"Zain." Ameera merengek, memanggil nama Zain.
"Meera. Jangan macam ni. Ayahanda tengah usaha cari Zain." Ujar Ayahanda lembut. Risau melihat Ameera yang seperti mayat hidup itu.
"Meera nak Zain." Air mata yang bertakung itu mula turun ke pipi. Lutut ditarik merapat ke bawah dagu.
"Meera... jangan macam ni. Meera tak sihat lagi. Meera kena kuat kan diri Meera. Bukan untuk Meera sorang. Untuk anak Meera juga."
Ameera memandang kosong ke arah Ayahanda. Air mata masih mengalir lesu ke pipinya.
"Ayahanda tolong cari Zain. Meera tak kuat bila dia tak ada."
"Ya Ayahanda tahu. Ayahanda dah arah kan semua budak kita cari Zain."
"Meera... Meera tak kuat. Meera..." Air mata semakin deras. Ameera terus menangis teresak-esak. Sudah tiga hari dia terlantar di hospital ini. Sudah tiga hari juga dia tidak mendapat khabar berita mengenai Zain. Hampir gila dia duduk di wad ini.
"Ayahanda ada Meera." Terus tubuh Ameera di bawa ke dalam pelukannya. Ameera melepaskan tangisnya di bahu Ayahanda. Setelah sekian lama dia tidak menangis dalam pelukan Ayahanda. Kali terakhir dia menangis depan Ayahanda semasa dia kehilangan ibu dan adiknya.
Dan kini sejarah berulang kembali...
Sekali lagi dia hilang orang yang dia sayang...
Sungguh tika ini hatinya sudah tidak sekuat dahulu lagi. Dulu dia sendiri sahaja dibelasah, dimaki, ditembak malah dia sendiri hampir dibunuh. Itu semua tidak pernah menggetarkan hati seorang Ameera Afya. Namun tika ini hanya dengan kehilangan Zain, dia sudah hilang separuh nyawa. Hilang dayanya untuk kembali berdiri dan berjalan. Bertatih juga belum tentu dia mampu.
Had dan Jad yang memerhati di luar hanya mampu menahan sebak. Tidak pernah mereka lihat Cik Amee dalam keadaan begitu.
Sewaktu kejadian Alfi dibunuh pun Ameera masih lagi kuat untuk teruskan hidup. Tika ini Ameera nampak hilang seluruh semangat. Hilang semua ketegasan yang selama ini dia tonjolkan. Kini yang tinggal hanya Ameera yang lemah. Yang hanya mampu meratap kehilangan si suami.
"Aku tak pernah tengok Cik Amee sedih macam ni." Ujar Jad perlahan. Mereka duduk di kerusi hadapan wad itu.
"Aku pun. Zain betul-betul dah ambil seluruh hati dia." Jawab Had.
"Ya. Cik Amee betul-betul sayangkan Zain. Sampai dia tak mampu nak teruskan hidup bila Zain tak ada di sisi."
"Kita kena usaha keras cari Zain."
"Tapi macam mana? Kereta DFB semuanya dah hangus terbakar. Semua manusia dalam kereta tu tak ada pun yang beridentiti Zain. Hanya ada telefon dan dompet Zain saja dalam tu. Jasad Zain langsung tak dijumpai."
"Kalau Zain memang dah tak ada? Apa kita nak buat Jad?" Mereka berpandangan. Soalan Had itu buat mereka kelu untuk berfikir.
"Mustahil."
"Boleh jadi kan? Mereka accident di tebing bukit yang memang tepinya ada hutan. Kalau Zain tercampak keluar tak mustahil haiwan ganas boleh makan dia."
"Tapi Had... aku tak nak Cik Amee dalam keadaan macam ni."
"Kita kena tunggu siasatan polis walau macam mana pun."
"Buat pertama kali kita involve dengan polis."
Mereka bersandar. Kepala masing-masing memikirkan kemungkinan yang akan berlaku. Apa penyelesaian untuk kes Zain ini?
🛡🛡🛡
"Meera makan ni..." Ayahanda suakan sudu yang berisi bubur di bibir Ameera. Ameera hanya melihat kosong sudu itu.
"Ameera..."
YOU ARE READING
PROTECT YOU⚔️
Любовные романы~Saya akan jaga harta awak untuk saya~ Dia... Ameera Afya Don. Lebih dikenali dengan Cik Amee a.k.a Miss Werewolf. Siang dia seorang pemilik hotel, malam dia seorang anak mafia. Dia pula... Zain Althaf. Seorang lelaki yang sopan santun dan lembut p...