Bab 43

397 22 0
                                    

"Abang." Panggil Ameera lembut.

"Ya sayang." Zain menoleh sambil melipat sejadah. Dia senyum manis pada isteri tercintanya.

"Boleh tak masakkan Meera sesuatu." ujar Ameera sambil buat muka comel.

"Apa sayang?" Soal Zain sambil mencabut songkok dan diletakkan atas meja solek. Matanya masih memandang Ameera.

"Meera nak sup."

"Sup apa? Sup cendawan ke?" Ameera geleng. Terus berkerut dahi Zain. Selalu sup itu saja dia minta. Terus Zain duduk di sebelah Ameera yang berada di atas katil itu.

"Nak sup ekor." Terkebil-kebil mata Zain pandang Ameera. Otak tak mampu proses permintaan si isteri. Lain maciammm!

"Are you sure?" Soal Zain inginkan kepastian.

"Yep! Pretty sure. Meera nampak kembar beli hari tu. Dorang makan senyap-senyap aje kat dapur." ujar Ameera bersungguh-sungguh. Memang kelmarin dia nampak kembar makan. Mula-mula macam tak kisah, tapi bila tengok kembar makan berselera dia jadi teringin pula.

"Laa yakah? Alolo... cian isteri abang. Nanti abang buatkan ya." Ucap Zain sambil mengusap kepala si isteri. Senyuman masih tak lekang dari bibirnya.

"Nak hari ni." Ameera tayang muka kesian. Mengecil mata Zain memandang Ameera.

"Bolehlah..." Ameera mula merengek. Zain terus cair lihat wajah muncung itu.

"Ya-ya. Abang buat hari ini. Okay?" Zain terus mengalah. Dia memang kalah dengan wajah muncung isterinya itu.

"Yeayy sayang abang!" Sekilas pipi Zain dia kucup. Tergeleng Zain pandang gelagat Ameera. Pelik.

Tengah hari Zain tak sempat nak beli bahan buat sup ekor. Bibik masak biasa saja. Ameera dah muncung.

"Abang mana sup ekor?" Zain dah garu kepala.

"Abang tak sempat nak pergi beli barang lagi."

"Alaa..." Ameera dah muncung.

"Abang buat petang ni boleh? Kita makan malam." ujar Zain, memujuk. Cuba bertoleransi.

"Hurm." Cara macam setuju tapi tayang muka macam tak puas hati. Tak sedap hati Zain dibuatnya.

"Sayang... Sorry eh? Kejap lagi abang beli bahan. Abang terus masak." Jemari Ameera dipegang. Cuba ambil hati.

"Yalah." Ameera terus mengalah. Nanti lebih-lebih siapa nak layan? Untung ada suami yang rajin melayan kerenah gedik kau ni Meera. Sila bersyukur.

"Meh abang suap." Zain capai sudu dan makaroni bakar disuakan ke mulut Ameera. Ameera geleng kepala.

"Eh? Tak nak ke?" Terhenti suapan itu di mulut Ameera.

"Tak nak."

"Nak makan apa? Abang masak." ujar Zain. Tidak mahu si isteri berlapar. Risau.

"Nak nasi tu." Ameera tunjuk pinggan Zain. Zain garu kepala. Keliru dengan sikap Ameera. Jarang dia clingy begini.

"Okay. Abang suap nasi." Zain capai pinggan kosong. Baru saja nak senduk nasi Ameera bersuara.

"Nak dalam pinggan abang tu." Terhenti pergerakan Zain. Zain tatap wajah Ameera. Mata cantik itu ditatapnya lama.

"Ini sisa abang. Ambil lainlah." ujar Zain. Dia tak kisah, tapi si isteri tu dia kenal benar. Jenis pembersih. Risau juga nak beri makanan lebih walaupun dari dia sendiri.

"Tak boleh ke nak kongsi makan dengan suami?" Soal Ameera dengan wajah muncungnya. Merajuk. Aduh boleh botak kepala Zain tak habis garu kepala saja harini.

PROTECT YOU⚔️Where stories live. Discover now