Hari ini Ameera bawa Zain ke gudang. Katanya nak lihat anak-anak buah dia training.
"Erm. Lagi berapa hari aje abang nak pergi Melaka." Ujar Ameera perlahan. Mengeluh.
"Janganlah sedih. Nantikan kita boleh call. Video call." Kepala Ameera dia usap lembut. Ameera senyum nipis.
"Janji tau. Hari-hari!" Ameera angkat jari kelingking, tapi Zain hanya pandang sahaja jari isterinya itu.
"Kalau abang tak penat." Ujar Zain, mengelat. Risau dia tak tepati janji, lagi-lagi di sana nanti pasti dia juga sibuk.
"Alah belum apa-apa dah cakap macam tu." Ujar Ameera dengan muncung itiknya. Zain lihat reaksi itu hanya mampu senyum saja.
"Sayang tahu kan kalau abang penat memang abang tak pegang telefon." Kepala si isteri diusapnya lembut. Memujuk.
"Erm..." Ameera menyerah saja, walaupun sebenarnya merajuk juga. Nak buat macam mana kalau dah sikap Zain begitu. Malas dia nak berdebat.
Kaki mereka bergerak ke arah bilik latihan. Ramai sedang berlatih. Ameera hanya memerhati. Anak-anak buahnya sempat tunduk hormat dan sambung latihan.
"Abang nak tengok sesuatu tak?" Soal Ameera sambil memandang Zain.
"Apa dia?" Kening Zain ternaik memandang Ameera. Sesuatu betul muka tu.
"Jom." Jemari Zain dia capai dan dia tarik keluar dari bilik latihan itu. Kaki mereka ke pintu besi di sebelah kanan pula.
"Bilik apa ni?" Soal Zain setelah mereka masuk ke dalam bilik yang serupa besi itu.
"Ini bilik besi." Mereka masuk dan turun tangga. Zain pula meremang bulu roma. Rasa lain macam! Auranya sesuatu sangat! Menyeramkan!
Ameera buka salah satu bilik di bawah tanah itu.
"Ada apa dalam ni?" Soal Zain lagi. Kepalanya penuh tanda tanya.
"Ada bom." Sakat Ameera. Sengaja nak mengenakan si suami.
"Sayang!" Ameera ketawa. Lampu dibuka. Zain terus ternganga.
"Amacam?"
"Serius lah?" Bulat mata Zain memandang Ameera yang sudah gelak-gelak itu.
"Seriuslah ni." Ameera ketawa. Dia tarik Zain masuk ke dalam bilik itu. Bilik senjata. Depan bilik senjata itu bilik penyeksaan. Heh.
"Banyaknya." Zain sentuh cermin lutsinar itu. Ada macam-macam jenis senjata bahaya. Dari pistol kecil ke senapang panjang. Dari pisau kecil ke parang panjang. Dan ya memang ada bom!
"Sayang ni bom?" Ujar Zain sambil menuding ke arah benda bulat itu.
"Yep! Tak pernah guna lagi buat masa ni."
"Wow." Terpegun betul Zain lihat bilik itu.
"Bilik menembak pun ada sebenarnya. Tapi kawasan belakang. Memang kedap udara. Ini untuk senjata-senjata baru dan tak pernah guna. Kalau kontena belakang gudang ni semua senjata yang disediakan untuk budak-budak ni berlatih dan kecemasan." Ameera terangkan perkara yang ada di kawasan gudang itu.
"Ouh. Tak sangka." Zain sudah tidak terkata. Tak sangka wujud benda-benda itu di sini.
"Sebenarnya kami semua ada pistol." Ujar Ameera selamba. Memberitahu kenyataan, risau Zain terkejut kalau terjumpa pistol nanti.
"Serius?" Terkebil mata Zain memandang Ameera.
"Yep!" Ameera buka jaketnya dan dia keluarkan pistol emasnya. Kemudian dia tunduk dan seluarnya ditarik lalu pistol putih pula dicampak ke atas meja.
YOU ARE READING
PROTECT YOU⚔️
Romance~Saya akan jaga harta awak untuk saya~ Dia... Ameera Afya Don. Lebih dikenali dengan Cik Amee a.k.a Miss Werewolf. Siang dia seorang pemilik hotel, malam dia seorang anak mafia. Dia pula... Zain Althaf. Seorang lelaki yang sopan santun dan lembut p...