Bab 4

882 44 2
                                    

Sudah 3 bulan berlalu...

Keadaan Zain semakin baik dalam ofis itu. Puan Haina dah jarang nak maki hamun dia. Tapi kalau dia salah memang kaw-kaw lah kena hamun.

Tak apalah daripada mula-mula masuk dulu. Setiap hari kena marah.

Dia bersyukur sangat sebab Cik Amee warning Puan Haina, Puan Haina berubah sikit. Sikit je lah. Tahap kebencian Puan Haina pada aku tu masih banyak. Hahaha

"Zain."

"Ya Puan?"

"Cik Amee panggil kau naik."

"Ha? Kenapa?"

"Mana aku tahu. Pergi ajelah!" Tak pasal kena tengking. Dah tahu mood member tu memang berangin. Lagi mahu tanya. Kan mendapat.

Zain terus naik ke bahagian atas.

Dia senyum pandang bodyguard luar pintu Cik Amee. Bodyguard itu buka pintu besar itu.

"Terima kasih." Dia melangkah masuk. Dia senyum manis pandang Cik Amee. Cik Amee hanya beku saja wajahnya. Tidak beriak.

"Duduk." Zain terus duduk di kerusi hadapan Cik Amee.

"Ada apa Cik Amee cari saya?"

"Malam ni." Cik Amee tatap wajah Zain dalam-dalam.

"Ya?" Soal Zain terkebil-kebil.

"Teman aku."

"Pergi mana Cik Amee?" Berkerut dahi Zain. Cik Amee ni cakap sepatah-sepatah pula. Cakaplah kasi habis. Rungut Zain dalam hati. Gila nak merungut depan muka singa lapar ni? HAHAHAHA

"Aku ada event malam ni. So aku nak kau jadi partner aku."

"Ha?" Zain ternganga.

"Tutup mulut lah." Cik Amee tahan senyum.

"Tapi... saya tak ada pakaian formal Cik Amee."

"Kita keluar kejap lagi."

"Ha?" Sekali lagi Zain ternganga.

"Eyy dia ni karang. Ada kena sekali ni kang." Zain terus tunduk. Cik Amee dah angkat mouse komputer nak dibalingnya ke Zain.

"Sorry Cik Amee." Cik Amee tidak menjawab namun dia terus memandang ke arah Had dan Jad yang sedang berdiri di tepi meja kerjanya itu.

"Jad, Had, sediakan kereta."

"Baik Cik Amee."

Mereka tunduk dan terus keluar dari pejabat Cik Amee. Menuju turun ke parking.

"Asal Cik Amee ajak budak Zain tu ek?" Soal Had pada Jad. Mereka masih dalam lif.

"Mana aku tahu. Aku rasa Cik Amee suka dia tak."

"Hah? Takkanlah! Cik Amee nak suka laki lembik macam tu?"

"Who knows?" Jad angkat bahu. Kita tak tahu kan? Hati orang. Bukan mudah nak teropong.

"Ah confirm tak!"

"Kita bet?" Muka Jad sengih nakal.

"Apa?"

"Kau bet Cik Amee tak pilih Zain. Aku bet Cik Amee pilih Zain. So ganjarannya RM500. Amacam?" Jad angkat-angkat kening. Sengaja mencabar kembarnya.

"Huh? Bet bodoh macam ni? Confirm aku deal!"

"We seal the deal." Mereka salam. Muka masing-masing berlagak. Yakin dengan bet sendiri.

Sementara di dalam ofis, Cik Amee hanya memandang Zain.

PROTECT YOU⚔️Where stories live. Discover now