"Ayahanda minta maaf Zain. Kami terpaksa rahsiakan hal ni."
"Tapi untuk apa?"
"Untuk keselamatan kita bersama."
Wajah Zain terus bingung. Dia menoleh ke arah Ameera yang sedang merenung jauh ke arah meja itu. Dari tadi Ameera hanya diam. Hanya Ayahanda yang bersuara.
"Kita diancam oleh siapa?" Soal Zain lagi. Ayahanda pandang Ameera. Ameera hanya diam memandang Ayahanda. Dia sendiri keliru. Tak tahu ingin beritahu Zain kebenaran sebenar. Reaksi Zain sudah menunjukkan yang dia akan kehilangan Zain jika kebenaran terungkai.
"Musuh kami ramai Zain. Kami sendiri tak tahu mana satu yang cuba ancam kita."
"DFB. Tadi orang tu sebut tentang DFB." Ujar Zain. Dia masih ingat laki kata lelaki cina itu.
"Ya. Itu salah satu musuh kami."
"Tapi Ayahanda..."
"Zain. Ayahanda tak minta banyak. Ayahanda cuma minta kamu jaga diri saja. Hati-hati dengan manusia sekeliling kamu . Tak semuanya akan baik. Hal-hal mafia ni biar kami uruskan. Boleh?"
Zain mengeluh perlahan.
"Baiklah Ayahanda."
"Ayahanda nak kamu tahu, Don Meriz dah tak buat kerja-kerja haram. Dulu ya, semasa arwah atuk Meera berkuasa. Sekarang tidak lagi. Ayahanda dah hentikan semua kegiatan haram. Ayahanda cuba buat bisnes lain dan halal. Ayahanda pun dah mula nak mengenal agama sendiri. Lama dah Ayahanda lalai." ujar Ayahanda panjang lebar dengan wajah kesal.
"Gudang yang kita pergi tu?" Zain pandang Ameera.
"Itu hanya tempat berkumpul dan tempat latihan." Jawab Ameera perlahan.
"Kamu jangan risau Zain. Semua kewangan kami dari duit yang halal. Sekarang pun kami hanya menjaga kawasan arwah atuk saja. Sebab selalu sangat gangster atau samseng buat hal di kawasan tersebut." Zain hanya angguk. Cuba memahami serba sedikit keluarga si isteri.
"Dah ayahanda harap semua dah selesai. Perbincangan kita sampai sini saja. Kamu semua boleh keluar. Kecuali Ameera." Ameera hanya diam di kerusinya. Nafas dihela perlahan. Mengeluh.
Zain dan kembar berlalu keluar dari bilik kerja Ayahanda itu. Pintu ditutup rapat baru Ayahanda bersuara.
"What's going on? Macam mana Zain boleh terlepas ke tangan Leo? Tell me." Soal Ayahanda tegas. Sakit jantung dia dengar Zain hampir diculik tadi.
"I don't know. Tiba-tiba Zain hilang. Tadi anak Leo buat hal di hotel. Ameera call bapak dia sebab nak dia settle kerugian hotel. Lepas saja mereka keluar, Zain terus hilang. Mereka tarik Zain dan cuba nak culik Zain."
"Meera kena kawal Zain ketat. Kalau boleh Ameera pasang bodyguard khas untuk Zain. Mana anak buah kamu? Kenapa tak jaga keselamatan Zain betul-betul?"
"Ada yang dah berhenti. Ada yang cuti. Meera ingat semuanya baik-baik saja. Sebab selama sebulan ni mereka tak kacau langsung kami."
"Meera musuh ni ada strategi. Tak semestinya dia nak kacau kamu hari-hari. Mereka akan ambil masa untuk rancang strategi yang betul-betul mengena. Zain hampir di culik. Lepas ni pasti mereka akan buat lagi. Silap-silap kita sendiri tak dapat jejak Zain." ujar Ayahanda dalam nada amaran.
"Ayahanda. Jangan cakap macam tu." Berdebar jantung Ameera membayangkan perkara tersebut. Dia tak boleh kehilangan Zain. Boleh gila dia tanpa Zain di sisi.
"Ayahanda nak kamu beringat. Jangan leka. Mana kamu pergi bawa Zain tu sekali. Jangan biar dia sorang. Hotel tu besar Meera. Mereka boleh saja menyamar jadi tukang sapu tanpa kamu sedar. Lepas tu culik Zain. Nak ke macam tu?"
YOU ARE READING
PROTECT YOU⚔️
Romance~Saya akan jaga harta awak untuk saya~ Dia... Ameera Afya Don. Lebih dikenali dengan Cik Amee a.k.a Miss Werewolf. Siang dia seorang pemilik hotel, malam dia seorang anak mafia. Dia pula... Zain Althaf. Seorang lelaki yang sopan santun dan lembut p...