"Sampai bila kita nak macam ni Meera?" Cik Amee terus kaku. Dia terkedu. Panggilan itu...

"Macam ni apa?" Cik Amee cuba tahan debar di hati. Dia masih tak berpaling pandang Zain.

"Dingin. Saya tak suka kita macam ni. Awak tak habis ignore saya. Sampai bila?"

"Ini yang sepatutnya."

"Tak. Tak sepatutnya kita macam ni. Saya nak kita yang dulu."

"Zain lupakan ajelah perkara lepas. Aku malas nak besarkan hal ni."

Cik Amee perlahan berpaling pandang Zain. Zain menatap wajahnya tunak.

"Saya minta maaf." Kaki Zain makin mendekati Cik Amee. Cik Amee tak lepas pandang mata Zain.

"Kenapa sekarang?"

"Huh?"

"Sekarang baru nak minta maaf?" Mata Cik Amee berkaca. Pantas dia menunduk.

"Sebab sekarang baru saya sedar."

"Sedar salah sendiri?" Sindir Cik Amee.

"Sedar yang ada orang cuba lindungi saya. Sedar ada yang menyayangi saya. Sedar masih ada perempuan yang mahu mencintai saya." Cik Amee terus pandang Zain. Zain senyum pandang Cik Amee.

"Terima kasih."

Dahi Cik Amee terus berkerut.

"Sebab sudi beri hati awak pada saya." Zain tarik sapu tangan kecil di dalam poketnya dan diberi sapu tangan itu pada Cik Amee. Cik Amee melihat tangan Zain kemudian matanya naik melihat mata Zain. Zain senyum dan matanya memberi isyarat supaya Cik Amee mengambil sapu tangan itu. Cik Amee masih lagi menatap mata Zain.

"Zain." Perlahan kakinya menapak betul-betul dihadapan Zain. Zain sedikit mengelak ke belakang takut berlanggar. Cik Amee ni bukan boleh percaya, kang kena peluk percuma dapat dosa.

"Ya?" Kening Zain terangkat sebelah mengikut soalannya.

"Let's tie the knot."

Lamaran Cik Amee itu buat Zain terkedu.

"Cik Amee ajak saya main pondok-pondok ke?" Soal Zain dengan perasaan yang keliru. Jantungnya mula berdetak laju.

"Saya serius."

"Saya tak ada apa-apa Cik Amee. Saya tak ada rupa. Tak ada harta. Harta yang saya ada cuma nyawa saya saja." Ujar Zain dengan rasa rendah diri. Dia memang tak layak untuk Cik Amee. Cik Amee ada semuanya tapi dia hanya ada nyawa saja untuk dipertahankan.

"Saya akan jaga harta awak tu untuk saya." Ujar Cik Amee penuh kesungguhan. Ya, dia sanggup pertaruhkan nyawa dia demi Zain Althaf!

"Cik Amee..." Berkaca terus mata Zain. Terharu. Tak sangka sehingga macam tu sekali Cik Amee sanggup melindunginya.

"Saya tak kisah Zain. Apa jadi pada saya pun. Janji saya dapat lindungi awak. Tolonglah. Kita kahwin. Saya tak tenang selagi awak tak berada depan mata saya." Rayu Cik Amee. Dia memang tak tenang sejak dia tahu Zain jadi buruan DFB.

"Tapi..."

"Please..." Jemari Zain yang memegang kain itu dia genggam erat. Zain terkejut. Nasib berlapik. Zain mengeluh.

PROTECT YOU⚔️Where stories live. Discover now